I
Nostalgia Geng 19 di Paroi.
Aksi kelima kumpulan D Piala Malaysia pada hari Sabtu itu membabitkan pertemuan pasukan PDRM dan Selangor dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban bermula jam 8.45 malam. Pertemuan pertama kedua pasukan dalam kempen Piala Malaysia peringkat kumpulan menyaksikan PDRM menewaskan Selangor, 2-0 pada 20hb Ogos lalu.
Menariknya, Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) dan Retro Bola Sepak (RBS) turut menyarung jersi Lotto era 90an dengan nombor 19, sebagai tribute buat bekas penyerang bintang Selangor dan Malaysia, Azman Adnan, ketika perlawanan Selangor-PDRM di Paroi.
II
The Red Giants seri, 1-1 dengan skuad The Cops. PDRM merupakan satu-satunya pasukan yang mendapat mata penuh daripada 4 perlawanan. Selangor yang bertandang ke Paroi mengalami laluan sukar daripada PDRM kerana pasukan juara Liga Perdana 2014 itu ingin mengekalkan momentum kemenangan dan tidak memberi peluang kepada barisan lawan. Skuad Merah-Kuning dikritik hebat dalam beberapa perlawanan sebelumnya, kerana gagal mempamerkan kemampuan sebenar mereka.
III
Selangor beraksi dengan barisan pemain seperti: Hamsani Ahmad (Boted), Shahrom Kalam, Azmi Muslim, Bunyamin, Penta, Nazmi Mansor, Andik Vermansyah, S. Kunanlan, Hazwan Bakri, dan Paulo Rangel. Meskipun belum berakhir aksi peringkat kumpulan, PDRM telahpun layak ke peringkat suku akhir selepas mengutip 12 mata hasil daripada empat kemenangan berturut-turut.
IV
Akhirnya,
Selangor sekadar seri 1-1 dengan PDRM pada aksi kelima Kumpulan D. Andik
Vermanshah meletakkan skuad Gergasi Merah di depan menerusi jaringannya pada
minit ke-11. Gol ini adalah antara yang terbaik pernah dihasilkan oleh Selangor
pada musim 2014. Tiga sentuhan bola pertama oleh Hazwan, Rangel, dan Bunyamin,
disusuli rembatan pemusnah Andik telah mengelirukan Azizon Kadir.
Pada
minit ke-72, ketika kedudukan masih 1-0, Mehmet mengeluarkan Bunyamin dan
menggantikannya dengan Fitri Syazwan (Kecik), di mana Kunanlan mengambil alih
posisi pertahanan kanan. Pada minit ke-82, Hazwan pula dikeluarkan untuk
digantikan dengan Thamil Arasu.
V
Bagaimanapun,
Alafi Mahmud memastikan PDRM meraih sekurang-kurangnya satu mata apabila meledak
gol penyamaan pada minit ke-84. Keputusan itu sekali gus menyaksikan Selangor
meraih tujuh mata dan berada di tangga kedua manakala PDRM kekal sebagai
peneraju Kumpulan D dengan 13 mata. PDRM mengekalkan rekod tanpa kalah dalam
saingan kumpulan Piala Malaysia.
VI
Ketua
Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic berkata, corak permainan yang dipamerkan
oleh pemain adalah bagus, namun mereka hilang fokus ketika perlawanan tinggal
beberapa minit untuk ditamatkan sehingga membuka ruang untuk dihukum lawan. Kealpaan
benteng Selangor membolehkan PDRM menyamakan kedudukan pada penghujung
permainan. Selangor tampak tertekan setelah gagal mencari kemenangan ketiga,
kerana inilah bolasepak tempatan sekarang, di mana juara Liga Perdana 2014,
PDRM sebenarnya bertaraf pasukan Liga Super.
VII
Festival
Vintaj KL 2014.
Terdahulu,
saya berkesempatan untuk bertemu Bro Pita Gorasta dan Bro Eir Buragas Blues, dua
sahabat pengumpul jersi liga tempatan, ketika Festival Vintaj Kuala Lumpur
2014, di Stadium Merdeka. Festival ini merupakan acara tahunan yang
dianjurkan oleh Pintu Merah. Sudah mencapai tahun keempat, festival ini
pastinya dinanti-nanti oleh peminat barangan vintaj nan langka belaka, dari
seluruh negara.
VIII
Tahun
2014 menyaksikan penganjuran mega bersempena sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan
Malaysia ke-57. Berlangsung selama 5 hari dari 28hb Ogos hingga 1hb September
2014, dari 10 pagi hingga 10 malam, di stadium keramat – Stadium Merdeka, Kuala
Lumpur. Seramai
kurang-lebih 200 peniaga berhimpun di bawah satu bumbung menerusi acara anjuran
Pintu Merah ini. Para pengunjung juga berkesempatan menyaksikan pameran
memorabilia era Merdeka, barangan vintaj dan antik, selain kereta, skuter,
motosikal serta basikal klasik. Semoga ketemu lagi dalam Festival Vintaj KL akan datang. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Man Turn, Man Score. Padu!
--------------------------------------------
Sumber:
- https://www.facebook.com/asianadotmy?fref=ts;
- https://www.facebook.com/DuniaSukanOnline?fref=nf;
- https://www.facebook.com/groups/285351638583/?fref=ts;
- https://www.facebook.com/UltraSelCurva?fref=ts;
- https://www.facebook.com/selangorfanatik?fref=ts;
- https://www.facebook.com/selangorfc?fref=ts;
- http://alicia-lsy.blogspot.com/2014/08/KualaLumpur-Vintage-Festival-2014-event.html?m=1;
- http://carolific.wordpress.com/2014/09/04/events-photos-kl-vintage-festival-2014/;
- http://www.astroawani.com/news/;
- https://www.facebook.com/shahfreshtilldeath?fref=ts;
- https://www.facebook.com/zaid.ayid?fref=photo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan