Khamis, Mac 09, 2017

“Reflect Series: Khabar dari Bumi Syam: Misi Kemanusian Lubnan”.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, 
Presiden ABIM. Juga mantan
#Reflect #Series #GlobalPeaceMission #ABIM
[REFLECT SERIES]
“Khabar dari Bumi Syam: Misi Kemanusian Lubnan”.
8hb Mac 2017 (Rabu): Menjejakkan kaki ke bumi Syam adalah pengalaman yang sangat berharga dan memberi kesedaran yang tinggi kepada mereka yang telah pun ke sana. Puan Maria Kamel, merupakan Penolong Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), koordinator misi kemanusian Lubnan dan juga merupakan Exco GPM; berkongsi pengalaman dan misi beliau di Lubnan. Sesi ‘Reflect Series’ ini dijalankan di Sekretariat Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gombak.
Terdahulu, pada 7hb Mac 2017 (Selasa), Program “Bicara Kemanusiaan: Kitchen in Calais” telah dijalankan di Dewan Syura, Kolej Dar Al-Hikmah, Kajang. Tuan Jamalulail Ismail, 48; dan isterinya, Puan Sofinee Harun, 42; mengabdikan diri sebagai sukarelawan bagi membantu pelarian di sebuah kem di Calais, Perancis, yang dikenali sebagai ‘The Jungle’.
Mereka memberikan bantuan di kem yang menempatkan lebih 10,000 pelarian dari Syria, Sudan, Eritrea, Afghanistan, Iraq dan Iran. Pasangan ini membangunkan sistem pengedaran makanan di sana dengan dikenali sebagai ‘Kitchen in Calais’, bagi memastikan kemudahan dapur dapat disediakan untuk membantu golongan pelarian, khususnya apabila musim sejuk tiba. 
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.

Rabu, Mac 08, 2017

DIRGAHAYU, NEGARAKU.

DIRGAHAYU, NEGARAKU.
Tak salah nak berbeza faham politik atau ideologi kepartian. Tapi, tak semua boleh dijadikan bahan jenaka -- lagi-lagi soal kedaulatan negara.
Jika bab keselamatan tanah air pun kita boleh buat gurau ketawa; apalah bezanya kita dengan pekerja Bangladesh, Indonesia, Nepal dan lain-lain.
Yang menikmati hasil bumi ini, tanpa perlu menumpahkan taat setia mereka.
Bukalah mata, usah ditulikan telinga. Dirgahayu, Malaysia tercinta.
#Negaraku
.

Jumaat, Mac 03, 2017

SUA ABIM TAMPIL DALAM FORUM NATIONAL TALK 2.0 DI UITM RAUB.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, 
Presiden ABIM. Juga mantan
SUA ABIM TAMPIL DALAM 
FORUM NATIONAL TALK 2.0 
DI UITM RAUB.
22hb Februari 2017 (Rabu): Alhamdulillah, Setiausaha Agung (SUA) ABIM, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz tampil dalam Forum National Talk 2.0, bersama Pensyarah, Saudara Akmal Abdul Rahim, mengupas topik besar, “Demonstrasi: Mahasiswa Boneka Politik?” di Dewan Titiwangsa, UiTM Raub.
Antara objektif program ini adalah untuk menyedarkan mahasiswa tentang merit dan demerit demonstrasi; mengikut undang-undang yang betul. Forum ini juga menjelaskan tentang akta-akta demonstrasi serta Perkara-Perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Terdahulu, pada 19hb Januari 2017, Naib Presiden ABIM, Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail serta Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Saudara Jufitri Joha telah membuat pengisian dalam Seminar “Ekstremisme: Realiti dan Penyelesaian”, anjuran UiTM Pahang Kampus Raub, dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan Pusat Pengajian Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Perakaunan dan Undang-undang, di Dewan Titiwangsa UiTM Raub.
Ucaptama disampaikan oleh Sahibul Samahah YH Dato’ Sri Dr. Hj. Abd. Rahman Osman, Mufti Negeri Pahang dan Prof. Dr. Ahmad Fauzi Abd. Hamid, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh USM.
Ydh. P/DCP Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, menyampaikan ceramah mengenai isu-isu ancaman dan situasi ekstremisme dan kefahaman ideologi ekstremisme. Turut hadir, Ydh. CP Dato' Sri Sharifuddin b. Ab. Ghani, Ketua Polis Pahang.
Para peserta terdiri daripada penuntut UiTM Pahang Kampus Raub serta Amanita IPD Raub. Seminar ini memberi pengenalan kepada ancaman ancaman ekstremisme, di samping memberi kefahaman isu semasa mengenai aktiviti ekstremisme. Turut dikupas berkenaan kesan ancaman ekstremisme terhadap masyarakat serta tindakan pencegahan.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.

NAIB PRESIDEN ABIM KUPAS TAJUK “KEAGUNGAN ILMU” DI KOLEJ MARA BANTING.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, 
Presiden ABIM. Juga mantan
NAIB PRESIDEN ABIM KUPAS TAJUK 
“KEAGUNGAN ILMU” DI KOLEJ MARA BANTING.
23hb Februari 2017 (Khamis): Alhamdulillah, telah berlangsung program ceramah bertajuk “Keagungan Ilmu” di Surau Kolej Mara Banting, Bukit Changgang. Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail (Naib Presiden ABIM) mengisi program tersebut yang diadakan selepas solat Maghrib.
Kolej Mara Banting (KMB) mencatatkan keputusan antara yang terbaik di peringkat antarabangsa bagi program diploma dan sijil International Baccalaureate (IB) 2016 dengan purata lulus keseluruhan dicapai adalah 96.4 peratus berbanding purata lulus untuk IB dunia, 79.26 peratus.
Seramai 363 pelajar KMB sesi 2014/2016 mengikuti program IB dan lima daripada mereka berjaya mendapat 42 mata daripada 45 mata penuh.
Terdahulu, pada 20hb Februari 2017 (Isnin), telah berlangsung “Usrah Umum: ‘Human Rights’ Menurut Neraca Islam” di Edu LR 8, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Terbuka kepada semua, program ini menampilkan Saudara Mohd Khairul Anwar Ismail, Naib Presiden ABIM. Turut hadir, Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM. Beliau mengupas kontroversi mengenai hak asasi manusia dan agama yang sering menjadi perdebatan merentasi zaman.

Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.


Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...