Piala
AFC 2014: Arema Indonesia 1-0 Selangor.
Stadium
Kanjuruhan, Malang, Surabaya (16hb April 2014, Rabu): Selangor terpaksa
mengucapkan selamat tinggal dalam kempen Piala AFC 2014 apabila tewas 0-1 ke
atas Arema Malang dari Indonesia sebentar tadi. Gol tunggal perlawanan
dijaringkan menerusi penalti Gustavo Lopez di minit ke-45 selepas Shahrom Kalam
dipersalahkan akibat menampan bola di kawasan petak penalti. Timbul sedikit
kontroversi apabila gol jaringan Selangor tidak dikira oleh pengadil, meskipun
telah melepasi garisan gol.
Maka,
Selangor gagal mengulangi pencapaian musim lalu mara sehingga pusingan kedua
kalah mati Piala AFC. Selamat Tinggal Piala AFC. Tiada lagi wakil Malaysia
untuk pusingan kedua kalah mati. Kedua-dua wakil negara termasuk Kelantan cuma
tinggal satu lagi baki perlawanan kumpulan yang perlu dihabiskan, sebagai pelengkap
jadual.
Bukan
rezeki Selangor. Misi takluk Asia dibawa ke tahun hadapan dengan harapan
menjuarai Liga Super pada tahun ini. Senarai skuad 18 pemain Selangor berlepas
ke Malang, Indonesia ialah: Farizal, Bunyamin, Sharom, Rizal, Azmi, Steve, S. Kunanlan,
Venood, Hadi, Thamil, PRangel, Hamsani, Shukor, Raimi, Afiq, Fitri, Shazlan, dan
Syamim.
Selangor
akan melayan kunjungan Maziya FC pada 23hb April nanti di Stadium Shah Alam.
Secara matematiknya, Selangor sudah pun tersingkir dari kempen Piala AFC
apabila hanya sekadar mengutip 5 mata dari 5 perlawanan manakala pasukan tempat
kedua kumpulan, Arema Malang dengan 10 mata.
Viva
Selangor. Padu!
---------------------------------------------------
Sumber:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan