Khamis, April 02, 2015

Bagan Lalang nan indah.

Bagan Lalang nan indah.
Bila-bila cuti, antara cara nak lapangkan minda, ialah dengan berkunjung ke pantai.
Ombak yang menderu, air yang mengalir, menenangkan pemikiran yang saban hari sarat.
Menyaksikan mentari terbenam adalah antara keajaiban ciptaan TUHAN, yang jarang kita hargai.
Terima kasih ALLAH.
:)

Kebahagiaan.

Kebahagiaan.
Tahniah buat rakan sekampus di UiTM, Shikin yang telah menamatkan bujangnya dengan orang Ijok. 
Seronok, dapat jumpa ramai kawan lama.
Alhamdulillah -- untuk segala cinta, dugaan dan kebahagiaan.
:)

Redha.

Redha.
“Kita kena redha sajalah dengan dua gol ini.” 
-- Zainal Abidin Rawop.
Skuad kendalian Coach Razip Ismail dan Coach Rusdi Suparman tersingkir daripada Kumpulan 1, Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 23 Tahun 2016. Meskipun jalan perjuangan di depan semakin berliku, tahniah skuad Bawah 22 Malaysia yang menang ke atas Macau, dan berjaya mengekang Jepun, 0-1, setelah tewas 1-2 kepada Vietnam. Buat masa ini, inilah tahap bola kita, selagi tiada kajian dan perlaksanaan dasar yang telus dijalankan. Kita masih berdoa.
Terdahulu, skuad senior kebangsaan bimbingan Coach Dollah Salleh, tewas besar 0-6 kepada Oman dalam perlawanan persahabatan. Di Malaysia kita nan tercinta ini, selain jawatan PM, antara jawatan paling mencabar ialah jurulatih skuad bola kebangsaan.
Selamat maju jaya buat semua yang terlibat dengan program pembangunan peringkat tunas. Kepada yang diberikan peluang untuk beraksi bersama pasukan Liga-M dan skuad negara, hargailah susah-payah penyokong yang berkorban masa dan wang ringgit.
Perjalanan kita masih jauh. Masih jauh.

Kisah penjual roti.

Setiap pagi -- dalam perjalanan ke tempat kerja, selalu melihat rutin para penjual roti yang sabar mengambil bekalan roti mereka di sebuah kedai sekitar Jalan Kelang Lama.
Kental penjual akhbar dan roti ini. Berhujan panas, dengan peti besar meredah kesesakkan. Mereka gigih berikhtiar.
Semoga ada pengakhiran yang baik. In sya ALLAH.
Sumber:

RBS di FourFourTwo.

RBS di FourFourTwo.
Alhamdulillah. Tulisan saya dan Sahabat Admin Retro Bola Sepak (RBS) berkenaan 10 pemain import Liga-M terbaik sepanjang zaman. Jemput baca semua.
Terima kasih atas setiap kritikan dan teguran. Kami terima dengan lapang dada.
Memang sukar untuk memuaskan hati semua pembaca budiman, apalagi jika terpaksa membuat 10 senarai pendek pemain import terbaik sepanjang zaman.
Kami memang bukan pakar. Kami menulis atas dasar minat dan cintakan bola sepak.

Bersama martabatkan jersi dan liga tempatan kita. Padu dan Grande; selamanya. :)

GST: Gua Sedang Termenung.

G.S.T.
Kita tak pertikai keperluan GST untuk negara, cuma kita sangat prihatin terhadap pilihan masa perlaksanaannya, yang kita fikir belum sesuai.
Memandangkan ia tetap akan dilaksanakan April ini, kita mengharapkan agar sektor pengangkutan dan kesihatan (khususnya), dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan – selaras dengan kos sara hidup rakyat yang meningkat.
Semoga ALLAH SWT pelihara Malaysia kita dengan kasih dan sayang-NYA.
Salam 6%, Negaraku.
-----------------------------------------------------------
“...Grande Selamanya Tidak?...”
Gua Selalu Terdetik
Gelodak Sang Terpimpin
Gagak Sudu Tahi
Gelojoh Sampai Tuli
Gua Sedang Termenung
Gajah Sakan Tindih
Gendong Sarat Tempayan
Gonggong Seguni Tulang
Gua Saban Terfikir
Gertak Sosial Tiruan
Gerhana Siang Terang
Gelita Suasana Terlarang
Gua Seakan Terpana
Gelora Satu Tempat
Gamit Sayang Terbuang
Gari Sepasang Tangan
Guna Sangat Terkesan
Gara-gara Suasana Tertunggang
Gagasan Satu Tanah
Gigit Seluruh Tubuh
Gua Sentiasa Terkenang
Gigih Si Tua
Gagahi Sisa Tindas
Gelandang Sisi Tuan
Gua Sejenak Teringat
Gajet Serba Tulen
Gerek Sangat Tampan
Gaji Selalu Tumpah
Gua Sukar Tidur
Getus Sendiri Terampun
Gelojak Saudara Terhindar
Gali Seemas Timbun
Gua Sayang Teramat
Getaran Seantero Tanah
Ganas Sang Tebuan
Gagal Sudah Tujuan.
Retro Bola Sepak: Gadis Sipu Tertunduk.

Sumber:

Pertarungan hidup dan kehidupan.


Pertarungan hidup dan kehidupan.
Malam semalam, ketika berhenti di lampu isyarat, terlihat di sebelah saya seorang lelaki yang membawa agak banyak barangan dapur yang baru dibeli dengan menaiki motornya. Nampak sarat dan gigih.
Mungkin ada yang mentertawakannya atas pelbagai sebab, tapi saya melihatnya dari sisi empati – hanya yang pernah susah akan memahami perasaan orang susah.
Semoga kita terus ‘hidup’, dalam pertarungan kehidupan. ALLAH SWT jugalah tempat kita bergantung harap.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...