Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
GMP
SERTAI SIRI FORUM BANTAH DLP (DUAL LANGUAGE PROGRAMME).
Gabungan
Mansuhkan PPSMI (Bantah DLP) dengan kerjasama ABIM dan PKPIM, terus giat
menganjurkan kempen penerangan dan advokasi berkenaan isu perlaksanaan program
tersebut.
Pada
22hb Mac 2016 (Selasa), Wacana Ilmu Dwibahasa Dalam Pendidikan Kebangsaan telah
dianjurkan pada jam 8 Malam; di
Rumah GAPENA, Jalan Belfield, Kuala Lumpur. Ahli Panel yang terlibat adalah: Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim (Presiden ABIM); YBhg Datuk Zainal Abidin Borhan (GAPENA); dan Dr. Hajjah Zailah Zainuddin (Pensyarah Kanan IPGRM). Forum ini adalah anjuran Puteri UMNO Malaysia dan GAPENA. Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Hajah Mas Ermieyati Haji Samsudin turut hadir dalam program tersebut.

24hb Mac 2016 (Khamis), Forum Lorong Tengah (ForLot) telah dianjurkan di Pusat
Asasi UIA Petaling Jaya. Forum anjuran PKPIM UIA PJ ini menampilkan Exco Media
ABIM Pusat, Sdr. Zairudin Hashim serta Ketua Biro Penerangan ABIM Selangor,
Sdr. Mohd Faiz Mohd Yusop (Mantan YDP ABIM Mesir).
Kedua-dua
panelis secara tegas menjelaskan bahawa GMP, ABIM dan PKPIM tidak pernah
menentang penguasaan lebih daripada satu bahasa. Malahan, ABIM dan PKPIM
menyatakan komitmen bahawa sokongan mesti diberikan terhadap High Immersive
Programme, bagi memperkasakan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
Namun,
kita menentang usaha perlaksanaan DLP; kerana ia mempunyai persamaan dengan
PPSMI, di mana ramai pelajar gagal, akibat pengajaran Sains dan Matematik dalam
bahasa Inggeris.
Tambahan
pula, Perlaksanaan DLP (dan PPSMI) juga jelas bertentangan dengan Perkara 152
(1) Perlembagaan Persekutuan; Perkara 152 (6) Akta Bahasa Kebangsaan 1964/1967;
Penyata Rahman Talib 1960; Akta Pelajaran 1961; dan Akta Pendidikan 1996 (Akta
550).
Pada
21hb Mac 2016 (Isnin), ForLot dianjurkan dengan topik “DLP: Satu Usaha
Mengembalikan PPSMI?” pada jam 8 malam di LT FASBIO, UNISEL Bestari Jaya.
Pada
16hb Mac 2016 (Rabu), Program “Parlimen Kedai Kopi” telah dianjurkan dengan
topik “DLP = PPSMI 2.0?: Menilai Pro & Kontra Dual Language Program”.
Program dijalankan pada jam 8 malam
di Restoran Amjal, Lembah Pantai. Prof Emiritus Dr Shaharir Mohamad Zain (Pengerusi GMP); Sdr. Azrul Mohd Khalib (IDEAS) dan Sdr. Suhaizan Kayat (AMANAH) tampil selaku ahli panel, tatkala Sdr. Zubair Rahim (AMANAH) hadir sebagai moderator.

tarikh yang sama, Sdr. Faiz Yusop dan Sdr. Ahmad Nazrin (Setiausaha Agung
PKPIM) tampil dalam ForLot PKPIM KLMUC dengan topik “Apa Itu DLP?”. Program
berlangsung pada pukul 5.30 petang di Blok A, A-3-12, KLMUC, Jalan Raja Laut,
Kuala Lumpur.
Tanggal
10hb Mac 2016 menyaksikan Setiausaha Agung ABIM, Sdr. Faisal Abdul Aziz hadir
selaku panelis dalam ForLot di HS Square, UIAM Gombak. Berlangsung pada jam 8
malam, Sdr. Hilal Azman diberikan tanggungjawab sebagai moderator, manakala
Sdr. Iman Abdul Khudus (Naib Presiden PKPIM) tampil sebagai seorang lagi ahli
panel dengan topik “Keranda 152: Ada Apa Dengan DLP?”.
Siri
forum ini merupakan salah-satu usaha GMP untuk membantah serta mendesak agar
DLP dimansuhkan; bagi masa depan anak bangsa Malaysia yang lebih baik. GMP
turut mengadakan persidangan meja bulat serta pertemuan dengan pihak istana
serta pimpinan parti politik (tanpa mengira ideologi); kerana matlamat utama
adalah untuk mendesak agar DLP dimansuhkan.
Bahasa
Jiwa Bangsa. Padu!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan