Jumaat, Mac 24, 2017

SEKILAS: MAJLIS MENGHADAM UCAPAN DASAR PRESIDEN (MUDA) DI KUBANG KERIAN.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
SEKILAS: MAJLIS MENGHADAM UCAPAN DASAR
PRESIDEN (MUDA) DAN MUKTAMAR ABIM DAERAH 
DI KUBANG KERIAN.
19hb Mac 2017 (Ahad): Alhamdulillah, telah diadakan Majlis Menghadam Ucapan Dasar Presiden (MUDA) dan Muktamar Selari ABIM Daerah bagi tahun 2017 di Pusat Tahfiz dan Latihan Belia Islam ABIM Al-Huda, Kampung Huda, Kubang Kerian, Kelantan.
Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung (SUA) ABIM Pusat, hadir mengisi sesi MUDA kali ini. Beliau turut mengadakan pertemuan bersama Al-Fadhil Ustaz Haji Muhamad Mustafa, bekas Timbalan Presiden ABIM dan YDP ABIM Kelantan yang pernah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demit serta Ahli Parlimen Peringat.
Turut dijalankan, kempen #AkuAhliABIM yang telah digerakkan sejak Muktamar ABIM Pusat pada 30hb Oktober 2016 (Ahad) lepas.
Buletin PANJI yang baru siap dicetak oleh ABIM Pusat turut diedarkan ketika program ini.
Selain pendaftaran ahli baru ABIM, program ini diadakan seiring dengan Kursus Latihan dalam Perkhidmatan Guru TASKI ABIM Kelantan bermula 17-20 Mac 2017.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...