Ahad, November 04, 2012

Majlis Konvokesyen Taski ABIM Kuala Langat 2012.


Pengerusi Majlis untuk konvokesyen kali ini ialah 
Saudara Muslim Hashim, Penolong Setiausaha ABIM Kuala Langat 
dan pemimpin PEPIAS. Pemimpin masa depan, in sya ALLAH.
Cikgu Radin Imaduddin, YDP ABIM Kuala Langat.
Sentiasa aktif dalam memberdayakan nilai kemuliaan insani.


Almarhum Ustaz Niamat Yusof, Yang Dipertua ABIM Kedah yang 
pertama dan antara pengasas terawal Taski ABIM dan Maahad Derang. 
Selain Ustaz Niamat, turut terlibat ialah Dr Abdul Rahman Kurais, Tuan Haji Ahmad Said, Dr Ghazali Basri, Dr Abdul Halim El-Muhammady, Saudara Ismail Yusof, Saudara Che Yob  Mahmood, Saudara ‘Abah’ Zahidin Mahmood, Saudara Anuar Tahir, 
Saudara Annuar Salleh dan ramai lagi. Al-Fatihah.
Bergambar kenangan, usai majlis konvokesyen.

Konvokesyen ABIM Kuala Langat 2012
dianjurkan di Dewan Orang Ramai, Kampung Bukit Changgang.

Sebahagian ibu bapa dan keluarga anak-anak
Taski ABIM yang hadir memeriahkan majlis.

Sekitar majlis konvokesyen.
Di balik tabir: Anak-anak Taski ABIM yang comel,
sedang bersiaga untuk mengambil sijil dan cenderahati.
Cikgu Radin sedang menyampaikan sijil dan
cenderahati kepada anak-anak Taski ABIM Kuala Langat.
Ustazah Hazlina Abd Razak sedang menyampaikan sijil
dan  
cenderahati kepada anak-anak Taski ABIM Kuala Langat.
Saudara Samad (Haji Ilyas), aktivis senior ABIM
yang berjasa, sedang menyampaikan sijil dan 

cenderahati kepada anak-anak Taski ABIM Kuala Langat.
Anak-anak Taski ABIM yang comel, bersama
impian mereka. Dari kiri: jururawat, doktor, peguam syarie,
arkitek, tentera, guru, Imam Muda dan MasterChef. 
**********************************************
Oleh sebab itulah, pada pandangan saya, ibu bapa yang inginkan anaknya cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan, iaitu bersesuaian dengan kefahaman kita bahawa Islam itu sebagai satu cara hidup, tidak ada jalan mudah selain daripada kita sendiri perlu juga cemerlang - melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam serta menguasai kemahiran dalam mendidik anak-anak.”
-- Cikgu Radin Imaduddin Radin Abdul Halim, YDP ABIM Kuala Langat.
**************************************************************

4hb November 2012.
Majlis Konvokesyen Taski ABIM Kuala Langat 2012.
Alhamdulillah, pada 4hb November 2012, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kuala Langat dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Negeri Selangor (PEPIAS), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan warga pendidik Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (Taski) ABIM Kuala Langat telah menganjurkan Majlis Konvokesyen Taski ABIM Kuala Langat 2012. Majlis yang dimulakan sekitar pukul 9 pagi ini dianjurkan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang, Banting, Kuala Langat, Selangor. Acara yang dianjurkan ini, melibatkan tiga buah Taski ABIM iaitu Taski ABIM Ummu Fatimah, Bukit Changgang; Taski ABIM Al-Amin, Bandar Seri Ehsan dan Taski ABIM Al-Amin, Taman Langat Murni. Majlis ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada para ibu bapa dan anak-anak Taski ABIM Kuala Langat. Selain penyerahan sijil dan cenderahati, majlis tersebut turut diserikan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua ABIM Kuala Langat, Cikgu Radin Imaduddin Radin Abdul Halim dan ucapan perasmian oleh Ustazah Hazlina Abd Razak, Pengerusi Rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah, yang juga mantan Ketua Helwa ABIM negeri Selangor.

Di dalam ucapan alu-aluannya, Cikgu Radin menekankan berkenaan kesedaran kepentingan pendidikan agama dan impak solat dalam kehidupan individu Muslim yang perlu dipertingkatkan. Oleh yang demikian, menurut beliau, adalah menjadi harapan agar pihak ibu bapa dapat mengukuhkan lagi dari segi praktis dan pemantapan solat yang dilatih di Taski, di samping mengukuhkan lagi ayat-ayat hafalan dan bacaan doa; agar ia terus subur dalam sanubari anak-anak Taski.  Cikgu Radin turut memaklumkan kepada para hadirin berkenaan usaha pihak ABIM Negeri Selangor untuk membina dan menyiapkan Kompleks Pendidikan ABIM Selangor di Batu 8, Sijangkang, yang menempatkan Sekolah Menengah Sains Tahfiz ABIM. Ustazah Hazlina pula mengimbau sejarah Taski ABIM di mana ia telah beroperasi sejak 1978 di Kedah, dan berkembang ke seluruh negara mulai 1982. Beliau turut menegaskan berkenaan kepentingan pemberdayaan pendidikan Islam dalam menjamin keseimbangan rohani, fizikal, intelektual dan emosi anak-anak yang beragama Islam. Selanjutnya, Ustazah Hazlina menggesa agar pembudayaan ilmu disuburkan dalam kalangan masyarakat, dengan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas kepada keunggulan nilai-nilai keagamaan dan kerohanian.

Sementelahan, para pelajar Taski ABIM Kuala Langat turut memeriahkan majlis dengan persembahan yang menghiburkan lagi bermanfaat. Antara persembahan tersebut adalah seperti; pakaian beragam, sketsa, koir dan nyanyian nasyid. Sekadar berkongsi, Taski ABIM Kuala Langat turut menerima kemasukan pelajar Kelainan Upaya (OKU) yang dididik berdasarkan Kurikulum Taski ABIM. Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan buat sekalian warga pendidik Taski ABIM Kuala Langat yang bersusah-payah berkorban selama ini bersama ABIM, demi mendidik anak bangsa. Juga, terima kasih diucapkan buat para ibu bapa yang sudi menghantar anak mereka ke Taski ABIM sekaligus mendaulatkan pendidikan Islam yang amat kita hargai selama ini. Sesungguhnya, ALLAH sahajalah yang dapat membalas jasa kalian. Amin dan in sya ALLAH. Khalas.

***************************************************

Entri-entri berkaitan:
  1. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/07/temasya-sukan-tahunan-abim-daerah-kuala.html;
  2. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/05/ijtima-harakiyy-pepias-abim-wadah-kuala.html;
  3. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/05/ijtima-harakiyy-wap-selangor-kali.html;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/seputar-muktamar-sanawi-abim-ke-41-2012m.html;
  5. http://chedinsphere.blogspot.com/2011/07/sekitar-ijtimak-harakiy-pkpim-abim.html.


*************************************************


Jumaat, November 02, 2012

Sang Kancil, Kerbau dan Buaya.


Rindu jaman kecil. Rindu Emak. 
Hanya kuntum doa, penawar nostalgia. Al-Fatihah.

********************************

Khamis, November 01, 2012

Pak Hamid Gurkha, Jenaka Hang Setia (1987).

Pak Hamid Gurkha dan Mendiang Param. Sahabat.
Pak Hamid dan Dharma Harun dalam Sikit Punya Gila.
Telatah-telatah Pak Hamid dalam filem Gila-Gila
yang turut dibintangi oleh Allahyarham R. Jaafar
dan Allahyarham Mahmud June.
Mendiang Param dan Tan Ting dalam Jenaka Hang Setia.
************************************************************

Hati-hati melipat kain; jangan sampai tercampur kemeja. Hati-hati bermain-main; jangan sampai terpatuk ular berbisa.” – Pak Hamid Gurkha, Jenaka Hang Setia (1987).

*************************

‘Alkisah satu cerita…
kononnya bermula di sebuah desa
rakyatnya berbilang bangsa
hidup aman damai bahagia
hantu jembalang banyak berkeliaran
dia cuba nak menghasut perpaduan rakyat
rupanya macam manisia; perangai macam setan
dalam Hikayat Hang Setia…’ 
Lagu tema ‘Jenaka Hang Setia’.

*************************

Siri ‘Jenaka Hang Setia’ pernah disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar 1980an yang lalu. Jenaka Hang Setia menceritakan tentang kehidupan di sebuah kampung pada zaman kesultanan Melayu dulu-dulu dengan watak-watak bernama Sang Samba, Sang Gopoh, Dang Damai, Hang Utama dan Hang Setia. Pelakon-pelakonnya semua dianggap pelawak terkenal ketika itu seperti Hamid Gurkha (Hang Setia), R. Jaafar (Hang Utama), Wazata Zain (Hang Senja), Maria Kamal, Rominah Sidek, P. Param (Hang Samba) dan Tan Ting.

**************************************************

Boling Persahabatan Majlis Belia Kuala Langat.


Logo ABIM.
Logo Majlis Belia Selangor.
“Biar tewas di atas gelanggang, jangan menyerah sebelum berjuang,”
pesan Cikgu Radin. hehe.
31hb Oktober 2012
Boling Persahabatan Majlis Belia Kuala Langat.
Alhamdulillah, pada 31hb Oktober 2012, Angkatan Belia Islam (ABIM) Daerah Kuala Langat telah menghantar dua buah pasukan – ‘ABIM A’ dan ‘ABIM B’ – ke Pertandingan Boling Persahabatan, anjuran Majlis Belia Daerah Kuala Langat (MBD). Pertandingan ini mendapat sambutan dan penyertaan yang memberangsangkan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah MBD. Selain ABIM, antara NGO yang menyertai pertandingan tersebut ialah Belia 4B, Young Malaysians Movement (YMM), MAYC, MIYC, Pemuda UMNO, Pemuda MIC, Pemuda MCA, PBSD, Pengakap, dan lain-lain. Setelah pengiraan dan pemarkahan dibuat, pasukan ABIM A dan ABIM B sekadar menduduki tempat ke-14 daripada 28 buah pasukan yang bertanding. Juara menjadi milik pasukan Belia 4B, yang beraksi cemerlang sepanjang tiga pusingan pertandingan tersebut. Seperti kita sedia maklum, anggota Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah MBD terdiri daripada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Maka, penyertaan kali ini adalah sesuatu yang sangat bermanfaat, kerana bukan sahaja dapat beriadah, tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang lain di Daerah Kuala Langat khususnya. Tahniah kepada Majlis Belia Daerah Kuala Langat di atas penganjuran program yang baik dan bermanfaat ini. Julang semangat zaman. Hidup Malaysia kita!

*********************************************************

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...