SEPUTAR
PIALA MB DI STADIUM KAJANG.
Alhamdulillah,
Sahabat Retro Bola Sepak berkesempatan menyaksikan perlawanan di antara
Ex-Selangor menentang Ex-Sabah di Stadium Kajang. Perlawanan yang dibanjiri
oleh ramai penyokong Sabah ini menerima sambutan hangat daripada penduduk
setempat serta para pendokong bola sepak Malaysia.
Untuk
rekod, skuad Sang Badak pernah dua kali bertembung dengan Gergasi Merah dalam
Final Piala Malaysia. Pada 1996, Selangor menang hasil penentuan sepakan
penalti. Pada 2002 pula, Amri Yahyah meranapkan impian Sabah untuk menjulang
trofi berprestij tersebut. Pada 2003, Sabah sekali lagi ke final, tetapi
tumbang kepada MPPJ FC.
Antara
yang menjadi tumpuan semalam pastinya Matlan Marjan, Shahril Arsat, Dollah
Salleh, Zainal abidin Hassan, Yap Wai Loon dan lain-lain deretan bintang bola
Malaysia yang berjasa.
Perlawanan
ini mengimbau suasana era sebelum Semi-Pro, di mana kejohanan liga daerah
rancak dianjurkan, dan dibanjiri rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Bersama
kita hargai jasa bekas atlet kita. Bersama juga kita martabatkan jersi serta
liga tempatan kita.
Padu
& Grande; selamanya!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan