Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
Sidang
Meja Bulat Bersama
Sheikh Abdul Rahman al-Kailani di
Kolej Dar al-Hikmah.
29hb
Mei 2016 (Ahad): “Pengkategorian ‘negara Islam’ dan ‘negara bukan Islam’ tidak
lagi relevan,” demikianlah komentar Sheikh Prof. Dr. Abdul Rahman
al-Kailani (Pengerusi Rabitah Ulama Jordan), di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang.
Perkongsian
ini dibuat oleh beliau ketika Sidang Meja Bulat ‘Fiqh Kontemporari Bersama-sama
NGO-NGO Islam’. Beliau melihat pembinaan sistem sosial dan politik bukan cuma
pada nama (atau jenama atau labelnya), tapi jauh lebih penting, pada makna, isi
dan amalannya.
Kalau
yang namanya Darul Islam, tapi dalamnya tiada keamanan, keadilan, keselamatan
dan kebebasan, itu tak Islami sifatnya. Jemaah Islam, universiti Islam, pusat
Islam, orang Islam… betulkah Islam?
Beliau
juga menekankan bahawa Jihad adalah aktivisme untuk menyelamatkan manusia; dan
bukan untuk membunuh manusia. Kebersihan diri dan alam sekitar, adalah antara
aspek lain yang disentuh oleh beliau.
Perkara
sekecil soal kebersihan tandas, menurut beliau, sering dipandang enteng oleh
masyarakat. Sedangkan, tandas yang kotor bukan sahaja membuatkan ramai yang
marah dan mengeluarkan kata-kata kesat (kerana kekotoran itu), malah boleh
mendatangkan musibah seperti penyakit. Alam sekitar (dan negara) yang bersih
adalah tunjang kepada imej Islami yang segar, sihat, baik dan cemerlang. Pada peringkat antarabangsa, Ireland digelar negara paling Islamik dan
negara OIC yang menduduki tangga 50 teratas hanya Malaysia (di tangga 33). Di
Indonesia pula, Denpasar, Bali yang majoriti beragama Hindu dinamakan bandar
paling Islamik, meninggalkan Acheh yang mengamalkan perundangan Islam.
Ya, boleh didebatkan lebih lanjut berkenaan kajian yang dibuat untuk dapat
kategori tersebut. Tetapi, ternyata ini satu fitnah besar bagi ummat bila kita
gagal menampilkan Islam sebagai rahmat untuk sekalian alam. Ibn Qayyim juga
meletakkan Shariah itu segalanya keadilan, kezaliman dan hikmat.
Terdahulu,
Sheikh al-Kailani telah menyampaikan ucaptama dalam Seminar Nasional Maqasidal-Shari’ah 2016, yang dianjurkan pada 28hb Mei 2016 (Sabtu) di Teater Shah
Alam, Seksyen 14, Shah Alam. Beliau mengupas topik “Kedaulatan ILLAHI dan
Permasalahan dalam Pelaksanaannya Dari Perspektif Maqasid al-Shari'ah”.
Sementelah,
Sheikh al-Kailani juga sempat menyampaikan Kuliah amat bermakna tentang Imam
al-‘Izz ‘Abd al-Salam dan karangannya ‘Qawa’id al-Ahkam fi Masolih al-Anam’.
Penyampaian yang sangat berisi, seolah-olah beliau hafal setiap permasalahan di
dalam kitab itu, sebagaimana beliau hadam dan hafal permasalahan di dalam kitab
‘al-Muwafaqat’. Hafizallahu Shaykhna, al-‘Alim Prof Dr Abdul Rahman Ibrahim
Zaid al-Kailani.
-----------------------------------------------
Sumber
dan rujukan:
- https://www.facebook.com/marwan.bukhari.5?fref=ts;
- https://www.facebook.com/adli.zakuan?fref=ts;
- https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1370618382965377&set=a.429972513696640.119637.100000516859857&type=3&theater;
- https://www.facebook.com/muhammadky0/posts/872326512893887?pnref=story.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan