Isnin, Mei 16, 2016

ZABIDI, ABANG ROB DAN PBAKL 2016 DI MAEPS, SERDANG.


ZABIDI, ABANG ROB DAN 
PBAKL 2016 DI MAEPS, SERDANG.
Selama ini aku sangka aku la robot paling canggih di abad ini... Tapi rupa-rupanya orang nampak aku ni cuma macam maskot kat pasar raya je... Sekarang baru aku sedar selama ni wujud unsur-unsur ujub dan riak dalam diri aku...”
Demikianlah, naskah yang kelihatan ringan dan sesuai untuk kanak-kanak ini, sebenarnya merentas kategori pembaca. Sungguh, “Pengembaraan Zabidi dan Robot” bukan kisah biasa.
Semua yang mengaku manusia perlu membaca karya ini; kerana Zabidi dan Abang Rob (Robot) memberi pedoman -- supaya kita lebih merendah diri, menghormati orang lain serta sedar: bahawa manusia itu tidak sempurna. Terima kasih, Kartunis Bawang, kerana mengembalikan nostalgia anak-anak 90an.
Baru-baru ini, hinggap sebentar di Pesta Buku di MAEPS, Serdang. Kurang jiwa berbanding pesta buku seperti tahun-tahun sebelumnya di PWTC. Para pempamer juga ramai yang mengeluh kerana jumlah pengunjung yang kurang ramai.
Ditakdirkan pula cuaca hujan lebat sepanjang beberapa kali saya berkunjung ke PBAKL di sana, memang menduga jiwa juga. Apalagi pada hari pertama ke sana, isteri saya yang sedang mengandung; terpaksa berjalan sedikit jauh untuk ke tapak pesta.
Dalam suasana pesta buku yang agak suram, apa yang boleh dikatakan positif -- ialah keselesaan ruang laluan pengunjung, pameran dan jualan buku: yang lebih luas dan selesa; berbanding PWTC.
Namun banyak lagi penambahbaikan yang boleh dilaksanakan, jika PBAKL 2017 hendak dijalankan di lokasi yang sama. Selain perkhidmatan awam yang perlu diperbaiki dan harga makanan yang agak mahal, sayu juga melihat ibu bapa terpaksa mengangkat ‘stroller’ anak masing-masing ketika menaiki tangga.
PBAKL, walau di mana juga dianjurkan – perlu lebih mesra OKU, wanita hamil dan warga tua.
Sementelah, selain “Pengembaraan Zabidi dan Robot”, antara hasil tangkapan: “Lagenda Saripudin” (Bawang) dan “Brader, Kita Mesti Terus Hidup!” (Nasir Jani -- Kembara Seniman Jalanan). Karya-karya ini punya nilai sentimental; untuk anak 90an.
Terima kasih, buat semua penerbit bahan bercetak -- yang masih berjuang; buat sekalian kaum pembaca.
Cintailah Ilmu; Cintailah Buku.
Padu & Grande; selamanya!
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...