Logo
|
Wacana Siasah ABIM: Erdogan dan Masa
Depan Turki.
18hb April 2014: Alhamdulillah, pada hari
Jumaat yang lepas, telah berlangsung sebuah majlis ilmu iaitu ‘Wacana Siasah
Kali Ke-3’ dengan tajuk “Erdogan dan Masa Depan Turki”. Dua orang
pembentang telah diundang untuk program kali ini iaitu Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman [Pengarah
Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya (UMCEDEL) dan
Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM] dan Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman [mantan
Presiden ABIM, Timbalan Presiden WADAH Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) dan
Penolong Setiausaha Agung Kesatuan NGO Islam Sedunia (UNIW)].
Program ini telah dianjurkan di Kolej Daral-Hikmah (KDH), Jalan ABIM, Sungai Ramal Dalam, Kajang. Selangor, secara
bersama oleh Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan; WadahPencerdasan Umat (WADAH); Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM); dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Tuan Haji Azam menyatakan bahawa tahun
2013 adalah waktu getir utk AKP, di mana terdapat dua cubaan untuk
menggulingkan Erdogan. Namun, cubaan itu berjaya dipatahkan walaupun terpaksa
membuat tindakan tidak popular seperti menutup laman ‘Twitter’ dan ‘Youtube’
untuk beberapa ketika. Selain itu, hubungan dengan pihak pemerintah dengan
Fethullah Gulen berada pada tahap yang terburuk. Erdogan secara terang-terangan
mengkritik Fethullah Gulenn, malah ada usaha untuk mengekstradisi beliau dari
Amerika Syarikat.
Dewasa ini, menurut Tuan Haji Azam, hanya
Turki yang dilihat terkehadapan dalam memperjuangkan isu umat Islam seperti di
Palestin, Syria dan Rohingya. Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pula
dilihat seperti sudah ‘koma’ dan tidak boleh berbuat apa-apa.
Turki juga, menurut beliau, bersendirian
dalam menghadapi Barat, bilamana Negara-negara Islam lain tidak membantu; malah
negara-negara Arab menghulurkan bantuan pula kepada Barat dalam menjatuhkan
kerajaan Erdogan. Selanjutnya, Tuan Haji Azam menyebut bahawa beliau
percaya sesiapa yang menguasai Istanbul atau Rom akan mengusai dunia.
Terdapat lebih daripada 150 juta
manuskrip Kerajaan Uthmaniah yang belum diterjemah. Hal yang demikian, Tuan
Haji Ahmad Azam menyatakan bahawa para ahli jemaah WADAH-ABIM-PKPIM harus
mengambil penangjawaban untuk belajar di sana dan menguasai bahasa Turki.
Tuan Haji Azam turut menekankan berkenaan
misi ‘Biz mir ummati’ iaitu kepentingan memberdaya dan memperkasa wadah pemersatu umat demi
membawa semula kegemilangan Islam.
Sementara itu, Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman mengulas
bahawa kebiasaannya, di negara-negara Islam, parti sekular adalah pro-Barat dan
parti Islam anti-Barat. Akan tetapi, di Turki keadaannya terbalik: parti Islam
lebih cenderung kepada Barat dan mahu masuk ke dalam Kesatuan Eropah (EU),
manakala parti sekular sangat anti kepada Barat.
Beliau juga menerangkan bahawa parti
sekular terpecah kepada dua iaitu befahaman ‘Republikan’ dan ‘Demokrat’ (dalam
bentuk pelbagai parti). Parti-parti sekular ini mempunyai banyak perbezaan
fahaman serta enggan bekerjasama antara satu sama lain. Kerana sebab itulah
parti berhaluan Islam seperti AKP berjaya membentuk kerajaan. Sokongan kepada
parti sekular adalah kuat di bahagian pantai manakala bahagian pedalaman pula
adalah kubu kuat parti Islam di Turki. AKP tidak memerintah dengan
majoriti lebih 50 peratus, hanya disebabkan dua parti besar lain tidak dapat
bekerjasama.
Semoga lebih banyak program bermanfaat
seperti ini dapat terus dianjurkan lagi di samping mendapat sambutan yang baik
para pencinta kebenaran dan ilmu. Amin dan in sya ALLAH. Bersama menegakkan
kebenaran dan memperjuang keadilan. Biz bir ümmetiz. Padu.
-------------------------------------------------
Sumber:
- https://www.facebook.com/fazril.saleh.3?fref=ts;
- https://www.facebook.com/cikguainaa?fref=ts;
- https://www.facebook.com/mohdsyazwan2011?ref=ts&fref=ts;
- https://www.facebook.com/ABIMPUSAT?fref=ts;
- https://www.facebook.com/NurjannahKeman?fref=photo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan