Sabtu, September 18, 2010
Jumaat, September 17, 2010
Kerana pokok p.e.r.p.a.d.u.a.n adalah KITA.

Salam. :)
Sepatutnya, saya tulis entri ini kelmarin. Tapi, banyak perkara perlu diselesaikan sehingga tertangguh ke hari ini.
Entri ini ringkas. Mengenai p.e.r.p.a.d.u.a.n. Sebab, saya sudah jelak dengan polemik serta permainan kad-kad perkauman yang dangkal oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan, khususnya sesetengah pak politikus yang kurang peka, kurang sensitif dan kurang ajar.
Kurang ajar bukan kerana mereka tidak berilmu. Mereka mungkin punya kelayakan sarjana dari pusat pengajian terbaik dunia. Tapi, mereka tak punya kelayakan yang cukup untuk menjadi manusia yang punya kesedaran. Manusia yang peka terhadap apa yang akan diperkatakan olehnya mungkin akan menyakiti atau menyinggung pihak lain.
Kerana itu kita dididik untuk berfikir sebelum bertindak dan bercakap.
Isu perkauman telah bergema semenjak sekian lama. Malah, isu ini mungkin tidak akan padam sampai akhir usia dunia. Mungkin. Kendati, sebagai sebahagian daripada umat manusia yang mengaku bertamadun, kita seharusnya faham bahawa menghina keturunan atau bangsa seseorang itu bukanlah satu tindakan yang bijak.
Apatah lagi, di sebuah negara makmur berbilang bangsa bernama -- Malaysia. Tanah tumpahnya darah kita ini seharusnya kita pertahankan sesungguh-sungguhnya daripada ditebak oleh pihak-pihak berkepentingan yang mahu mencari keuntungan tertentu (politik atau kuasa misalannya).
Bersatulah. Berpadulah. Raikanlah perbedaan; jadikan ia rahmat yang memakmurkan.
Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Ini negara kita. Negara Malaysia yang kita cinta. Ini bukan negara tempat kita benci-membenci. Bukan juga pentas kita memperleceh sesama kita.
Doakanlah kemakmuran dan kesejahteraan negara yang kita cinta ini. Semoga langit akhlak dan awan damai kan terus teguh melindungi kita. In sya ALLAH.
Bersatulah. Berpadulah. Raikanlah perbedaan; jadikan ia rahmat yang memakmurkan.
Kita sudah cukup bosan dan meluat dengan sentimen perkauman yang nyata sudah jauh ketinggalan zaman.
Bersatulah. Berpadulah. Raikanlah perbedaan; jadikan ia rahmat yang memakmurkan.
Semenanjung Tanah Melayu adalah Malaysia. Sabah adalah Malaysia. Sarawak juga adalah Malaysia. Sungguh! Bak kata rakan Fb saya, Tuan Aslam Khan, “16 September 1963, Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bersama-sama membentuk Malaysia; bukannya Sabah dan Sarawak masuk Malaysia!”
Bersatulah. Berpadulah. Usahlah bermusuh-musuh dan berkhianat-khianat. Kerana pokok p.e.r.p.a.d.u.a.n -- adalah KITA.
Selamat Hari Malaysia. :)
Isnin, September 13, 2010
Racism is so yesterday. Sungguh!

Semalam, 12 September 2010, saya bersama dua orang sahabat baik saya sejak kecil – Shukoq dan Khairy – mendekati kawasan yang didakwa tempat di mana pembunuhan dan pembakaran dilakukan terhadap Datuk Sosilawati Lawiya, 47 tahun, pengasas Nouvelle Beauty Centre Sdn. Bhd. dan tiga orang yang menemani beliau di Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Selangor. Kawasan tersebut terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari kampung saya.
Tadi sewaktu dalam perjalanan menuju ke rumah bapa saudara saya di pusat bandar Banting, saya terlihat firma milik suspek utama dalam kes tersebut. Firma tersebut telah disita, dan dapat dilihat dengan jelas tali kuning PDRM yang merintangi pintu masuk dan tingkap firma tersebut.
Dalam kita masih dalam keadaan terkejut dan gempar akibat kejadian ini, saya mendapati terdapat usaha-usaha daripada ‘tangan-tangan tersembunyi’ – sama ada dengan niat ataupun tidak – untuk memburukkan kaum tertentu atas tragedi yang menggemparkan negara ini.
Seperti mana yang kita sedia maklum, sentimen perkauman sempit adalah suatu konsep anti-saintifik yang mana penganutnya percaya bahawa sesetengah ‘bangsa’ manusia itu adalah lebih baik dan lebih berkuasa daripada bangsa lain.
Bangsa ini kata bangsa itu dungu. Bangsa itu tuduh bangsa ini pemalas. Bangsa ini tuduh bangsa itu penjenayah, dan sebagainya.
Sejelasnya, sentimen perkauman sempit mempunyai kaitan rapat dengan sentimen kebencian terhadap penganut dan agama lain.
Kedua-duanya menganjurkan sesuatu kelompok manusia untuk menjadi angkuh dan menindas bangsa lain menerusi jalan diskriminasi mahupun prasangka melulu. Kedua-duanya mempunyai perkaitan dengan teori dangkal Charles Robert Darwin (Teori Darwinisme) – bahawa manusia adalah makhluk mirip kera yang telah berevolusi, dan beberapa ras manusia berkembang lebih maju dibandingkan ras-ras lain, dan ras-ras terbelakang ini masih memiliki sifat kera. Teori khayalan ini secara terang-terangan menyanggah apa yang dianjurkan oleh Islam menerusi Kitab Suci Al-Quran – sikap hormat-menghormati, perdamaian, kebajikan, keadilan dan kesejahteraan sesama umat sarwajagat.
Sebagaimana kita menentang sikap anti-Islam oleh sesetengah pelampau agama di AS, kita juga seharusnya menentang sebarang usaha untuk meniup sentimen perkauman dalam kes pembunuhan Allahyarhamah Datuk Sosilawati dan tiga orang rakannya. Katakan tidak pada sentimen perkauman sempit!
Yang perlu kita basmi dan tentang adalah punca serta faktor kenapa jenayah berlaku. Tak kira berapa ramai sekali pun jumlah penjenayah daripada sesuatu komposisi kaum itu, kita tak sewajarnya membuat generalisasi terhadap kaum tersebut.
Pembunuhan tersebut memang sangat kejam, keji dan terkutuk, malah memburukkan kawasan tanah tumpah darah saya (kawasan sekitar Ladang Gadong, Kampung Tanjong Layang, Batu Untung, Kampung Batu Laut, Kampung Kundang dan Tanjong Sepat).
Tapi, cuba kita fikir semula dan ambil tamsilan -- sekiranya ramai yang terlibat dalam kes pengebom berani mati atau 'militan' terdiri daripada mereka yang beragama Islam -- adilkah untuk menyatakan kesemua umat Islam itu militan. Sudah tentulah tak adil langsung, bukan?
Jadi, perkara asas yang mendasar adalah, kita kaji dan cari punca serta faktor kenapa jenayah semakin banyak berlaku di negara kita, dan bukannya menghentam kaum tertentu dengan membuat generalisasi secara tak langsung.
Pertarungan serta perjuangan menentang sikap perkauman sempit adalah suatu intipati penting dalam pertentangan fahaman antara dunia kapitalisme dan sosialisme; antara borjuis dan proletariat; dan antara mereka yang menjajah dan mereka yang baru sahaja merdeka – daripada pembodohan dan penindasan.
Al-Fatihah untuk yang terkorban [Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang yang menemani beliau], semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas mereka.
Juga, semoga penjenayah-penjenayah yang terlibat diadili dan dihukum sekeras-keras dan sewajarnya!
Kendati, jangan tiup api perkauman sempit. Karena ‘rascism is so yesterday.’ Sungguh!
Rabu, September 01, 2010
Perjalanan ruhani: Musafir mencari diri.

31 Ogos 1957, bagi sesetengah rakyat Malaysia, merupakan tarikh yang menggembirakan, dan membanggakan. Pada tarikh inilah Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan kemerdekaan lebih kurang 5 desawarsa yang lalu.
Saya katakan sesetengah, karena masih ada sebilangan yang mempertikai tarikh ini sebagai tarikh kita merdeka. Panjang hujahnya. Mungkin kita boleh hurai dan kongsi dalam perbincangan yang lain.
Tapi, saya percaya, kita semua sepakat, bahawa 31 Ogos ini -- seharusnya hari cuti. Hari bersenang-lenang dan bersantai untuk beberapa jeda, setelah melalui minggu bekerja yang cukup menduga iman dan perut (nafsu bulan Ramadhan).
31 Ogos 2010, bagi saya, merupakan hari di mana saya menikmati cuti paling lama untuk semester ini. Iaitu selama sehari. Ya, sila jangan betulkan skrin laptop anda. Sehari.
Semester ni memang agak sibuk, assignment, test dan presentation sangatlah banyak dan bersusun, bak cendawan lepas hujan (betul ke peribahasa ni?)
Hari Sabtu Ahad pun diisi dengan aktiviti menyiapkan assignment dan menjawab test yang sememangnya shushah dan menduga akal.
Jadi kesempatan yang ini, saya luangkan sedikit untuk mencuci motor cabuk kesayangan saya.
Sewaktu sedang mencuci motor dengan penuh khusyuk dan tawadhu' (hehe), tiba-tiba saya terlihat seorang Cina warga emas sedang duduk sendirian, melihat anak-anak kecil di taman permainan.
Saya perhatikan wajah 'Auntie' itu dengan tajam. Sedalam yang mungkin.
Dia sudah tua, begitu juga ibu dan ayah saya.
Saya masih muda, tapi usia bukan penentu hidup dan mati. Yang penting, akhlak dan taqwa.
Auntie tadi membalas pandangan saya. Dia bertanya, "Aiya, basuh motor ka? Panas-panas tak penat ka puasa?"
Saya tersenyum sambil menjawab, "Tak apa, Auntie. Puasa lagi buat kita jadi kuat. Kalau banyak makan lagi cepat mengantuk. Tidur saja..."
Kata-kata saya dibalas dengan tawa Auntie itu. Dia ketawa besar. Giginya sudah tiada. Saya anggarkan usianya dalam lingkungan 60an. Begitulah.
Saya sambung aktiviti cuci motor tadi dengan hati yang berderap secara tiba-tiba. Sewaktu mencuci side mirror motor cabuk saya, saya melihat pantulan wajah saya padanya.
Selain pipi tembam dan parut kecil di dahi akibat kemalangan sewaktu kecil dulu, saya melihat diri saya.
Kemudian, saya belek jam tangan saya. Padanya tertulis tarikh 31 Ogos 2010. Hari cuti. Hari Kebangsaan Malaysia.
Saya lihat jarum panjang pada jam tangan yang berputar pantas setiap detik.
Saya lihat kembali muka saya pada side mirror motor.
Siapa tu?
Akulah!
Siapa aku????
Akulah!
Siapa????
Berderap hati
seiring langkah tak mati
dan
jawab soal, yang masih setia bertubi-tubi
cuba
mengenal diri
mengenal hakikat diri
mencari erti hidup dan mati
Apakah yang ada dalam diri?
dari mana datangnya diri?
ke mana akhirnya destinasi?
Sungguh
memang tak mudah mengenal diri
kerana ia kunci
mengenal ILLAHI
dalam perjalanan ruhani!
Rabu, Ogos 04, 2010
Dari karena, seorang Shaqib.
Salam.
Entry kali ini bagi saya, lucu. Bukan karena ia suatu jenaka. Tapi karena ia mencuit hati saat jari-jemari menari-nari, menaip papan kekunci di depan mata kepala.
Sekarang sudah pukul 12 tengah malam, sempadan halus antara Hari Rabu dan Khamis mengikut kalendar Masehi. Tengok date kat jam tangan, 4 Ogos 2010. Rabu. Kejap lagi, 5 Ogos 2010. Khamis. Tapi, kalau ikut kalendar orang Jawa dan kalendar Hijriah, lepas Maghrib sudah dikira permulaan hari baru. Begitulah.
Hm, saya bukan mahu cerita pasal hari. Kumpulan hari-hari kan tetap berlalu, dan usia makin bertambah, seiring dengan usia dan tanggungjawab yang menimbun.
Saya mahu cerita tentang seorang sahabat, merangkap 'pencerah' minda saya malam ini. Seorang sobat, bernama Mohammed Shaqib. Panggilannya, Shaq. Beliau merupakan seorang pendebat serta mooter UiTM. Sangat hebat berhujah, serta sangat fasih berbahasa Inggeris. Bagi seorang budak kampung seperti saya, memang seronok berkongsi cerita dengan beliau. Beliau mudah berasa tertarik dengan segala kisah saya berkenaan keluarga dan kampung saya.
Sekarang, saya sedang menulis blog, sambil menyiapkan assignment yang menimbun. Di depan saya Shaqib, dan dia tidak tahupun saya sedang menulis blog. Malah tidak sedar pun saya sedang menulis entry khas berkenaan dirinya?
Hari Jumaat, lusa, ada test dan kuiz. Hari Sabtu, tulat, ada pembentangan kes untuk subjek Law of Ethics.
Saya berada di kelas ini semenjak pagi tadi. Dan, sekarang ini pun masih di sini. Dalam sebuah ofis bernama LLB2D. Untuk kursus LLB(Hons) di UiTM, setiap kelas diberikan ofis sendiri. Saiznya sebesar sebuah kelas biasa. Boleh memuatkan lebih kurang 20 orang. Di sinilah kami bermandi peluh, memerah keringat dan otak, menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Ada seronok, dan ada duka. Tapi yang banyak adalah yang seronok, dan bahagia. Group LLB 2 D memang best. Saya akan kenang memori sepanjang belajar di sini, sampai akhir umur dunia. In sya ALLAH.
Berbalik kepada sobat saya bernama Shaq ni tadi, beliau memang suka bercakap. Bercakap dan bercakap. Tapi, bukan bercakap kosong. Beliau bercakap, dan berhujah. Berbicara soal dunia. Bicara soal masyarakat dunia. Bicara soal negara, dan masyarakat kita.
Memang seronok berbual dengan beliau, karena beliau gemar menimbulkan persoalan, dan itu membuatkan saya sedaya upaya cuba memberikan ajwapan sebaik mungkin, terhadap perkara-perkara yang saya tahu. Ilmu saya secebis cuma, tapi bila berbual dengan beliau, saya jadi minat untuk belajar dan mengetahui banyak benda.
Di kala saya meladeni serta menelisik karya Hikayat Munsyi Abdullah serta Emmanual Kant berkenaan pencerahan serta pembodohan, saya semakin nampak cerah dalam cahaya terang kehidupan sehari-harian. Karena seorang Shaqib, saya jadi minat untuk kaji banyak perkara.
Dan, yang paling penting, karena seorang Shaqib, saya jadi tak mengantuk untuk menyiapkan segala tugasan yang masih menimbun. Bayangkan, di kedai mamak Khulafa' Seksyen 7 tadi, kami berbual dekat sejam setengah, bicara soal macam-macam benda. Macam-macam perkara. Soal Teori Konspirasi. Zionisme. Komunisme. Marxisme. Maoisme. Kapitalisme. Sampai mamak pekerja restoran kat situ pun ternganga, kekadang tersenyum melihat saya dan Shaq berbual. Memang lucu.
Malam ini saya seronok, karena dalam keadaan penuh dugaan menyiapkan assignment (saya sedang demam -- agak teruk), saya tidak mengantuk. Malah bersemangat. Karena? Seorang Shaqib.
Terima kasih, Shaq. hahaha.

Pening.
Salam.
Sekarang saya masih di dalam kelas. Demam, kepala pusing. Orang Jawa cakap, puyeng.
Mumet bahasa Jawa, maksudnya pening. Meriang bahasa Jawa, maksudnya demam.
Hm, kerja banyak, penat. Assignment banyak, penat. Test banyak, penat.
Jurusan yang saya ambil di kampus tempat saya belajar (UiTM Shah Alam); Sarjana Muda Undang-Undang. Punch in pukul 8.00 pagi, dan punch out pukul 5.00 petang. Tapi, biasanya punch out pukul 10.00 malam, sebab kelas kekadang habis melanjut sampai ke malam. Pelik kan? Siap ada punch-punch bagai. Macam kerja pulak. Biasalah, nak mendidik dan melatih suasana kerja sebenar, katanya.
Penat, sangat penat.
Tapi, tak boleh mengeluh... bukankah kita dididik, bahawa tanggungjawab kita melebihi masa yang kita ada?
Tak boleh mengeluh...
Sebab saya berhutang budi dengan mak, abah serta famili. Maka hutang budi ini perlu dibalas sebaik mungkin. Setulus hati. Sekudus iktisad.
Tak boleh mengeluh...
Maka, saya perlu belajar rajin-rajin. Bersabar, dan bertabah.
Usaha, ikhtiar, usaha, ikhtiar.
Doa, tawakal.
dan;
Redha.
"ALLAH redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada-NYA..." -- (Surah al-Ma’idah: Ayat 119)

Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Naskah “Jibam” (Ujang, 1992). Hasil karya Kartunis Ujang. “Jibam” versi 2008. “ Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. B...
-
Jersi Putih Selangor, 1997-98. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga miliki, walau sehelai cuma. Terima kasih kepada...