Isnin, Julai 08, 2013

Cerita Liga Malaysia 2013.


1996: Wakil FAM, Datuk Bakar Daud,
bersalaman dengan para pemain Johor FC.


1996: Penyokong setia Johor FC.
PKENJ FC yang lebih dikenali sebagai Johor FC,
merupakan kelab yang paling konsisten dalam
liga tempatan. 2012 merupakan penampilan
terakhir Johor FC,
1996: Skuad Telekom Melaka FC, meraikan
kejayaan menjuarai Liga FAM, menewaskan juara 1995,
Johor FC. Turut kelihatan, Hamsani Ahmad, yang masih
beraksi untuk musim 2013, kali ini bersama
Negeri Sembilan FA.

1996: Aksi Telekom Melaka FC dan Johor FC.
Skuad Johor FC 2010 turut menerima tajaan JKiNG. Antara pemain 
handalan skuad ini ialah Tengku Hazman Raja 
Hassan, Awe (Nurul Azwan Roya) dan 
Eddy Helmi Manan.
B.O.S, 
ketika tahun 2012.
B.O.S., bersama lautan 
penyokong JDT FC.

Sebagai seorang peminat kelab Johor FC dari era PKENJ FC (1990an), sudah tentu saya merasa sedih apabila kelab tersebut digantikan dengan JDT FC. Namun, ia tidak sedikitpun menghalang saya untuk menyuarakan rasa hormat kepada penyokong JDT FC yang bersorak dengan penuh ikatan dan bersemangat sepanjang kempen Liga Super dan Piala FA tahun 2013 ini.

Tahniah juga saya ucapkan buat pasukan kesayangan saya, Selangor FA yang layak ke Piala AFC 2014. Meskipun saya mengharapkan skuad Merah-Kuning mampu bergelar juara Liga Super 2013, menjadi Naib Johan Liga Super dan layak ke Piala AFC 2014 masih boleh dianggap sebagai pencapaian yang baik. Semoga perjuangan yang tegar dan komitmen yang tinggi dapat dipamerkan sewaktu kempen Piala Malaysia 2013 nanti, in sya ALLAH. Viva Selangor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...