Khamis, September 03, 2015

GRANDE, MALAYSIA!

GRANDE, MALAYSIA!
Secebis nota di ambang merdeka...
*****
Secupak segantang sekati semayam.. Teriak gemilang Malaysia ku bersemayam... Setahil sehasta sekaki serelung.. Tak ganjil bercinta pada Malaysia nan ulung...” – Careca.
*****
Lulur lumpur pada tubuh sekujur… Tutur kata si tua jujur... Budi diatur tingkah dilentur.. Bakti ditabur pada tanah nan subur.. Debur ombak pada pantai yang hancur.. Kabus kabur awan menghablur.. Kecur tapak panas melebur... Antara syukur dan kufur.. Antara libur dan hibur..
Hidup lah Malaysia ku nan luhur…
” – Canna.
*****
Megah berdiri gagah perkasa.. Pahlawan negara membela bangsa.. Bersatu hati membina kuasa.. Itulah kami anak Malaysia..” – Razee.
*****
Dalam menongkah arus perkembangan negara kita - baik-buruknya, lemah-kuat pimpinannya, ingatlah; bahawa ini negara kita. Apa jua matlamat dan fahaman politik kita; letakkanlah maruah tanahair pada letak duduk yang sewajarnya. Kobar jiwa semangat; julang panji merdeka. Grande dan padu selamanya.” -- Che Din.
*****
Pantang menyerah si anak Jawa.. Kudrat dan keringat demi Malaysia.. Ayuh bangsaku sehati sejiwa.. Warisan merdeka untuk selamanya..” -- Le Saux.
*****
Tuan dan tanah sebatinya sama. Terkadang, tanah merasa mana tuannya? Mungkin roh jiwa si Tuan, Tanah tidak merasa auranya. Suburkanlah, sejiwakanlah. Biar apa, siapa atau bencana melanda, pasakkanlah hati tetapkan jiwa. Malaysia ku, sehati sejiwa.” – Bremner.
*****
Retro Bola Sepak (RBS) : Selamat Hari Kebangsaan Malaysia ku. Sehati, sejiwa, padu dan grande selamanya!
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...