Isnin, Februari 06, 2012

Sinikal dan Beralas.

Terdapat banyak cara yang digunakan oleh manusia untuk mendidik, menegur atau memberikan panduan kepada individu lain.

Antara yang paling popular ialah menerusi papan tanda atau papan kenyataan.

Ayuh kita lihat antara papan tanda yang bisa bikin kita tersenyum:



Sumber: http://www.funnysigns.net/ dan http://keepyourmoneyup.blogspot.com/2010/06/10-most-funny-signboard.html

:)

Ammar, Tasha dan Arnab-arnab.



:)

Ahad, Februari 05, 2012

Selamat makan nasi minyak.

Alhamdulillah, siang tadi sempat menghadiri majlis perkahwinan sahabat saya sejak kecil, Saaban.

Meski mengalami kecederaan kaki selepas bermain badminton -- sewaktu mewakili syarikatnya baru-baru ini – Saaban masih tetap berjaya mengekalkan ke’henseman’ beliau sepanjang majlis tersebut. hehe.

Majlis pihak lelaki ini berlangsung di rumah Saaban, di Kampung Batu Laut, Tanjong Sepat.

Buat Saaban dan pasangan beliau:
“Barakallahulakuma wa baraka alaikuma wa jama'a bainakuma filkhair”

Amin.

:)

Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Biru.

Alhamdulillah, pada 29 Januari lalu, saya berkesempatan untuk menghadiri Kuliyah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI), di Dewan Solat Utama dan Dewan Solat Bawah, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam (Masjid Biru).

Saya dan dua orang sepupu saya – Amirull dan Aie – dan sahabat, Yon, sampai di Masjid Biru pada jam kurang lebih 6.30 petang.

Namun, kenderaan sudah pun mula memenuhi tempat letak kereta, melimpah sehingga ke luar masjid tersebut. Subhanallah.

*****************************************************

UAI memang dikenali dengan kepandaian beliau dalam menyelitkan jenaka sewaktu berkuliah. Maka, bukanlah sesuatu yang janggal bilamana kehadiran beliau dianggap fenomena dan disenangi majoriti ahli masyarakat, khususnya golongan anak muda.

Sepanjang pengalaman saya tinggal di Shah Alam (kurang lebih 4 tahun, sewaktu belajar di UiTM), suasana seperti ini hanya berlaku sewaktu Solat Jumaat atau apabila ada acara yang melibatkan pemimpin besar negara/negeri Selangor di masjid tersebut.

Sepertimana yang diumumkan oleh pengerusi majlis pada malam tersebut, Ustaz Azizi bin Satibi, terdapat kurang lebih 30,000 orang hadirin yang mengimarahkan kuliah UAI itu.

*****************************************************

Sementelahan, UAI dilihat sebagai sosok yang mudah didekati, mesra pendengar serta bijak menjadi pemudahcara dalam menyampaikan dakwah kepada hadirin.

*****************************************************

Alangkah indahnya andai lebih banyak program seperti ini dianjurkan. Semoga UAI dapat hadir memberikan kuliah di Selangor dengan lebih kerap lagi. In sya ALLAH.

Takbir.


* p/s: Kepada pembaca budiman yang berminat untuk mengetahui 26 soalan yang sempat dijawab oleh UAI, bolehlah klik pada pautan ini: http://fitrihadi.com/2012/01/26-soalan-ustaz-azhar-idrus-masjid-shah-alam-29-januari/

:)

Jumaat, Februari 03, 2012

Kami Merinduimu.


“Dari ‘Atha’ bin Abu Rabah radiallah an hu (r.a) berkata, beliau mendengar Aisyah radiallah an ha (r.a) isteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam (SAW) bercerita:

Biasanya apabila hari berangin atau mendung, wajah Rasulullah SAW kelihatan gundah-gelisah. Bila hujan mulai turun, wajah Baginda menjadi berseri dan hilanglah kegelisahan Baginda. Aisyah bertanyakan hal itu kepada Baginda. Baginda menjawab: Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab untuk menyeksa umatku. Jika Baginda melihat hujan, Baginda akan berkata: Itu adalah rahmat.” (Muslim).

Demikianlah, betapa tingginya akhlak Baginda SAW. Betapa kasihnya Baginda SAW kepada umatnya.

Salam dan selawat buatmu duhai Kekasih ALLAH. Saiyidina Muhammad; Penghulu Nabi-Nabi.




(Ya Rasulullah…)

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Di angkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusiakan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulullah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu...


Inteam (Pemergianmu)

Tuding-menuding.

Dua-tiga hari ini, kecoh sedikit – khasnya dalam kalangan masyarakat Cina – berkenaan pemberian ‘ang pow’ dengan sampul putih dalam satu Majlis Terbuka Tahun Baru Cina di perkarangan Kelab Sultan Sulaiman. Majlis tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa). Sejelasnya, warna putih lebih merujuk kepada upacara kematian bagi masyarakat Cina. Dan, ‘ang pow’ sendiri bermaksud ‘sampul merah’.

***************

Hal ini sekedar mengingatkan kita kembali kepada peristiwa 2008 – bilamana dalam satu majlis anjuran PAS, mantan Menteri Besar Perak, YB Nizar Jamaluddin telah mengucapkan ‘Selamat Menyambut Vaisakhi’ kepada masyarakat Benggali di Malaysia. Hakikatnya, perayaan tersebut (Hari Vaisakhi) diraikan oleh masyarakat Sikh dan jatuh pada hari pertama bulan Vaisakh dalam kalendar Nanakshah. Kaum India memang terkenal dengan masyarakatnya yang rencam dan pelbagai. Mereka yang datang dari Selatan India antaranya dikenali sebagai etnik Tamil, Telugu dan Malayalee sementara dari Utara India dikenali sebagai Sikh, Gujerati, Benggali dan lain-lain.

**************

Contoh terpencil ini – iaitu kesilapan Datuk Ibrahim Ali/Perkasa dan YB Nizar – menjadi testimoni jelas berkenaan kemajmukan masyarakat Malaysia. Meskipun saya sendiri berasa kesal di atas kesilapan tersebut, saya percaya, ianya adalah bukan disengajakan. Malah, antara hikmah daripada dua insiden ini ialah; betapa perlunya untuk kita semua mula menghargai dan memahami budaya dan adat resam masyarakat di sekeliling kita. Jadilah manusia yang lebih sensitif dan peka.

ALLAH tidak mencipta kaum yang berbeda-beda untuk tujuan yang sia-sia. Sudah Sunnatullah, perbedaan-perbedaan ini bermatlamatkan agar kita beramah mesra dan kenal-mengenal antara satu sama lain. Kita mungkin berbeda ideologi politik, berbeda keturunan dan warna kulit, berbeda darjat dan pangkat. Tapi ingatlah, kita semua Bangsa Malaysia. Kita perlu membuka minda dan beramanah dengan diri kita. Sungguh.

**********************

Ayuh, sebar dan kukuhkan perpaduan sesama kita. Bak kata Susan Lankester dalam filem Mekanik (1983),
“Orang putih ke, orang hitam ke, orang coklat ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan?”

:)

Rabu, Februari 01, 2012

Indahnya Islam.



Islam itu indah. Islam itu sejahtera. Islam itu damai.

Sesungguhnya, ALLAH tidak melihat warna kulit dan bentuk rupa, namun ALLAH melihat ke dasar lubuk hati.

Bersamalah kita meraikan perbedaan. Syukuri nikmat TUHAN.

Sungguh, Islam itu adalah untuk semua.


* p/s: Merdu sungguh suara Brother Ahmad 'hensem'. heh.

:)

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...