Jumaat, April 25, 2014

Piala Borneo Edisi Kedua, 1962.

Piala Borneo Edisi Kedua, 1962. 
Skuad yang dibarisi oleh para pemain 
yang berbilang bangsa.
Piala Borneo.
Sarawak menyertai kempen Piala Malaysia pada tahun 1974 sementara Brunei pula menyertai kempen Piala Malaysia pada tahun 1979. Sabah pula menyertai kempen Piala Malaysia pada tahun 1978 (rujukan pada arkib akhbar Singapura, mohon kepastian). Dahulu ada satu kejohanan dipanggil Borneo Cup, pertandingan tahunan antara Sarawak, Sabah dan Brunei. Dimulakan sejak tahun 1962 (namun ada pendapat ia sudah diadakan lebih awal dari tahun tersebut). Hanya apabila Sabah, Sarawak dan Brunei menyertai kempen Liga Semi Pro tahun 1989, kejohanan tersebut sudah tidak dianjurkan lagi. Selepas tahun 1987, juga dikatakan Piala Borneo ini formatnya sudah berbeza, bercorak kejohanan antara-kelab, termasuklah kelab-kelab dari Indonesia di sebelah Kalimantan.
----------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...