MAN
TURN; MAN SCORE. PADU!
Sudah
beberapa ketika juga legenda bola sepak Malaysia ini kurang mendapat publisiti,
dan lebih senang untuk ‘low profile’. Selepas ke perlawanan Ex-Selangor dan
Ex-Sabah; berkunjung sebentar untuk bertemu antara penyerang terbaik Malaysia
sepanjang zaman ini: Coach Azman Adnan.
Ketika
ditanya keadaan terkini, sambil tersenyum mesra beliau menyatakan: “Saya kini
okay sahaja. Bahagia sebab dapat luangkan lebih masa bersama isteri dan
keluarga tersayang.”
Beliau
juga sempat menitipkan sedikit penghargaan buat para peminat dan penyokong
beliau: “Terima kasih kepada G19, Retro Bola Sepak dan semua yang sudi
menyokong saya dari dulu sampai sekarang. ALLAH sahajalah yang mampu
membalasnya...”
Ketika
ditebak pelbagai isu panas yang dikaitkan dengan beliau, dengan tenang beliau
menjelaskan: “Terserah
kepada mereka yang suka menyebarkan pelbagai versi cerita. ALLAH SWT jugalah
yang mengetahui segalanya...”
Sebelum
menutup bicara, beliau menitipkan: “Saya tetap saya, anak bekas tentera yang
pernah hidup susah di Flat Sri Melaka. Terlalu banyak dugaan sudah saya lalui
dalam hidup ini. Atas sokongan keluarga dan kawan-kawan lah, saya mampu berdiri
sampai hari ini.”
Sambil
bergurau beliau menuturkan: “Orang nak tuduh apa, terserahlah. Itu lumrah. Bak
kata iklan: Man tak kisah...”
Kepada
Coach Man Turn; terima kasih atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan. Semoga
kita terus menghargai bekas atlet tempatan yang masih hidup. Usah hanya hargai
bila sudah tiada. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan kita, siapa
lagi?...
Padu
& Grande selamanya. Man Turn; Man Score. Padu!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan