Khamis, Mac 06, 2014

Siri 1 (Pengenalan): Dokumentasi Sejarah ‘Malaysia Life Line for Syria’ (MLLFS)

Sayu: Beginilah keadaan anak-anak Syria 
dalam menghadapi musim sejuk...
Selamat datang ke Syria!
Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha.
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas ABIM 
merangkap CEO MLL4S, 
Saudara Syahrir Azfar Saleh.
Logo Malaysia Life Line
For Syria (MLL4S).
Dokumentasi Sejarah ‘Malaysia Life Line for Syria’ (MLLFS)
‘Malaysia Life Linefor Syria’ (MLLFS) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLLFS kali pertama telah dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.

Gambar menunjukkan antara isi penuh 
sebuah kotak mewakili sumbangan 1000 kotak 
barangan dapur untuk setiap keluarga 
di Syria. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
Konvoi MLLFS buat kali pertama yang telah berjaya dilaksanakan memakan masa selama 7 hari dan disertai oleh seramai 14 orang peserta. Delegasi tersebut membawa sumbangan sebanyak RM400,000 (Euro100,000). Sumbangan untuk rakyat Syria telah disampaikan seperti berikut: 2000 selimut tebal dan tilam; 8 tan gandum; 1000 kotak barangan dapur; saguhati buat pelarian Syria yang menumpang di luar kem pelarian di Turki; saguhati buat para pesakit Syria di hospital-hospital (di bawah seliaan rakyat Syria) di Turki; susu bayi; dan sebuah ambulans.

5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
Poster program di Selatan Thailand di mana
wakil MLLFS telah dijemput untuk memberikan
penerangan berkenaan isu di Syria.
MLLFS mula melancarkan akaun Twitter dan laman Facebooknya pada 8hb Disember 2012. Pada 9hb Disember 2012 pula, MLLFS telah menubuhkan sebuah sekretariat khas ‘Malaysia Life Line for Syria’ dengan 2 orang sukarelawan sepenuh masa bagi memberikan lebih fokus (pentadbiran dan juga projek-projek khas) dalam usaha membantu rakyat Syria yang terzalim dan tertindas. Sementelahan, pada 11hb Disember 2012, MLLFS telah menghantar wakilnya untuk ke Selatan Thailand bagi berkongsi pengalaman dan penerangan mengenai konflik di Syria.

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...