Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Filem. Papar semua catatan

Jumaat, Februari 15, 2019

Watak Sergeant Hassan betul-betul wujud, pernah bunuh 11 anggota komunis



Filem yang menelan belanja 700,000 ringgit ini sangat dinanti-nantikan kerana menggabungkan tiga orang yang pernah memenangi Anugerah Pesta Filem Asia iaitu P. Ramlee, Avellana dan A. Bakar Ali (jurukamera).


Rabu, Mac 14, 2018

SEDIKIT TENTANG POK YA CONGCODEI.

SEDIKIT TENTANG POK YA CONGCODEI.
Menghina watak Pokya Congcodei (PYCCD) sebagai seorang yang menganggap isterinya sebagai 'sekadar tempat melepas nafsu';
Adalah antara perkara yang paling lucu saya baca dalam sejarah saya membuka akaun Facebook. Benar, naskah atau karya yang dihasilkan adalah bergantung kepada pemikiran penontonnya.
Tapi, lebih molek kiranya kita menghadam keseluruhan naskah unik ini, dan bukan hanya melihat dari satu sisi yang sempit. Banyak lagi aspek positif boleh 'dibaca' daripada karya ini.
-----------------
Paling utama, "Pok Ya Congcodei" mendidik penonton untuk lebih membuka minda -- dengan berkelana di dunia luar. Bergaul dan cuba memahami perbezaan latar dan budaya sesuatu segmen masyarakat dan tempat.
Bukan hanya menjadi jagoan dalam 'circle' sendiri. Percayalah, sehebat mana pun nama kita, belum tentu kita dikenali di tempat lain.
Jalan cerita dalam naskah ini, kebanyakannya adalah cerminan daripada realiti serta pengalaman hidup Sdr. Sabri Yunus sendiri, seorang aktivis dan seniman yang sangat berjasa kepada dunia seni tanah air.
Cuma saya terkenang kata-kata Sdr. Sabri dalam forum anjuran ABIM baru-baru ini: "Cerita saya habis dah, bila kredit akhir cerita tu habis. Yang belum habis tu dalam minda penonton saja."
Langkanya naskah ini, apabila Pak Dinsman, seorang lagi aktivis seni, menggambarkan bahawa "Sdr. Sabri telah menemui bahasa filemnya sendiri (menerusi telefilem PYCCD)."
Boleh tonton di sini:
Dan di sini:
--------------
Sungguh, jangan ingat kerana kita punya kepakaran dan kemahiran dalam sesuatu bidang, maka kita tahu dan arif dalam semua perkara. Kita hanyalah hamba-NYA yang kurang serba-serbi.
Berpijaklah di bumi yang nyata. Bersederhanalah -- dalam berfikir dan bertindak.
#PokyaCongcodei
.
.

Selasa, Mac 06, 2018

ABIM ANJUR FORUM BEDAH TELEFILEM “POK YA CONG CODEI”.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM ANJUR FORUM BEDAH TELEFILEM 
“POK YA CONG CODEI”.
Kalau aku nak kutik ambil tahu seremo masalah ore, baik aku jadi menteri!”
27hb Februari 2018 (Selasa): Alhamdulillah, Angkatan belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Forum Bedah Telefilem Cerita Rakyat – “Pok Ya Cong Codei” di Dewan Sekretariat ABIM Pusat.
Rakaman program tersebut boleh ditonton di sini:
Program ini menampilkan dua orang aktivis seni tanah air yang berjasa, iaitu Sdr. Sabri Yunus dan Sdr. Dinsman (Shamsudin Osman).
Sdr. Dinsman menyatakan bahawa watak ‘Pok Ya’ lahir di kala masyarakat ‘kehilangan’ pemimpin yang berwibawa. Beliau juga menegaskan bahawa perlu ada nilai estetika serta realiti dalam menghasilkan sesuatu filem atau drama. Sementelah, beliau mengatakan yang Sabri telah menemui 'bahasa filemnya sendiri.'
Beliau juga menyebut bagaimana tidak mudah untuk mengangkat realiti dalam sesuatu cerita, sebagaimana yang dilakukan oleh Sdr. Sabri. Sdr. Sabri yang sebelum ini terkenal dengan watak ‘Wan Ismail Golok’ pula menekankan bahawa seseorang pengkarya itu perlu menjadi pencetus dan bukan hanya mengikut arus dalam menghasilkan sesuatu karya seni mereka.
Beliau mengangkat sisi amanah, menepati janji dan menyayangi isteri dalam sosok Pok Ya, meskipun digambarkan sebagai seorang gangster yang ‘gedebe’. Naskah ini juga mendidik masyarakat untuk keluar bermusafir untuk mengenal tempat orang serta meluaskan pengalaman.
Sdr. Sabri juga memaklumkan bahawa beliau akan menghasilkan telefilem susulan kepada naskah “Pok Ya Cong Codei”, dan akan memulakan penggambarannya pada bulan Mac nanti.
----------------
Kepada yang berminat, jemputlah beli buku Retro Bola Sepak (RBS).
Boleh whatsapp/hubungi 019-3531967 untuk maklumat lanjut.
Reviu buku RBS boleh dibaca di sini:
Senaskah; RM30 sahaja.
Mohon sokong industri buku tempatan.
Apalagi, tak ramai yang berani menerbitkan buku bola sepak dalam bahasa Melayu.
Tanpa kalian; siapalah kami.

Selasa, Februari 20, 2018

FORUM BEDAH TELEFILEM CERITA RAKYAT – “POK YA CONG CODEI”

“Kalau aku nak kutik ambil tahu seremo masalah ore, baik aku jadi menteri!”
----------------
ABIM akan menganjurkan:
FORUM BEDAH TELEFILEM CERITA RAKYAT – “POK YA CONG CODEI”
Maklumat program:
Hari: Selasa;
Tarikh: 27 Februari 2018;
Masa: 3 Petang;
Tempat: Dewan Sekretariat ABIM Pusat; 
https://goo.gl/maps/CgxQM4j54wG2
Panel:
1. Sabri Yunus;
2. Dinsman;
Che Din (Moderator).
----------------
Anda semua dijemput hadir.
Masuk adalah percuma!
:)
.

Rabu, Mei 27, 2015

Rocky Balboa: Going the distance.


Rocky Balboa: Going the distance.
Life's not about how hard of a hit you can give... it's about how many you can take, and still keep moving forward.” -- Sylvester Stallone, Rocky Balboa.
Ahad lepas, layan Rocky Balboa; yang tak pernah gagal memberikan motivasi. Banyak babak dan dialog dalam ‘Rocky’ dari naskah yang sulung; terinspirasi dari peninju sebenar. Termasuklah babak Rocky ‘jogging’ naik tangga dan melepaskan tumbukan padu ke udara. 
Antaranya Chuck Wepner dan Joe Frazier; untuk babak ‘jogging’ atas tangga dan perlawanan Wepner lawan Muhammad Ali. Tapi paling penting, Stallone buat Rocky pertama dengan susah payah dan hutang yang banyak. Inspirasi dari Stallone sendiri pun ada. Sebab tu kita rasa ‘jiwa’ filem ni.
Grande.
.

Selasa, April 14, 2015

Fatwa Pujangga

Fatwa Pujangga
Tatkala kita masih dengan drama-filem yang mengecewakan, Indonesia telah lama membentangkan naskah “Laskar Pelangi” dan “Sang Pemimpi”.
Semoga kita kembali bangkit, untuk melahirkan lebih banyak karya setaraf lewat “Kembara Seniman Jalanan”; “Jogho"; “Kaki Bakar”; “Bunohan” dan “Terbaik Dari Langit”.
Filem kita; wajah kita.
.

Rabu, April 08, 2015

Badut.


Badut.
Alhamdulillah, Sabtu lepas, usai pulang daripada Himpunan Solidariti Syria di UTM Jalan Semarak, KL, sempat ke majlis hari lahir anak saudara saya, Hud di Hillview Park, Bandar Teknologi Kajang.
Paling lucu bila ada permainan membungkus badan ala mumia dengan kertas tisu.
Dah macam himpunan mumia seMalaysia pula. He he.
Tengok brader yang jadi badut ni, terkenang watak Allahyarhamhu Ahmad Busu, dalam sebuah drama zaman 90an dulu. Bukan senang nak buat orang ketawa.
Selamat Hari Lahir buat Hud yang comel.

.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...