Isnin, Julai 10, 2017

WAZZA: DARI BIRU KE MERAH, DAN KEMBALI KE BIRU SEMULA.


WAZZA: DARI BIRU KE MERAH, DAN 
KEMBALI KE BIRU SEMULA.
Tatkala Paul Gascoigne digelar 'Gazza' atas kemampuan luar biasanya di atas padang,
Wayne Rooney tampil memberikan harapan baru buat England, pada usia yang begitu hijau.
Digelar 'Wazza' sejak era menyarung jersi Everton, gelaran ini kekal sehingga ke hari ini.
Ketika bersekolah, Rooney pernah digantung kerana menendang dinding makmal sains; sebagai protes kerana bola sepaknya dirampas.
Sangat meminati karaoke dan dikatakan mempunyai masa depan yang cerah, jika meneruskan kerjaya sebagai petinju profesional.
Sewaktu berusia 10 tahun, Rooney yang menjadi maskot di Goodison Park, telah melakukan sepakan 'chip' dari luar kawasan penalti dengan sengaja, sehingga melepasi penjaga gol senior Everton, Neville Southall yang tinggi lampai.
Hal ini menyebabkan Southall bengang, dan memaki Rooney. Rupa-rupanya, Rooney melakukan banyak latihan semata-mata untuk melakukan sepakan itu.
Ketika mewakili skuad Everton Bawah-11 Tahun, Rooney menyumbat 114 gol dalam 30 perlawanan!
Pemain yang mempunyai masalah mata kanan sejak kecil ini, tidak terus diberikan tempat utama dalam skuad England. Jurulatih England Bawah 15 Tahun tidak memberikan peluang kepada Rooney untuk menjadi penyerang, kerana meragui kemampuannya.
Namun, akhirnya beliau muncul sebagai pemain sensasi yang hebat dan menerbitkan rasa gerun kepada pertahanan lawan.
Kendati pun, faktor usia serta kecederaan mula memperlahankan rentak bintang yang pernah juga dipanggil sebagai 'the White Pele' ini.
Begitulah lumrah manusia: ketika cemerlang dijulang; ketika gagal dihentam dan dicemuh.
Kini pulang ke kelab ketika era tunasnya, Rooney masih punya baki beberapa tahun untuk bangkit dan memperbaiki prestasinya.
Kepantasan, sikap panas baran, rembatan kencang, kesungguhan serta kelicikan bintang ini akan terus dikenang -- baik sebagai remaja 16 tahun yang menggegar Liga Inggeris, mahupun pemain United yang menjuarai pelbagai gelaran.
Selamat maju jaya, Wazza. Padu!

 .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...