Isnin, Mei 14, 2012

Bertabahlah!



Firman Allah SWT, maksudnya: “Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik...” (Al-Baqarah:168).

Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Mencari kerja halal itu wajib atas setiap orang Islam.”

Kita dididik untuk berusaha dan berikhtiar. Setelah berikhtiar, barulah kita bertawakkal. Berserah kepada ALLAH SWT.

Setiap kali dilanda badai dugaan, bangkitlah dengan 1001 semangat padu dan iltizam gigih. Mengeluh tidak akan menjadikan kita lebih baik. Bertabahlah. Redha.

Bak kata Zig Ziglar, “Winning is not everything, but the effort to win is.”

Semoga ALLAH SWT permudahkan urusan kita semua, di dunia dan di akhirat. In sya ALLAH.

Salam.

Khamis, Mei 10, 2012

Murabbi.


***
Ustaz Siddiq Fadzil yang kami hormati. Santai. Tiada protokol.


***

Para Presiden ABIM.











***
Untuk kupasan berkenaan sejarah ABIM, sila klik pautan ini:

***

Borongan.


Alhamdulillah, tempoh hari -- sewaktu di Pekan Taiping -- terjumpa sebuah lagi kedai buku terpakai. Banyak juga majalah lama yang saya borong untuk dibawa balik ke rumah. Antara yang menarik, Majalah Far Eastern Economic Review (FEER), keluaran 26 Januari, 1979. Majalah ini memuatkan temubual dengan mantan Perdana Menteri Malaysia yang saya senangi, Almarhum Tun Hussein Onn. Harganya? 80 sen sahaja senaskah.

Rabu, Mei 09, 2012

Chowrasta, syurga buku terpakai.

***

Chowrasta, tunggu
Tunggu aku
kelak aku datang lagi
nanti aku senyum lagi
mendengar sorak-deraimu
menatap sinar gemilang silam
ilmu
dengan harapan
a.k.u
menjadi tahu dan mahu
sebelum
menjadi mampu
dengan izin TUHANku
TUHAN k.i.ta.

***

Berdaulat Abadi.



***


“Kawan-kawan sekalian,
Tak usah ditanya apa yang terjadi,
Pikullah sejarah di bahumu sendiri,
                                  Agar mekar mewangi warisan generasi.”

-- (Almarhum SN Usman Awang, ‘Berdaulat Abadi’)





***

Isnin, Mei 07, 2012

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...