Ahad, Februari 05, 2012

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Biru.

Alhamdulillah, pada 29 Januari lalu, saya berkesempatan untuk menghadiri Kuliyah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI), di Dewan Solat Utama dan Dewan Solat Bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Biru).

Saya dan dua orang sepupu saya – Amirull dan Aie – dan sahabat, Yon, sampai di Masjid Biru pada jam kurang lebih 6.30 petang.

Namun, kenderaan sudah pun mula memenuhi tempat letak kereta, melimpah sehingga ke luar masjid tersebut. Subhanallah.

*****************************************************

UAI memang dikenali dengan kepandaian beliau dalam menyelitkan jenaka sewaktu berkuliah. Maka, bukanlah sesuatu yang janggal bilamana kehadiran beliau dianggap fenomena dan disenangi majoriti ahli masyarakat, khususnya golongan anak muda.

Sepanjang pengalaman saya tinggal di Shah Alam (kurang lebih 4 tahun, sewaktu belajar di UiTM), suasana seperti ini hanya berlaku sewaktu Solat Jumaat atau apabila ada acara yang melibatkan pemimpin besar negara/negeri Selangor di masjid tersebut.

Sepertimana yang diumumkan oleh pengerusi majlis pada malam tersebut, Ustaz Azizi bin Satibi, terdapat kurang lebih 30,000 orang hadirin yang mengimarahkan kuliah UAI itu.

*****************************************************

Sementelahan, UAI dilihat sebagai sosok yang mudah didekati, mesra pendengar serta bijak menjadi pemudahcara dalam menyampaikan dakwah kepada hadirin.

*****************************************************

Alangkah indahnya andai lebih banyak program seperti ini dianjurkan. Semoga UAI dapat hadir memberikan kuliah di Selangor dengan lebih kerap lagi. In sya ALLAH.

Takbir.


* p/s: Kepada pembaca budiman yang berminat untuk mengetahui 26 soalan yang sempat dijawab oleh UAI, bolehlah klik pada pautan ini: http://fitrihadi.com/2012/01/26-soalan-ustaz-azhar-idrus-masjid-shah-alam-29-januari/

:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...