Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
I
SEPUTAR
HIMPUNAN BANTAH DLP
(26 MAC 2016) DI KUALA LUMPUR.
“Untuk
kesekian kali, keranda ini bersemayam tanpa dibiarkan bersemadi ditelan masa. Bukan
merengek mohon dibelai. Sekadar ingin menjebat agar maruah serta kehormatan
dimartabatkan seadil-adilnya. Bahasa Jiwa Bangsa!” – Saudara Firdaus Hamsin,
Exco Penyelidikan ABIM Pusat.
Tanggal
26hb Mac 2016; tanpa mengira faham politik dan latar belakang – Gerakan Mansuhkan
PPSMI (Bantah DLP) menyuarakan bantahan terhadap Dual Programme Language (DLP).
Biar tiada yang peduli, kami maju terus -- dengan segala saluran yang ada. Demi
masa depan bahasa dan anak bangsa Malaysia kita.
Pelaksanaan
Program Dwi-Bahasa (DLP) dilihat akan merenggangkan masyarakat, bersifat rasis
sekali gus bertentangan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan sedia ada.
Presiden
Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Raof
Hussin berkata, persoalan mengapa ia hanya dibuat di sekolah jenis kebangsaan
juga harus dijelaskan kerajaan.
“Ketiadaan
pelaksanaan dasar itu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil juga
menimbulkan tanda-tanya masyarakat. Kenapakah kali ini kerajaan menjalankan
dasar merenggangkan lagi masyarakat, perkauman dan rasis. Ia hanya dibuat di sekolah
kebangsaan, kenapa tidak buat di SJKC, tidak di SJKT? Saya rasa ia bertentangan
dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ia seharusnya dibuat untuk merapatkan
perpaduan negara. Pelik, pelik," katanya ketika ditemui semasa ‘Himpunan
Keranda 152: Bantah DLP’.
DLP
dilaksana dalam mata pelajaran sains, matematik, teknologi reka bentuk dan
teknologi komunikasi dan informasi (ICT) kepada pelajar Tahun 1, Tahun 4 dan
Tingkatan 1 di 300 buah sekolah bermula sesi baru Januari 2016.
Keranda
152 merujuk kepada perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama
penulis dari Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang mencapai kemuncaknya pada 3
Mac 1967 di Balai Budaya.
Perarakan
itu merupakan simbolik kepada kematian bahasa Melayu apabila kerajaan tidak menepati
janji untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam
bidang kehakiman.
Sementara
itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohamad Raimi Abdul Rahim
berkata, DLP merupakan jelmaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dijenamakan semula.
“Keranda
dibawa simbolik penentangan tersebut kerana berpandangan dasar ini jelmaan
PPSMI yang dimansuhkan. PPSMI telah menyebabkan kegagalan kepada ramai pelajar,”
jelasnya.
Sebelum
ini, Ketua II Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Datuk Zainal Abidin Borhan
berkata, langkah yang diperkenal kerajaan dalam mengatasi masalah penguasaan
Bahasa Inggeris menerusi pengenalan DLP umpama memberikan ubat yang salah
kepada penyakit yang dihidapi.
Menurutnya,
pelaksanaan program itu bukan sahaja tidak berkesan dalam meningkatkan
penguasaan dalam bahasa tersebut, malah membawa kesan yang lebih teruk di mana
pelajar sukar memahami dengan sebenar-benarnya konsep sains dan matematik yang
diajarkan.
Ketika
Himpunan 26 Mac dijalankan, YB Tian Chua (PKR) serta Sdr. Ronnie Liu (DAP)
turut hadir bersolidariti menentang Dual Language Programme (DLP). Hal ini
membuktikan, penentangan terhadap DLP bukan bersifat perkauman; malahan dibuat
kerana keprihatinan terhadap masa depan bahasa kebangsaan serta anak bangsa
Malaysia!
Terdahulu,
pada 2009, mereka turut bersama GMP -- mendesak pemansuhan PPSMI yang nyata
gagal meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar. Malahan,
membebankan para guru untuk sesi pengajaran, selain jumlah pelajar yang
cemerlang Sains dan Matematik menurun.
II
MENGAPA
KITA BANTAH DLP
(DUAL LANGUAGE PROGRAMME)?
Kita
membantah DLP kerana berasaskan kepada dapatan kajian ilmiah oleh Permuafakatan
Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA), pelaksanaan PPSMI amat negatif. Iaitu, tahap
kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik menggunakan
bahasa Inggeris adalah rendah dan implikasinya dalam pembangunan modal insan
adalah negatif.
Kajian
ini dibuat bermula 1hb Jun dan berakhir 31hb Disember 2008 oleh PEMBINA dengan
usaha sama lapan buah universiti, iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti
Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia, Universiti Utara Malaysia,
Universiti Teknologi Mara Malaysia, Universiti Teknologi Mara Sarawak,
Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi Malaysia.
Kajian
ini dipengerusikan oleh Dato Haji Abdul Ghani Othman, Mantan Menteri Besar
Johor, diketuai oleh Dato’ Haji Abdul Raof Hussin, Mantan Pengarah Eksekutif
PEMBINA, dan Ketua Penyelidik Prof. Dr. Mohd. Sahandri Gani Hamzah, kini
Timbalan Naib Canselor, Universiti Perguruan Sultan Idris serta 53 orang kaki
tangan akademik Universiti dan Pegawai PEMBINA.
Kita
tidak menentang penguasaan lebih daripada satu bahasa dalam kalangan pelajar
dan rakyat Malaysia. Malahan, kita menyokong High Immersive Programme (HIP)
iaitu Program Imersif Tinggi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, untuk
membolehkan pendedahan yang lebih diberikan kepada pelajar di sekolah; untuk
menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Namun,
kita menentang pembelajaran dan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris menerusi DLP; kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Di
samping itu, kajian telah membuktikan bahawa PPSMI (dan kini DLP) bukan sahaja
tidak membantu memperkasakan Bahasa Inggeris. Malah, prestasi murid dalam
subjek Sains dan Matematik juga merosot.
Pelaksanaan
Program Dwibahasa (DLP) ini, tidaklah terancang dengan rapi. Ia berasaskan
kepada persepsi dan prasangka melulu, dan tidak dirundingkan dengan golongan
pendidik, cendekiawan profesional, pejuang-pejuang bahasa, tokoh-tokoh
sasterawan Negara, NGO-NGO Melayu, Kesatuan dan Persatuan Guru, Pengetua dan
Guru Besar dan guru-guru, pendidik-pendidik yang akan dipertanggungjawabkan
melaksanakan program ini.
Ia
dimonopoli oleh barisan dan ahli korporat yang tidak mempunyai latar belakang,
roh dan kredibiliti pendidikan yang antaranya tersedia punyai prasangka buruk
terhadap kedaulatan dan keupayaan Bahasa Melayu.
Ini
bercanggah dengan kehendak supaya Bahasa Melayu itu menjadi Bahasa Kebangsaan,
bahasa Ilmu, bahasa rasmi sebagai yang termaktub dalam Fasal 152 Perlembagaan
Persekutuan.
Program
ini, sama sahaja dengan PPSMI yang dijalankan pada 2013 dan dimansuhkan pada 8
Julai 2009. PPSMI memangsakan tiga juta pelajar dan petaka berganda ini tidak
wajar diulang oleh kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kita
membantah DLP ini kerana berasaskan kepada analisis kajian oleh Jemaah Nazir
KPM sendiri, yang menunjukkan kegagalan PPSMI, iaitu, Analisis Pencapaian Murid
Kohort 2 (2003-2009) Sekolah Kebangsaan (SK) dalam ujian peperiksaan Peringkat
sekolah: mata pelajaran Matematik mengikut gred purata mata pelajaran (GPMP),
bagi 56 SK, yang meliputi 1942 orang murid.
Kajian
oleh Jemaah Nazir Persekutuan KPM dengan jelas mendapati sesungguhnya
pelaksanaan PPSMI menimbulkan kesan buruk kepada murid-murid yang tergolong
dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu
Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
PPSMI
telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk
belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat Sekolah Rendah lagi.
Buktinya,
analisis sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil oleh Jemaah Nazir
Persekutuan ke atas 1942 murid tahun 5 kohort 2 (2004) dari 56 buah SK seluruh
negara, menunjukkan bahawa pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang
dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di
Tahun 2 (2005), Tahun 3, (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangka
berterusan di Tahun 6 (2009).
Kajian
tentang Keberkesanan PPSMI oleh Prof. Datin Dr. Juriah Long (UKM) pada 2004
mendapati pelaksanaan PPSMI memberi kesan negatif kepada keputusan pelajar.
Berdasarkan
kajian ke atas pelajar Tingkatan 2, di 242 Sekolah Menengah di seluruh negara,
meliputi 7,236 pelajar, 701 guru Sains dan 707 guru Matematik didapati hasil
dapatan hampir sama trendnya dengan hasil kajian PEMBINA, Jemaah Nazir
Persekutuan (KPM) dan Universiti Pendidikan Sutan Idris oleh Isahak Haron.
Kesimpulannya,
hasil PPSMI mengakibatkan bilangan pelajar yang berkualiti tinggi amat terhad. Mereka
yang berpencapaian rendah mendominasikan dalam arus perdana pendidikan.
Ini
akan memberi kesan berpanjangan hingga ke peringkat tertiari di mana bilangan
pelajar aliran Sains, Matematik dan Teknikal akan merosot, terutama pelajar
Melayu jika DASAR DWIBAHASA dilaksanakan.
Pelaksanaan
program dwi bahasa (DLP) itu tidak adil dan mewujudkan jurang prestasi sains
dan matematik UPSR antara SK, SJKC DAN SJKT. Dasar pelaksanaan DLP yang berbeza
antara SK, SJKC dan SJKT akan menyebabkan jurang prestasi Sains dan Matematik
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) murid-murid SK seluruhnya, terutama
murid-murid Melayu bertambah jarak dan kritikal.
KPM
tidak berani menyentuh SJKC dan SJKT kerana akan ditentang oleh masyarakat Cina
dan India yang cintakan bahasa mereka, bahasa Mandarin dan bahasa Tamil. SJKC
dan SJKT akan berterusan mengajar dalam bahasa ibunda.
Jikalau
Dasar DLP ini dilaksanakan, pengalaman kegagalan PPSMI akan berulang kepada
murid-murid SK di mana prestasi Sains dan Matematik murid-murid SK jauh lebih
rendah dari SJKC.
Pelaksanaan
DLP menggagalkan dan bertentangan dengan dasar memartabatkan Bahasa Melayu. Kita
membantah pelaksanaan DLP kerana ia akan menggagalkan matlamat MBMMBI. Dasar
MBMMBI adalah bagi melahirkan masyarakat yang berupaya menguasai Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris, sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
DLP
akan memecah-belahkan aliran kebangsaan dan melahirkan 2 generasi pelajar yang
berbeza darjat. Kajian menunjukkan dasar PPSMI dan DLP hanya menyumbang kurang
2% penambahbaikan bahasa Inggeris.
Kajian
Trends in International Mathematics & Science Study (TIMSS) 2007 dan PISA
2012 membuktikan dasar PPSMI dan DLP telah menjatuhkan kualiti pembelajaran
Sains dan Matematik Malaysia pada peringkat antarabangsa. Kerana DLP akan
mengulangi kegagalan PPSMI yang telah memangsakan 3 juta pelajar. - Kerana
perlaksanaan DLP bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan [Perkara 152
(1)]; Perkara 152 (6) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967; Penyata Razak 1956;
Penyata Rahman Talib 1960; Akta Pelajaran 1961 dan Akta Pendidikan 1996 (Akta
550).
TUNTUTAN
KITA:
Mansuhkan
DLP dan perkasakan pembelajaran dan pengajaran subjek bahasa Inggeris di
sekolah.
III
PENUTUP
Pada
kesempatan ini, Gerakan Mansuhkan PPSMI (Bantah DLP) ingin merakamkan ribuan
terima kasih dan penghargaan; kepada anggota PDRM yang memberi kerjasama yang
baik ketika #Himpunan26Mac dijalankan
di Kuala Lumpur. Selamat menyambut Hari Polis ke-209 kepada semua anggota polis
yang amanah dan telus dalam menjalankan tugas serta tanggungjawab.
Solidariti
buat bahasa kebangsaan. Padu!
--------------------------------
Sumber
dan Rujukan:
- https://www.facebook.com/bantahDLP/?fref=ts;
- https://www.facebook.com/pkpimalaysia/?fref=ts;
- https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts;
- https://www.facebook.com/ABIMPUSAT?fref=ts;
- https://www.facebook.com/syazwani.zulkapli?fref=ts.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan