I
“Bersatu
dengan jiwa… Bersatu dengan nyawa…
Julang
sumpah setia… SELANGOR selamanya!”
Selangor
Menang 2-0 di Shah Alam.
Alhamdulillah, Sahabat Kelab
Peminat Azman Adnan (G19) dan Retro
Bola Sepak (RBS) berkesempatan
menyaksikan perlawanan Liga Super di antara Selangor dan Sarawak di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu, 14hb Mac 2015.
Sebelum perlawanan, kedudukan kedua-dua pasukan dalam carta liga untuk empat
perlawanan terdahulu menyaksikan Sarawak di tangga ketujuh manakala
Selangor kelapan saling berkongsi lima mata hanya dipisahkan dengan kelebihan
jaringan gol.
Bagaimanapun,
Selangor melonjak ke tangga ke-3 Liga Super selepas berjaya meraih kemenangan
2-0 ke atas Sarawak di Stadium Shah Alam, sekaligus membuka kembali peluang
mereka untuk bersaing merebut kejuaraan liga musim ini.
Gol
Afiq Azmi (pada minit le-10) dan Fitri Sazwan Raduwan (minit ke-77) cukup untuk
membekalkan 3 mata buat Gergasi Merah, seterusnya mengekalkan rekod tanpa kalah
dalam lima perlawanan. Selangor yang membenam PDRM, 4-1 turut meneruskan kempen
Piala FA setelah menewaskan Felda United FC.
Berikut
merupakan senarai penjaring untuk Selangor: Andik (2 gol); Afiq (2 gol); Hazwan
(1 gol); Hadi (1 gol); Paula (1 gol); dan Fitri (1 gol).
II
Salam
Ulang Tahun, ultraSel!
Selamat
ulang tahun ke-5 diucapkan buat gerakan penyokong Selangor yang tegar, ultraSel.
Menjelang 17hb Mac 2015, sudah 5 tahun usia pergerakan ini. Kita sedia maklum
bahawa ultraSel nermula daripada Ultras Malaya yang mencetus fenomena budaya
ultras di Malaysia. Daripada UM'07 lah lahirnya
ultras negeri-negeri yang lain termasuk ultraSel.
Terkenang
coretan Admin UM’07 ketika awal mereka membuka halaman Facebook rasmi: “…Kerana
pada setiap Anak Malaysia, harus ada cinta yang marak menyala. Kami seru
semangatmu harimau, bangkitlah kamu dari pembaringan. Love Is A Burning Thing.”
Selamat
ulangtahun, ultraSel. Selangor Sampai Mati!
#5atuJiwa5atuMentaliti #u5Anniversary#5thYearsStronger #ultra5el #u5 #u5brotherhood#5elangor5ampaiMati
------------------------------------------------------------------
Sumber dan Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan