Rabu, Januari 28, 2015

Sidang Akhbar Persidangan Antarabangsa Sempena IYG 2015.

Logo IYG ke-12.
Alhamdulillah, Presiden serta pimpinan
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bergambar
kenangan bersama buku biografi
Azman Adnan: Ini Ceritaku’.
Abang Shahril Arsat, bekas pemain
Selangor dan kebangsaan, bersama YB Amir
yang memegang naskah ‘
Azman Adnan:
Ini Ceritaku
’.
Abang Shahril dan saya, bergambar 
kenangan bersama YB Shuhaimi dan YDP MP 
Selayang, usai perlawanan amal 
PDRM FA-Zob Ahan FC.
Abang Shahril dan Abang Man Turn,
yang saya hormati.
Sidang Akhbar Persidangan Antarabangsa 
Sempena IYG 2015.
28hb Januari 2015 (Shah Alam): Populasi umat Islam di seluruh dunia kini secara relatifnya terdiri daripada kalangan anak muda. Menurut data yang diberikan oleh Pew Research Centre’s On Religion & Public Life, negara-negara yang mempunyai penduduk bermajoriti Islam mempunyai ramai ramai golongan muda. Pada 2010, individu di bawah umur 30 tahun terdiri daripada 60% daripada jumlah keseluruhan populasi di negara-negara tersebut.
Hal yang demikian, Angkatan Muda Islam Malaysia (ABIM) akan menganjurkan Persidangan Belia Islam Antarabangsa (International Youth Gathering - IYG) 2015 di Hotel Flamingo, Ampang, bermula 31 Januari hingga 6 Februari ini.
Penganjuran IYG kali ke-12 itu mengangkat tema ‘Islam Rahmatan Lil ‘Alamin’ (Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam), yang secara khusus akan mengetengahkan Islam sebagai teras keamanan sejagat.
Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari berkata, tema itu diangkat selepas mengambil kira pelbagai perkembangan sejagat seperti serangan ke atas Carlie Hebdo, tragedi penahanan tebusan di Sydney dan ekstremisme golongan ISIS.
Perhimpunan antarbangsa ini adalah tanda solidariti generasi muda Islam sejagat untuk menolak gejala ekstremis keterlaluan yang sedang mengancam kestabilan sosio-politik-ekonomi antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media IYG 2015 yang turut dihadiri Presiden ABIM, Amidi Abd Manan dan Pengarah IYG 2015, Ahmad Fahmi Shamsudin di Bangunan SUK, di sini, hari ini.
Untuk rekod, YB Amirudin baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Pasukan Negeri dan Pertandingan Antabangsa, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Saya berkesempatan menemui beliau ketika beliau beraksi sebagai penyerang untuk skuad bekas pemain Selangor, Selangor Legend FC, ketika perlawanan persahabatan sempena Hari Keluarga ASFC pada 24hb Disember 2014 lepas.
Saya juga berkesempatan menghadiahkan dua naskah biografi Coach Man Turn kepada YB Shuhaimi Hj Shafiei, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Tuan Mohd Azizi Mohd Zain, ketika perlawanan amal di antara PDRM FA dan kelab dari Iran, Zob Ahan FC di Stadium Selayang.
Antara pengisian menarik IYG 2015 adalah persidangan antarabangsa yang akan menampilkan Prof Dr Tariq Ramadhan dari Universiti Oxford dengan syarahan bertajuk ‘The Quranic Concept of Jihad and How do We Rise above its Misinterpretation’.
Selain Dr Tariq, program tersebut akan menampilkan beberapa tokoh seperti Dr Syed Khairudin Aljunied, Dr Zulkifli Hasan, Saudara Haji Amidi Abd Manan, Saudara Ali Kurt and Dr Felix Margourt.
Ramai pihak sering beranggapan program berteraskan konsep ‘Islam Rahmatan lil Alamin’ adalah cabang gerakan Islam liberal. Justeru, saya menyeru semua pihak bersama menyertai IYG supaya mereka lebih mengerti kerana konsep bermusyawarah patut diamalkan dan difahami,” katanya.
Pengisian IYG turut diselitkan dengan program Kembara Selangor yang dirangka khusus bersama belia antarabangsa di tempat menarik sekitar negeri itu sempena Tahun Melawat Selangor 2015.
Selain itu, sesi dialog dan interaksi pimpinan belia Selangor dengan peserta IYG 2015 turut diadakan sebagai landasan bertukar pandangan dan memperkukuhkan jaringan kerjasama lebih sihat.
Selangor menjadi tuan rumah perhimpunan antarabangsa itu yang akan mengumpulkan lebih 200 anak muda antarabangsa melibatkan penyertaan dari Jerman, Syria, Turki, Palestin dan Grece, bahkan dijangka lebih 300 anak muda Islam tempatan akan menyertainya.
Sementara itu, Presiden ABIM, Haji Amidi Abd Manan berkata, penganjuran IYG juga bertepatan dengan hasrat Kerajaan Selangor yang komited mempromosi kemakmuran ekonomi bersama keharmonian masyarakat.
Kita amat berharap IYG menjadi satu medan pertukaran idea dengan generasi muda untuk melonjakkan lagi Selangor di peta dunia yang mempromosikan keserdahanaan sesuai dengan konsep ‘Islam Rahmatan lil Alamin’.
Kita ingin membawa mesej jelas bahawa Islam mampu membawa kesejahteraan kepada seluruh umat manusia,” katanya.
IYG akan dirasmikan dengan ucaptama yang akan disampaikan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 1hb Februari ini dan majlis penutup akan disempurnakan oleh Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, pada 6hb Februari ini.
IYG kali ke-12 ini dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor; Pejabat Exco Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda &
Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan Selangor; Union of NGO’s Islamic World (UNIW); Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); serta Young UNIW.
IYG adalah program tahunan Union of NGO Islamic World (UNIW) yang akan diadakan dua kali setahun dengan mengumpulkan generasi muda dari dunia islam bagi berkongsi idea dan memahami fenomena kontemporari yang melingkari persekitaran sosio, politik serta ekonomi global.
UNIW adalah organisasi yang berpusat di Istanbul, Turki yang dianggotai 264 organisasi Islam dari 52 negara. Sejak ditubuhkan pada Mei 2005, UNIW dianggotai ABIM yang turut komited mengetengahkan konsep Islam sebagai rahmat ke seluruh alam.
UNIW merupakan persatuan NGO-NGO Islam sedunia yang ditubuhkan pada 2005 berpusat di Istanbul, Turki. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH), Future Global Network (FGN), Yayasan Takmir Pendidikan (YTP), Global Peace Mission (GPM) merupakan NGO Malaysia yang berdaftar di bawah gabungan UNIW ini.
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program ini, sila hubungi Sekretariat Penganjur IYG di nombor berikut: 019- 288 1300 dan/atau 019-339 5135.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...