1999: Kenangan skuad Cikgu Man Dagu yang dihentam hebat selepas kempen Sukan SEA Brunei yang gagal. Antara skuad yang paling dikritik selain skuad Sukan SEA Jakarta 1997. |
1999: Kenangan sasaran untuk layak ke Piala Dunia 2014 oleh FAM. Sekarang sudah 2015, dan kita masih terkial-kial di peringkat Asia Tenggara. |
Espérer
(Harapan).
Terlalu
ramai yang menghentam Nazmi Faiz Mansor rentetan insiden meludah sewaktu menang
tipis 1-0 ke atas Timor Leste dalam Sukan SEA baru-baru ini. Selain ketenangan
serta kemahiran baik yang dipamerkan oleh Matthew Davies, sukar untuk saya
memberi pujian secara pukal kepada skuad yang rata-rata dibarisi oleh pemain
muda yang berbakat dan berpengalaman.
Berbetulan
Malaysia kemudiannya tewas teruk 0-4 kepada Vietnam, sebelum tunduk kepada
Thailand; sekali lagi jurulatih dan pemain skuad kebangsaan dihunjam dengan
pelbagai tohmahan dan cemuhan.
Nazmi
bukanlah satu-satunya pemain yang menimbulkan kontroversi di dalam dan luar
padang. Selain pemain yang pernah digelar ‘wonder kid’ dan pernah beraksi di
Portugal ini, ramai lagi pemain lain yang pernah melakukan kesalahan serupa –
ada juga yang lebih teruk lagi.
Apapun,
hati terubat sedikit dengan aksi memberangsangkan yang ditonjolkan oleh
adik-adik berbakat daripada skuad Bawah-13 Tahun Pelan Pembangunan Bola Sepak
Negara [(PPBN-NFDP) National Football Development Programme Malaysia)].
Mereka
telah mencatat kemenangan yang bermakna dalam beberapa perlawanan Jelajah
Eropah Skuad B-13 PPBN, khususnya sewaktu menang 2-1 ke atas skuad Bawah 13
Tahun Bayern Munich FC. Skuad ini juga menang 4-0 ke atas DFI Academy.
Aksi
mereka seolah-olah memberikan sinar baru buat bola sepak Malaysia, selepas merudumnya
aksi yang dipamer oleh pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda.
Selepas
era Raja Bola Ghani Minhat dan SuperMokh, kita sentiasa mengharapkan akan
muncul ikon sejati bola negara yang berpengaruh. Kita pernah ada Zainal Abidin
Hassan, Dollah Salleh, Azman Adnan, Matlan Marjan, Azizol Abu Haniffah.
Kemudian, hadir Nizaruddin Yusof, Khalid Jamlus, Akhmal Rizal, dan Safee Sali
(sekadar menyebut beberapa nama).
Mereka
memberikan sedaya yang mungkin untuk negara, namun masih gagal menghadirkan
kejayaan besar bagi meletakkan negara kita untuk kini sekurang-kurangnya
setaraf dengan Republik China, UAE dan Oman. Apalagi, Jepun, Korea Selatan,
Iran dan Arab Saudi semakin jauh di depan.
Pendapatan
para pemain bola Malaysia semakin lumayan; namun keputusan lumayan buat bola
kebangsaan secara menyeluruh belum lagi kita capai. Akhir kata, bersamalah kita
sokong dan doakan kejayaan adik-adik NFDP kita.
Sepertimana
Projek Barcelona ’92 (Barcelona Babes); Piala Dunia Belia 1997; Olimpik 2000; Piala
Nike 1996 dan skuad Juara Piala AFF 2010 -- kita mungkin dihidangkan harapan
dan direnggut dengan kekecewaan dengan Projek NFDP ini. Tapi, hidup tidak boleh
mudah putus asa. Kritik boleh pedas, tapi sokong jangan bermusim.
Kepada
Nazmi Faiz, semoga insiden Sukan SEA ini menjadikan anda lebih matang untuk
mengawal disiplin serta emosi. Saya dan ramai lagi penyokong bola Malaysia
percaya bahawa sekiranya Nazmi lebih fokus, beliau mampu menyumbang lebih
banyak, buat Selangor dan Harimau Malaya. Kemampuan beliau menjadi ‘playmaker’
dan ketenangan mengawal bola, bukanlah sesuatu yang dimiliki oleh setiap
pemain. Jadi, bakat beliau tidak boleh disia-siakan.
Sokong;
waktu gagah dan rebah. Selamat maju jaya, bola Malaysia. Padu dan Grande,
selamanya.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan