Belajar sambil mencabarPengetahuan tidak terjuntai seperti pisang
Bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin
Berpengalaman (mencabar) DAN terpelajar.
-- Prof. Ungku A. Aziz (1973).
Terdapat banyak cara yang digunakan oleh manusia untuk mendidik, menegur atau memberikan panduan kepada individu lain.







*****************************************************


*****************************************************
*****************************************************


“Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah radiallah an hu (r.a) berkata, beliau mendengar Aisyah radiallah an ha (r.a) isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam (SAW) bercerita:
“Biasanya apabila hari berangin atau mendung, wajah Rasulullah SAW kelihatan gundah-gelisah. Bila hujan mulai turun, wajah Baginda menjadi berseri dan hilanglah kegelisahan Baginda. Aisyah bertanyakan hal itu kepada Baginda. Baginda menjawab: Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab untuk menyeksa umatku. Jika Baginda melihat hujan, Baginda akan berkata: Itu adalah rahmat.” (Muslim).
Dua-tiga hari ini, kecoh sedikit – khasnya dalam kalangan masyarakat Cina – berkenaan pemberian ‘ang pow’ dengan sampul putih dalam satu Majlis Terbuka Tahun Baru Cina di perkarangan Kelab Sultan Sulaiman. Majlis tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa). Sejelasnya, warna putih lebih merujuk kepada upacara kematian bagi masyarakat Cina. Dan, ‘ang pow’ sendiri bermaksud ‘sampul merah’. 

Hal ini sekedar mengingatkan kita kembali kepada peristiwa 2008 – bilamana dalam satu majlis anjuran PAS, mantan Menteri Besar Perak, YB Nizar Jamaluddin telah mengucapkan ‘Selamat Menyambut Vaisakhi’ kepada masyarakat Benggali di Malaysia. Hakikatnya, perayaan tersebut (Hari Vaisakhi) diraikan oleh masyarakat Sikh dan jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshah. Kaum India memang terkenal dengan masyarakatnya yang rencam dan pelbagai. Mereka yang datang dari Selatan India antaranya dikenali sebagai etnik Tamil, Telugu dan Malayalee sementara dari Utara India dikenali sebagai Sikh, Gujerati, Benggali dan lain-lain.
Contoh terpencil ini – iaitu kesilapan Datuk Ibrahim Ali/Perkasa dan YB Nizar – menjadi testimoni jelas berkenaan kemajmukan masyarakat Malaysia. Meskipun saya sendiri berasa kesal di atas kesilapan tersebut, saya percaya, ianya adalah bukan disengajakan. Malah, antara hikmah daripada dua insiden ini ialah; betapa perlunya untuk kita semua mula menghargai dan memahami budaya dan adat resam masyarakat di sekeliling kita. Jadilah manusia yang lebih sensitif dan peka.
Ayuh, sebar dan kukuhkan perpaduan sesama kita. Bak kata Susan Lankester dalam filem Mekanik (1983), “Orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?”
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...