Khamis, September 17, 2015

Ngeteh.


Ngeteh.
Ngeteh dengan Big Boh.
Gaya, mutu, keunggulan.
.

Kenduri.


HUJAN NAN LEBAT.

HUJAN NAN LEBAT.
Hujan nan lebat. Dugaan untuk penunggang motosikal. Dugaan untuk para peniaga di pasar tani dan pasar malam. Dugaan untuk para penjual aiskrim dan roti.
Tapi, hujan ini kita perlukan; untuk mengurangkan kebahayaan jerebu. Hujan ini kita perlukan; untuk menyuburkan tanah-tanah yang tandus.
Boleh jadi – apa yang kita tidak suka itu; baik untuk kita.
Semoga ALLAH SWT permudahkan urusan kita semua.
Amin...
.

BUAIAN DAN HARI MALAYSIA.


BUAIAN DAN HARI MALAYSIA.
Alhamdulillah, balik kampung tempoh hari, dapat pekena soto ayam di Tali Air, berhampiran Morib dan Kampung Endah. RM4 saja semangkuk.
Di kampung, dapat layan buaian yang dipasang oleh abang ipar saya di belakang rumah. Bukan senang nak cari pokok yang rendang. Kebetulan ada pokok manggis yang Arwah Emak saya tanam lama dulu. 
Sebelum terlupa – Selamat Hari Malaysia saya ucapkan buat semua. Semoga Hari Malaysia ini akan menjadikan kita rakyat yang lebih matang dan bertoleransi. Juga, semoga ALLAH SWT permudahkan urusan kita semua; tatkala negara dilanda krisis ekonomi dan politik dewasa ini.
Hasbunallah; wanikmal wakil.
.




Khamis, September 03, 2015

Selamat Ulang Tahun, Cinta.

Selamat Ulang Tahun, Cinta.
1hb September; selamat ulang tahun kelahiran buat Cinta.
13hb September -- ulang tahun pernikahan kami berdua.
Dialah Isteri, yang saya kasih serta rindu; setiap siang dan malam.
Dialah Kekasih, yang banyak berkongsi duka dan suka.
Semoga panjang umur dan murah rezeki kami -- dan kita semua.
.



GRANDE, MALAYSIA!

GRANDE, MALAYSIA!
Secebis nota di ambang merdeka...
*****
“Secupak segantang sekati semayam.. Teriak gemilang Malaysia ku bersemayam... Setahil sehasta sekaki serelung.. Tak ganjil bercinta pada Malaysia nan ulung...” – Careca.
*****
“Lulur lumpur pada tubuh sekujur… Tutur kata si tua jujur... Budi diatur tingkah dilentur.. Bakti ditabur pada tanah nan subur.. Debur ombak pada pantai yang hancur.. Kabus kabur awan menghablur.. Kecur tapak panas melebur... Antara syukur dan kufur.. Antara libur dan hibur..
Hidup lah Malaysia ku nan luhur…
” – Canna.
*****
“Megah berdiri gagah perkasa.. Pahlawan negara membela bangsa.. Bersatu hati membina kuasa.. Itulah kami anak Malaysia..” – Razee.
*****
“Dalam menongkah arus perkembangan negara kita - baik-buruknya, lemah-kuat pimpinannya, ingatlah; bahawa ini negara kita. Apa jua matlamat dan fahaman politik kita; letakkanlah maruah tanahair pada letak duduk yang sewajarnya. Kobar jiwa semangat; julang panji merdeka. Grande dan padu selamanya.” -- Che Din.
*****
“Pantang menyerah si anak Jawa.. Kudrat dan keringat demi Malaysia.. Ayuh bangsaku sehati sejiwa.. Warisan merdeka untuk selamanya..” -- Le Saux.
*****
“Tuan dan tanah sebatinya sama. Terkadang, tanah merasa mana tuannya? Mungkin roh jiwa si Tuan, Tanah tidak merasa auranya. Suburkanlah, sejiwakanlah. Biar apa, siapa atau bencana melanda, pasakkanlah hati tetapkan jiwa. Malaysia ku, sehati sejiwa.” – Bremner.
*****
Retro Bola Sepak (RBS) : Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ku. Sehati, sejiwa, padu dan grande selamanya!
.


(SOLD) Jersi DIY Selangor 1996.

Salam.
Jersi DIY Selangor 1996 (SOLD).
Di belakang jersi ada autograf Azman Adnan the legend.
Lotto silkscreen.
Saiz L.
Ukuran p2p: 22.5".
SOLD.
Terima kasih.
:)

.





Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...