.JPG) |
| “Kembalikan hak kami di Arakan!” Tegas Presiden Rohingya Patriotic Front ketika itu, Saudara Mohammad Jaafar Habib, berkenaan penindasan umat Islam Rohingya di Myanmar (ketika itu dikenali sebagai Burma). Wawancara ini disiarkan dalam majalah Risalah terbitan Abim Pusat pada 1982. |
|
|
Kezaliman yang dilakukan Kerajaan Buddha Myanmar terhadap umat Islam Rohingnya sudah diceritakan dalam Risalah ABIM Edisi Mac 1992, sebagai bukti bahawa kekejaman tersebut bukan perkara baru.
|
 |
Pelancaran Tabung Pelarian Islam
Rohingya oleh ABIM pada
tahun 1992. |
 |
Usaha ABIM pada peringkat awal pada
tahun 90-an dengan penubuhan
Pusat Informasi Rohingya. |
.jpg)
.jpg)
2hb Oktober 1992: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Farid Ariffin mewakili ABIM untuk menyerahkan 241 buah bungkusan perubatan dan 12 buah kotak pakaian musim sejuk, kepada wakil Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) untuk dihantar ke Bosnia.
.jpg)
3hb Oktober 1992: Presiden Persatuan Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan, Saudara Ahmad Ismail (kiri) menyerahkan sekeping cek untuk ‘Tabung Bosnia’ kepada Presiden ABIM, Dr Muhammad Nur Manuty.
.jpg)
22hb November 1992: DYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menyantuni anak-anak Bosnia sewaktu majlis makan tengah hari bersama 79 orang pelarian Bosnia yang dianjurkan di Kelab Rekreasi TUDM, Subang.
.JPG)
13hb Disember 1992: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib menyambut ketibaan kumpulan kedua 28 orang rakyat Bosnia-Herzegovina di LTAB Subang. Kejayaan membawa masuk kumpulan 28 orang ini adalah diatas inisiatif pihak ABIM manakala YBK turut membantu dalam menganjurkan acara sambutan ini. Turut menyerikan majlis ialah Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Napsiah Omar, Datin Paduka Zaleha Ismail Timbalan Menteri Pengangkutan, Presiden ABIM Dr. Muhammad Nur Manuty dan Rektor UIAM, Dato Dr Abdul Hamid Sulaiman.
25hb September 1993: Dr Mahathir memperbetulkan beret biru PBB salah-seorang anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang bakal berlepas ke Bosnia untuk misi keamanan.
.jpg)
Januari 1994: ABIM turut menganjurkan siri Konsert Amal ‘Bersama Bosnia’ yang turut menampilkan acara deklamasi puisi oleh SN Pak Samad Said dan Dinsman. Kelihatan dalam gambar; kumpulan kebudayaan Ghazi Husrez-Beg yang diterbangkan khas dari Sarajevo, Bosnia, menyanyikan lagu-lagu berunsur patriotik.
.jpg)
23hb Januari 1994: Lawatan rasmi Presiden Bosnia-Herzegovina, Alija Izethegovic ke pangsapuri PKNS untuk bertemu masyarakat Bosnia yang berhijrah ke Malaysia akibat daripada peperangan.
.jpg)
Februari 1994: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Kebangsaan, Datuk Napsiah Omar dan Pengerusi Majlis Promosi Minyak Sawit Malaysia, Tan Sri Mohd Yusof Hashim, memeriksa tin berisi marjerin minyak sawit yang akan dihantar kepada pelarian Bosnia. Turut kelihatan, Saudara Anuar Tahir dari ABIM.
21hb April 1994: Beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk MBM, ABIM dan PKPIM bergabung untuk membentuk Barisan Bertindak Bosnia (PBB). Barisan ini diketuai oleh Pengerusi PENA, Datuk Ahmad Sebi Bakar.
28hb April 1994: Timbalan Perdana Menteri, DSAI memegang memorandum berkenaan isu Bosnia-Herzegovina yang diserahkan kepadanya oleh Barisan Bertindak Bosnia.
.jpg)
13hb Mei 1994: Datuk Seri Dr Mahathir yang baru pulang dari lawatan ke luar negara, menyuarakan komitmen Malaysia untuk kekal membantu Bosnia, meskipun seorang anggota tenteranya, Mejar Ariffin Zakaria terkorban. Beliau turut mengkritik kegagalan PBB dan negara Barat dalam menangani konflik yang melanda negara tersebut.
.jpg)
25hb Disember 1994: Pak Lah, Dr Mahathir, Ibrahim Koulder (Menteri Pengangkutan dan Komunikasi Bosnia) dan Haris Silajdic (Perdana Menteri Bosnia) sewaktu upacara menandatangani Perjanjian Pelaburan Malaysia-Bosnia.
20hb Februari 1995: Timbalan Pengarah Pelajaran, Saudara Rafie Mahat (tiga dari kanan) bersama Saudara Nur Anwar (di sebelah kiri beliau) dan wakil Kedutaan Bosnia, Ibrahim Bukvic melancarkan pertandingan mewarna peringkat kebangsaan. Di sebelah kiri gambar ialah anak-anak pelarian Bosnia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi.
7hb Ogos 1995: Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak bersama kanak-kanak yang menyertai Peraduan Mewarna Mengisi Tabung Bosnia-ABIM anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan pada majlis pelancarannya di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
|
.jpg)
.jpg)
.JPG)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
+(20).JPG)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.JPG)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
+(26).JPG)
+(22).JPG)
.jpg)
|
|
Naib Presiden ABIM merangkap
Pengerusi MLL4S: Saudara
Perdana Kategori Lelaki 2014.
|
|
|
merangkap CEO MLL4S,
|
|
Logo Malaysia Life Line For Syria (MLL4S).
|
|
|
Wakil ABIM dan MLL4S di Persidangan
Antarabangsa Pembebasan Masjid Al-Aqsa.
Program ini adalah anjuran Kesatuan Ulama
Muslimin Sedunia Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), Persatuan
Ulama’ Malaysia (PUM) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
pada 16–18hb Mei 2014, bertempat di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Seksyen 14,
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Sewaktu sesi ketiga persidangan tersebut
pada 18hb Mei 2014 (Ahad), Naib Presiden ABIM, Saudara Haji Mohamad Raimi turut membuat
pembentangan di bawah topik ‘Role of Muslim Youth Movement: Mobilizing Ummah’
(Peranan Gerakan Belia Islam dalam Memobilisasi Umat).
Saudara Raimi mengimbau sejarah bagaimana
ABIM berjaya memobilisasi gerakan masyarakat terbanyak serta mengangkat isu
umat menerusi penerbitan beberapa jurnal dan makalah seperti nasakah ‘Risalah’.
Antara kejayaan besar ikhtiar sebelum kewujudan wadah publisiti seperti media sosial
dan digital, ialah kejayaan ABIM berjaya mengutip sumbangan hampir RM3 juta
daripada anggota masyarakat bagi tujuan bantuan kemanusiaan.
ABIM, menurut mantan Presiden PKPIM itu
lagi, turut menyumbang dengan konstruktif, menggagaskan ‘Agenda Penyatuan
Ummah’ terhadap seluruh masyarakat Melayu-Islam di Malaysia. Pada 8hb Mei
2002, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, YAB Dato’ Dr. Seri Mahathir Mohamad
(kini Tun) yang juga merupakan Presiden UMNO telah dipertemukan dengan
(Almarhum) Dato’ Fadzil Noor (Presiden PAS merangkap Ketua Pembangkang Parlimen
ketika itu) di Balai Tun Syed Nasir, DBP.
Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan
Perdana Menteri ketika itu, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) dan
Timbalan Presiden PAS ketika itu, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang ini disaksikan di
secara langsung di seluruh negara. Program ini adalah suatu peristiwa penting
dalam sejarah politik negara kita. Ianya mendapat liputan secara langsung oleh
RTM.
Program penuh gemilang ini antara lain
ialah hasil usaha Presiden ABIM ketika itu, Saudara Haji Ahmad Azam Abdul
Rahman dan (Allahyarham) Dato’ Rahim Bakar, ketika itu adalah Pengerusi Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP). Peristiwa ini masih dikenang sehingga hari ini,
dan menjadi antara peristiwa penting sepanjang era kepimpinan Saudara Haji Azam
dalam memegang jawatan Presiden ABIM kelima dari tahun 1997 hingga 2005.
ABIM, menurut Saudara Raimi lagi, turut
berjuang untuk mengangkat pelbagai isu umat yang ditindas baik di Myanmar
(etnik Rohingya); Kashmir; Xinjiang (China); Bangladesh; Cechnya; Bosnia
mahupun di mana juga. “Dunia hari ini terdedah dengan akses kepada internet
dengan sangat mudah. Justeru itu, maklumat berkenaan umat yang tertindas boleh
didapati dengan begitu mudah. Jadi, belia hari ini tidak boleh mengambil
pendekatan tidak ambil peduli serta tidak prihatin, dengan tidak berusaha untuk
menyumbang apa-apa.”
Dalam pembentangannya lagi, Saudara Raimi
menegaskan bahawa generasi muda mempunyai idealisme, dinamisme serta stamina.
Hal yang demikian, setiap anggota masyarakat perlu memberi peluang serta ruang yang
sewajarnya kepada mereka dalam proses mobilisasi gerakan kesedaran kemanusiaan.
“Jaringan (networking) serta kerjasama sesama NGO Islam serta para aktivis
Hak Asasi Manusia di serata dunia mesti diwujudkan. Paling penting, aktivisme
dan idealisme adalah berikat-rapat dan mesti digandingkan dalam sesebuah gerakan,”
kata beliau lagi.
Persidangan ini memberi fokus ke arah
menyatukan ummah dalam membebaskan Masjid al-Aqsa dan mengembalikan hak rakyat
Palestin dan golongan yang ditindas. Persidangan ini melibatkan beberapa tetamu
dari dalam dan luar negara antaranya dari Malaysia, Palestin, Turki, Indonesia,
Mesir, Jordan, Iran, Pakistan dan beberapa negara yang terlibat.
Cikgu Mohd Azmi Abd Hamid, Presiden MAPIM
dalam pidatonya mrnggriskan beberapa yang perlu dilaksanakan bagi mencapai
perubahan yang baik dan konstruktif. Menurut beliau, reformasi terhadap sistem dan
budaya politik mesti dilakukan. Selain itu, kesedaran ummah dan bukannya hanya
berfokuskan kepada mazhab semata-mata, perlu disemat dalam jiwa umat Islam.
Selanjutnya, Cikgu Azmi memberi penekanan
kepada perlunya pembinaan, pembangunan serta pengukuhan terhadap sosio-ekonomi-budaya
serta prinsip politik umat Islam. Integriti institusi awam juga perlu
diperkasakan, tatkala unsur-unsur sosio-budaya yang negatif perlu ditentang
dengan keras.
Para hadirin turut dihiburkan dengan
persembahan mantap daripada kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz. Hijjaz telah
menerbitkan sebuah album baharu dengan kerjasama MAPIM, dan masih menunggu
tawaran untuk menghasilkan album berkenaan isu di Syria pula. Salah-sebuah lagu
dalam album tersebut ditulis liriknya oleh Ustaz Azhar Idrus, pendakwah
terkemuka negara. Resolusi persidangan ini telah dibacakan oleh Ustaz Ahmad
Awang, mantan Presiden Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Syukur.
Bersama Menegakkan Kebenaran dan
Keadilan; Hidup Biar Berjasa. Padu.
-------------------------------------------------
Sumber:
- http://www.mapim.my/;
- https://www.facebook.com/mapim?fref=ts;
- https://www.facebook.com/fiza.bahar.3?fref=ts;
- https://www.facebook.com/ibnrahim?fref=ts.