Jumaat, Februari 15, 2013

Aksi Bekas Pemain Kelantan, Selangor pukau penonton.


Bergambar kenangan bersama Azman Adnan.
Bro Syafeque Azhar bersama Azman dan jersi Selangor 1998.
Lagenda Kelantan, Hashim Mustapha.
Shahrin Majid, masih pantas dan cergas.
Antara penggerak utama perlawanan amal ini: Bro Malek Rahman.
 
Kebetulan, bertemu para pengumpul jersi dan pendokong tegar bola tempatan. Mereka juga merupakan sahabat Fb saya. Dari kiri: King Kheiriel, Syahrul Niezam, Syafique Azhar dan Pika Ernesto. Mereka tidak lokek ilmu. Sempoi. 
Azlisham Ibrahim, yang sentiasa ceria.
Shahril Arsat, yang pernah berkelana ke Sabah dan mencipta sejarah bersama MPPJ FC.
Antara koleksi autograf para pemain yang sempat saya perolehi.
Nazzab Hidzan, kini pengulas di Astro Arena.
Zami Md Noor, bekas pemain kebangsaan yang masih berjaya mengekalkan fizikal dan kecergasannya. Juga pernah mewakili Selangor sewaktu di bawah kendalian Datuk K. Rajagobal.
Lagenda Malaysia, Dollah Salleh, yang menghadiahkan jersinya kepada saya. Kini melatih skuad Tok Gajah dalam saingan Liga Super.
Tabah Sazwan Othman, pengacara Scoreboard di TV3.
Tabah sewaktu sesi temubual dengan Dollah Salleh.
Perlawanan timbal balik di Kota Bharu. Kedua-dua pasukan terikat 2-2. Azman Adnan yang diberi mandat menjadi ketua pasukan, menjaringkan salah-satu gol Selangor.
Aksi Bekas Pemain Kelantan, Selangor pukau penonton.
8hb Februari 2013, Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Alhamdulillah, pada 8hb Februari 2013 yang lepas, saya berkesempatan menyaksikan aksi pemain lagenda dan veteran Malaysia yang pernah mewakili dua pasukan yang penuh dengan tradisi: Selangor FA dan Kelantan FA. Skuad Bekas Pemain Kelantan berjaya menumpaskan Skuad Bekas Pemain Selangor, 2-1 hasil jaringan Zami Md Nor (2 gol) manakala Asmawi Bakiri berjaya menyempurnakan sepakan penalti untuk gol saguhati Selangor.

Apa yang menarik, perlawanan ini juga adalah bertujuan untuk mengumpul derma untuk mengisi Tabung Kemanusiaan Palestin-Media Prima Berhad. Terdapat juga gerai (booth) yang disediakan untuk memberi penerangan dan pencerahan berkenaan perjuangan rakyat Palestin serta situasi semasa di Ghazzah dan Tebing Barat. Para hadirin juga dihadiahkan senaskah buku ‘Most Common Questions about Islam’ nukilan Dr Zakir Naik serta makalah percuma yang memuatkan ‘Deklarasi Hak Asasi Manusia dalam Islam Kaherah: Maruah dan Keadilan untuk Semua.’ Deklarasi ini telah diisytiharkan di Kaherah, Mesir pada 5hb Ogos 1990 bersamaan 14 Muharam 1411H.

Meskipun tidak sepantas dan selincah dulu, para pemain veteran Selangor dan Kelantan masih berupaya menampilkan kemahiran serta aksi menarik yang berjaya menghiburkan para penonton dan peminat tegar bola sepak tempatan. Setiap kali pemain bintang seperti Azman Adnan menerima bola, pasti para hadirin bersorak, tanda terhibur dan rindukan aksi pemain kesayangan mereka. Antara penggerak utama perlawanan amal ini ialah bekas pemain Selangor FA dan kebangsaan, Malek Rahman. Saya sendiri merasa cukup bertuah kerana berkesempatan untuk berbual santai dan mengumpul autograf para pemain veteran yang hadir pada malam tersebut. Idola saya sedari kecil, Azman Adnan antara yang paling dikerumuni para peminat untuk bergambar kenangan. Beliau juga turut ditemubual oleh para wartawan TV dan media cetak.

Memandangkan antara impian saya sedari kecil ialah untuk bertemu dengan Azman Adnan, Dollah Salleh, Hashim Mustapha dan para pemain yang pernah mewarnai Liga Semi-Pro dan Liga-M, maka perlawanan amal tersebut memberikan makna yang cukup mendalam buat saya dan penyokong setia bola sepak tanah air yang lain.  Dapat berbual dengan Azman Adnan dan dihadiahkan jersi Selangor oleh Dollah Salleh, pastinya sesuatu yang indah, buat peminat marhaen seperti saya. Semoga banyak manfaatnya perlawanan amal seperti ini kepada kita semua. Hidup Malaysia kita. Padu.

2 ulasan:

  1. Saya suka blog tuan...nostalgia..foto silam...sebati dengan naluri pembacaan saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, syeikh. Alhamdulillah, segala puji buat ALLAH. Terima kasih kerana sudi menziarahi blog yang sederhana ini. Moga saja ada manfaatnya untuk kita semua. Amin. :)

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...