Isnin, Ogos 19, 2013

Testimonial.

Naskah biografi Supermokh.
Kulit belakang biografi Supermokh
menampilkan gambar Allahyarham
dengan Diego Maradona.
Trofi Pemain Terbaik Dunhill, jersi Supermokh
dan kenangan Maradona-Boca Juniors.

1982: Jaguh Asia Tenggara 
bersama jaguh dunia.
Supermokh dan Maradona,
bertukar cenderamata pasukan.
Supermokh dan Diego Maradona, di mana
Jemputan Selangor tewas 1-2 kepada
Boca Juniors FC pada 1982.
SuperMokh dan Man Turn: Dua lagenda, dua era.
Perlawanan testimoni sebagai penghargaan kepada jasa dan sumbangan pemain bola sepak – kebiasaannya yang telah beraksi selama beberapa tahun bersama sesebuah pasukan - adalah sesuatu yang menjadi amalan biasa untuk liga-liga terkemuka dunia.

Namun, amat jarang kita dapat menyaksikan penganjuran perlawanan testimoni pemain Malaysia, khususnya ketika mereka sudah hendak menggantung sepatu bola. Semoga akan ada pihak yang mengusahakan untuk menganjurkan perlawanan testimoni untuk pemain-pemain lagenda kita seperti Azman Adnan dan Amri Yahyah.

Gambar menunjukkan perlawanan testimoni lagenda dunia, Diego Armanda Maradona, yang berlangsung pada tahun 2001 di Stadium Bombonera. Seramai 50,000 orang penonton memenuhi stadium untuk menyaksikan perlawanan ini.

Antara bintang yang menyaksikan dan beraksi dalam perlawanan epik ini ialah Eric Cantona, Juan Sebastian Veron, Hristo Stoichkov, Nolberto Solano, Enzo Francescoli, Pele dan Michel Platini. Perlawanan berkesudahan pasukan kebangsaan Argentina menang 6-3 ke atas pasukan All-Stars, di mana Maradona menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti.

Pemain yang dikhabarkan bakal menyertai kelab Johor Darul Takzim FC, Pablo Aimar menjaringkan dua gol manakala Claudio Lopez dan Lucas Castorman masing-masing menjaringkan satu gol. Davor Suker, Eric Cantona dan Rene Higuita menjaringkan gol-gol pasukan Bintang Dunia (The Rest of the World All-Stars).

Untuk rekod, Maradona yang ketika itu sudah berbadan gempal dan berusia 41 tahun - merupakan bekas pemain Boca Juniors, Barcelona dan Napoli. Beliau pernah mewakili Boca Juniors FC sewaktu menentang skuad Jemputan Selangor yang diketuai oleh jaguh Nusantara ketika itu, SuperMokh di Stadium Merdeka.
Lagi info di sini:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...