Rabu, April 16, 2014

Piala AFC 2014: Arema Indonesia menang, 1-0, ke atas Selangor.


Piala AFC 2014: Arema Indonesia 1-0 Selangor.
Stadium Kanjuruhan, Malang, Surabaya (16hb April 2014, Rabu): Selangor terpaksa mengucapkan selamat tinggal dalam kempen Piala AFC 2014 apabila tewas 0-1 ke atas Arema Malang dari Indonesia sebentar tadi. Gol tunggal perlawanan dijaringkan menerusi penalti Gustavo Lopez di minit ke-45 selepas Shahrom Kalam dipersalahkan akibat menampan bola di kawasan petak penalti. Timbul sedikit kontroversi apabila gol jaringan Selangor tidak dikira oleh pengadil, meskipun telah melepasi garisan gol.
Maka, Selangor gagal mengulangi pencapaian musim lalu mara sehingga pusingan kedua kalah mati Piala AFC. Selamat Tinggal Piala AFC. Tiada lagi wakil Malaysia untuk pusingan kedua kalah mati. Kedua-dua wakil negara termasuk Kelantan cuma tinggal satu lagi baki perlawanan kumpulan yang perlu dihabiskan, sebagai pelengkap jadual.
Bukan rezeki Selangor. Misi takluk Asia dibawa ke tahun hadapan dengan harapan menjuarai Liga Super pada tahun ini. Senarai skuad 18 pemain Selangor berlepas ke Malang, Indonesia ialah: Farizal, Bunyamin, Sharom, Rizal, Azmi, Steve, S. Kunanlan, Venood, Hadi, Thamil, PRangel, Hamsani, Shukor, Raimi, Afiq, Fitri, Shazlan, dan Syamim.
Selangor akan melayan kunjungan Maziya FC pada 23hb April nanti di Stadium Shah Alam. Secara matematiknya, Selangor sudah pun tersingkir dari kempen Piala AFC apabila hanya sekadar mengutip 5 mata dari 5 perlawanan manakala pasukan tempat kedua kumpulan, Arema Malang dengan 10 mata.
Viva Selangor. Padu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan