Rabu, April 02, 2014

Bertemu Alistair Edwards di Subang Jaya.

Alhamdulillah, semalam, 1hb April 2014 (Selasa), saya sempat bertemu dengan tiga orang bekas pemain Selangor FA iaitu Coach Alistair Edwards, Bro Malek Rahman dan Bro Talib Sulaiman. Pertemuan ini berlangsung di The Loaf, Empire Gallery, Subang Jaya. Syukur, dapat juga ketemu dengan para bekas pemain ini, berbincang seputar situasi serta perkembangan Liga Malaysia, selain kenangan mereka sepanjang bergelar pemain.
In sya ALLAH, Jumaat ini (4hb April 2014) pada jam lebih kurang 8 malam, akan berlangsung perlawanan persahabatan di antara skuad Bekas Pemain Selangor (Merah) menentang skuad Bekas Pemain Selangor (Kuning) di Padang SUK, Shah Alam.
Antara bekas pemain yang dijangka akan beraksi ialah:  Yap Kam Choon; Jamsari Sabian; Hadi Tahir; Karel Stromsik; Ghani Ali; Kamarulzaman Yusof; Azlan Ahmad; Karim Pin; Jaafar Salleh; Aiman Firdaus; Aiman Wong; Lim Chan Yew; Reman Ragunathan; A. Jayakhantan; M. Chandran; Yogeswaran; P. Maniam; Azrin Shah Zainal; Malek Rahman; Shahril Arsat; Talib Sulaiman; Asroff Hanafiah; Nazzab Hidzan; Asmawi Bakiri; Nidzam Jamil; Zami Mohd Noor; Shahrin Majid; Anuar Abu Bakar; Azrul Amri Burhan; Khalid Jamlus; Mehmet Durakovic; Abbas Saad dan Alistair Edwards.   
Semoga semua berjalan dengan baik, in sya ALLAH. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu.

.

“Jauhari Jawhar” dan Wacana Prof. Emeritus Dr. Abdulhamid A. Sulayman.


Logo 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Presiden ABIM: 
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Sekretariat lama ABIM, 
'Anjung Rahmat' di Gombak.
Sekretariat ABIM sekarang, 
di Taman Cemerlang, Gombak.
Setiausaha Agung ABIM: 
Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz.

Saudara Fazril Saleh

Timbalan Presiden PKPIM.
Perbincangan naskah “Jauhari Jawhar”- 
jurnal ulasan buku bilangan 1 yang diterbitkan 
pada Februari/Mac 2004.
“Jauhari Jawhar” dan Wacana 
Prof. Emeritus Dr. Abdulhamid A. Sulayman.
Jauhari Jawhar” adalah siri telaah dan wacana bagi mengupas dan membahas idea-idea dalam jurnal ini. Perbincangan dan diskusi bebas kali ini akan membahas topik dalam Jawhar Jilid 1 Bilangan 1 iaitu ulasan bagi karya berikut: “Risalah untuk Kaum Muslimin”; “Karya Klasik Melayu-Islam”; “Development as Freedom”; “Perspektif Qurani: Siri Wacana Tematik”; dan “The Prince”. Jurnal ini boleh didapatkan dengan harga istimewa, RM3.00 setiap naskah.
Wacana ini diikuti oleh satu lagi wacana “Krisis Minda Muslim dan Cabaran Anak Muda Islam” (To the Muslim Youth: Crisis in the Muslim Mind & Challenge for Muslim Youth) bersama mantan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Emeritus Dr. Abdulhamid A. Sulayman. Datuk Dr. AbdulHamid juga merupakan cendekiawan dunia dan aktivis Muslim serta Presiden Institut Antarabangsa Pemikiran Islam – IIIT.
Majlis ilmu yang berlangsung pada 1hb April 2014 (Selasa) ini dijalankan di Dewan Pembangunan Belia Islam, Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, Gombak.
Sebagaimana para ilmuwan lainnya yang kita kenali, Prof. AbdulHamid juga sangat bersemangat jitu serta bersungguh dalam menyampaikan syarahannya. Beliau berbicara dan bertukar-tukar pandangan bersama para aktivis muda gerakan Islam, berhujah tentang isu pemikiran dan masalah minda kaum Muslimin, serta usaha dalam membawa perubahan yang bersepadu dan terbaik untuk ummat.
Prof AbdulHamid, walaupun suka gelak kuat, sambil suka menyakat orang lain, tetapi ada satu pesan beliau yang cukup mengesankan: “Peduli dan serius dengan kehidupan kita masing-masing… Jangan pernah putus asa… Teruskan bekerja… “Bila lagi hendak undang/jemput saya?”
Bersama menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan. Kobar jiwa semangat. Padu.

Bedah Buku Bersama Datuk Dr Awang Sariyan di Kolej Dar al-Hikmah (KDH).

Logo
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
.

Presiden PKPIM:
Saudara Aliemran Norasid.
Saudara Fazril Saleh

Timbalan Presiden PKPIM.
Dato' Dr Siddiq Fadzil
Presiden KDH.
Tuan Haji Md Fuad Bahari
Ketua Pengarah Eksekutif (CEO), KDH.
Ahli Lembaga Majlis Tertinggi KDH.
Logo KDH.

Kepala surat dan logo IPI. 
Kenangan.

KDH dahulunya dikenali sebagai 
Institut Pengajian Ilmu-Ilmu Islam (IPI).
Sekitar Kompleks Dar al-Hikmah.
Bedah Buku anjuran PKPIM di Kolej Dar al-Hikmah.
Alhamdulillah, pada 31hb Mac 2014 (Isnin), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) telah menganjurkan sesi Bedah Buku “Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam” tulisan Dato’ Dr. Awang Sariyan di Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Sungai Ramal Dalam, Kajang.
Selain sesi syarah oleh Dr Awang - sebagai pengarang yang memberikan ikhtisar kandungan buku; Datuk Jaafar Abdul Rahim turut diundang untuk memberikan ulasan. Kira-kira 30 orang ahli akademik, penjawat awam dan pelajar IPT hadir, termasuk Haji Fuad (Ketua Eksekutif Kolej Dar al-Hikmah); Prof. Emeritus Abdul Hamid Mahmood beserta isterinya Dr. Sadiah Abdullah; Datuk Sallehuddin Abg Shokeran dan Haji Razali Che Mat (DBP); tenaga pengajar Darul Hikmah; calon ijazah tinggi dan pimpinan PKPIM.
Buku itu asalnya merupakan teks kursus wajib di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, iaitu “Falsafah dan Logika Melayu”.
Tahniah dan syabas buat  PKPIM di atas penganjuran program yang bermanfaat ini. Semoga lebih banyak majlis ilmu dijalankan, atas niat mengangkat martabat bahasa Melayu ke tempat yang sepatutnya. Amin dan in sya ALLAH.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...