Isnin, Jun 22, 2015

ALLAHYARHAMHU SHADAN ZAHARI DALAM KENANGAN.

ALLAHYARHAMHU SHADAN ZAHARI DALAM KENANGAN.
Dibesarkan di Kampung Pahang Tua, Bandar Diraja Pekan, Pahang, Shadan Zahari merupakan anak kelapan dari 11 orang adik-beradik. 
Shadan Zahari memulakan kerjaya beliau dengan menganggotai skuad Sukan Malaysia (Sukma) Tok Gajah yang turut dibarisi oleh Shahruddin Rosdi dan Azizul Kamaluddin, dibawah kendalian Fuzzeimi Ibrahim. 
Kemudian, Shadan mewakili Pahang dari 1993 hingga 1996, dan pernah bermain untuk skuad Olimpik Malaysia, yang bersaing untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Atlanta 1996.
Pada 5hb Disember 2006, Shadan Zahari, bekas penyerang Pahang dan kebangsaan, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4 pagi, sewaktu berusia 33 tahun. 
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Al-Fatihah yang sekudusnya, buat pemain berjiwa besar ini: Shahdan Zahari.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...