Jumaat, April 20, 2012

Mencakar minda: Dialog Popular Filem Bunohan.



Salam.

Usai menonton filem ‘Bunohan’; hati jadi ‘sejuk’ dan senang.

Dengan nilai seni yang tinggi dan sinematografi berkualiti, jiwa rasa terserap dengan jalan ceritanya.

Sekurang-kurangnya, saya tahu, masih ada yang sanggup menerbitkan filem Melayu di luar kotak klise ‘cinta tiga segi’ dan ‘cinta dua darjat’.

Sungguh, Bunohan memang mencakar minda.

Filem Bunohan benar-benar memberi kesan terhadap saya.

Sekurang-kurangnya, sebagai seorang penonton dan rakyat marhaen, saya berbangga kerana anak Malaysia berjaya menghasilkan filem sebaik ini.

Bunohan menceritakan kisah tiga saudara tiri: Seorang peninju Muay-Thai, seorang ahli perniagaan dan seorang lagi pembunuh upahan. Mereka bertiga – dan watak-watak lain – bertarung untuk kehidupan mereka: di dalam kegelapan jaring penipuan, penyesalan dan pembunuhan.

***

Berikut saya sertakan beberapa dialog popular (tersurat dan tersirat) buat tatapan kita semua:

1. “Aku bunuh oghe...” “Aku ado dengar...

2. “Nyawa adik mu, mu buko berapo?”… “Segalo-galonyo!”

3. “Mu tok soh bimbey… tok erek mu sekali…

4. “Timo kaseh banyok lah… Encik Muski bin Abdul Rahme wei!”

5. ‎“Ni kubor mok aku! Aku tok boleh nak biar!”

6. “Adil... Adil... Adil...

7. ‎“Oh… kemah gocoh tadi… kemah, kemah!”

8. “Gocoh ni buke gocoh biaso... tok dale dio tu... Bakar!”

9. “Dale hok burok ado hok comey.”

10. “Mu ni manusio ko Iblih?”

11. “Bue hok keruh, ambik hok molek.”

12. “Syaroh gapo lagi gak... baik gi tapo pokok nuuu...

13. ‎“Mano tau dio nok mati banyok kali?”

14. “Hidup seoghe diri; mati tok ado tanda!”

15. ‎“Eh nate ni! Maso gali kubo, mu tok takut. Sekaghe baru nok takut?”

16. “Bokali… mu buleh bui ko aku hok tigo minit tu?”

17. “23 tahun tak boleh sumbat dale 3 minit.”

18. ‎“Serupa slalu.”

19. “What is your name?”… “My name is Bungo Lale.”

20. “Itu burung Melayu, buke burung Mat Salleh.”

21. “Ghoyak !!! Jange nok nyusoh diri... ghoyak!!!”

22. “Style Kuala lumpur mano boleh bawak kelik kampong.”

23. “Hidup ni penoh denge cobaan... padi pon, kadang-kadang tok jadik. Ikan pon lagu gitu.”

24. “Mu ni, kena racun lebih dari ike-ike mu.”

25. “Atah nama ku, tapi bukan hok aku.”

26. “Besar hok aku…” “Tajam hok aku.”

27. “Tulang patoh siya… Masaalohnyo mu tuh; ppatoh smangak oghe!”

28. “Buke Mesir… Marseille, Prancih!”

29. “Mu lepaskanlah dio…

30. “Kalu saye budok tu, jange sampai aku jumpo dio balik sano.”

31. “Payoh maen dengan abad 21 ni.”

32. “Tapi ceghito kito habih sini.”

***

Sumber: Laman Fb Bunohan.

Rabu, April 18, 2012

Halaman kalbu.

***





**************************

Sedikit sinopsis novel ini:
Tahun 1940an. Tanah Melayu bergolak. Malapetaka Darwinisme menjengah Kampung Kundang, Selangor. Di kala negara kuasa-kuasa besar berebut-rebut mempamerkan kuasa mereka, negara-negara kecil menjadi mangsa. Sejarah perjuangan menentang British yang diketuai oleh Datuk Maharaja Lela menjadi pedoman buat Ahmad Redha, Shukor Dhani dan sahabat-sahabatnya untuk bangkit, menentang penaklukan Jepun ke atas desa tercinta.

Kisah perjuangan Redha menentang penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Redha, pejuang yang cekal menghadapi kesusahan zamannya demi agama, bangsa dan tanah air. Demi hasrat memperjuangkan kemerdekaan, Redha rela mengorbankan kasih pada isterinya. Redha bersama rakan-rakan pejuangnya menentang kedatangan Jepun di Kampung Kundang. Mereka merupakan skuadron rakyat yang berkhidmat sepenuh hati untuk rakyat.

Ahmad Redha kental berjuang, di bawah tadahan hujan - dalam kemuliaan perjuangan, atas nama TUHAN.

**************************

Isnin, April 16, 2012

Novel untuk Emak dan Abah.



***

Arwah Emak adalah orang yang paling banyak memberi sokongan, dorongan dan semangat kepada saya, untuk menulis dan untuk hidup.

Saya mendapat tawaran menulis manuskrip Wajah Hati Redha sewaktu masih mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang atau LLB (Hons) di UiTM Shah Alam.

Sekiranya ada yang sedang belajar -- atau telah lulus -- dari Sekolah Undang-Undang UiTM, pasti faham: soal tekanan dan kesibukan pelajar LLB UiTM.

Masuk kelas pukul 8 pagi. Pulang lewat malam.

Setiap kali -- setiap kali -- saya katakan yang saya sudah putus asa untuk menyiapkan karya ini, Emak akan menegur dan menyantuni keluhan saya.

Kalau buat kerja... mesti dihabiskan,” pesan Emak. “Jangan buat separuh-separuh.”

Saya terlalu rindukan saat-saat duduk berbual dengan Emak di hadapan TV.

Rindu melihat kelibat Emak menyiram pokok-pokok bunga orkid kesayangan Emak.

Rindu masakan Emak yang lazat.

Terlalu rindukan Emak.

Terima kasih Emak. Terima kasih Emak. Terima kasih Emak.

Terima kasih Abah.

Terlalu banyak jasa Emak dan Abah kepada saya.

Novel ini, saya hadiahkan untuk Emak dan Abah.

Sekiranya ada manfaat dan pahalanya, semuanya saya sedekahkan buat Emak dan Abah.

Tempahan Novel.


Salam.

Kepada para sahabat budiman yang berminat membuat tempahan untuk karya sulung saya, “Wajah Hati Redha: Skuadron Rakyat” boleh dibuat melalui saya sendiri.

Hanya perlu maklumkan kepada saya di blog ini ataupun boleh layari http://www.nur-johan.com.my/eshop/.

Harganya hanya RM19.90 sahaja.

Harta kita ialah maruah. Penyelamat kita ialah iman.”

Selamat meredhai perjuangan hidup insani.

Isnin, April 09, 2012

Sunyi.

Alhamdulillah, kerja untuk hari ini baru dibereskan.

Berseorangan di pejabat waktu-waktu begini, puisi hidup -- sayup-sayup -- mampir dan pergi secara sendiri.

Terima kasih sunyi, kerana sudi menemani.

Suara Hari Esok.

***



***

Hang kata hang tera?” – Dialog Filem Ali Setan.
Aiman tak kisah.” – Kata Aiman, pelajar sekolah.
Amacam?” – Tanya Pak Jabit.

***



***

Harapan... hatiku... ingin hidup bahagia...” – Lirik lagu Ukays.


***

Salam pencerahan.

***

Mengenang Jasa Seorang Presiden.


***

Mengenang Jasa Seorang Presiden
(untuk Dr. Siddiq Fadzil, Presiden ABIM sesi ’82 – ’91)


Kau warisi nakhoda
ketika taufan mengamuk, lautan bergelora
awak kapal dilanda krisis kepercayaan
di malam gelap, kompas tidak menunjuk arah.

Di pantai sana
orang bergendang keriangan
ABIM nazak
menunggu masa untuk ditalqinkan.

Kejernihan pemikiran, membuahkan
keteguhan keyakinan, melahirkan
keberanian bertindak, tanpa mengenal lelah
keikhlasan amal, menjadikan
doa-doa dikabulkan Tuhan

Belum sempat menarik nafas lega
muncul penohok kawan seiring
penggunting dalam lipatan
sekali lagi
badai melanda, bahtera oleng
kecepatan, kejituan dan ketegasan tindakan, yang
penuh hikmah kebijaksanaan
menuntaskan penyelesaian.

Pemimpin agung tidak lahir
dalam istana dan subsidi
manusia besar ialah
anak pergelutan masalah kemanusiaan
penunggang terbaik krisis demi krisis
pelari yang memintas masa
pemeran utama perjalanan sejarah.

Kini,
Angkatan Belia Islam Malaysia
akarnya, telah menjunam ke perut bumi
pucuknya, telah menyapu-nyapu awan
buah dimakan orang lalu
tak akan sekah dek angin
tak akan tumbang dek badai

Siapa yang menabur bakti
akan mengetam jasa
siapa yang menyemai amal
akan menuai pahala
siapa yang menanam ikhlas
akan memetik syurga

Sampai hati tuan berjalan
rumah siap tuan tinggalkan
hanya doa dapat kami bekalkan
semoga, selamat sampai di tujuan.

Kepergianmu paduka
kami lepas dengan rela dalam paksa
menentang takdir kami tak kuasa
yang tinggal mesti menyiapkan kerja

Kami harap padamu tuan
Maafkan segala kesalahan
Kenanglah kami dalam pemikiran
Sebutlah kami dalam kerinduan

***

Borneo Menggugat,
Seremban, Ogos 1991.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...