Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
SUKARELAWAN
MUDA GRASS
BERSIHKAN SUNGAI
DI UIAM.
“Perumpamaan
Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa ialah (seperti taman);
mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti; sedang naungannya
sentiasa teduh. Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertaqwa, sedang
tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka.”
--
Surah ar-Ra’d: Ayat 35.
5hb
Mei 2016: Alhamdulillah, Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (GRASS) bersama
dengan pentadbiran UIAM dan warganya telah menjayakan aktiviti bersih sungai
sebagai usaha membangun taman-taman indah di UIAM. Dalam program yang dinamakan
“IIUM River Cleaning” ini juga; ada pertandingan bagi ketegori sampah terbanyak
dan paling pelik. Tahniah semua!
UIAM:
Taman Ilmu dan Budi.
Al-Quran
menggunakan perkataan yang sama dengan syurga untuk taman / kebun iaitu JANNAH.
Ayuh, bersama kami GRASS Malaysia dan warga UIAM mewujudkan syurga dunia di
UIAM.
Program
membersihkan sungai ini akan diadakan lagi pada bulan September. Jumpa nanti!
Sebagai
seorang Mukmin, kita tidak terkecuali dari tanggungjawab ini. Ingatlah... alam
sekitar ini juga adalah ciptaan ALLAH SWT dan setiap ciptaannya pasti ada sebab
dan fungsinya.
Adalah
menjadi tanggungjawab setiap umat manusia untuk memelihara alam sekitar ini
kerana kita telah diamanahkan melalui sabda Rasulullah SAW yang membawa maksud:
“Dunia
ini hijau dan cantik; dan TUHAN telah melantik kamu sebagai pengurusnya. DIA
melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis Riwayat Muslim)
“Khalifah
Berjasa, Alam Sejahtera.”
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan