Khamis, Jun 05, 2014

Catitan seorang hamba.

I
Pilihan raya adalah peluang untuk calon dan parti membentangkan apa yang mereka mampu janji dan laksanakan, sekiranya terpilih. Bukannya peluang untuk menyerang peribadi calon lain, sehingga buat ramai pihak mendidih. Angkat isu rakyat, bukan buat masyarakat meluat. Tolak sengketa; semai sikap bersederhana. Semoga ALLAH SWT melindungi kita semua dengan hidayah dan kasih-sayang-NYA. Salam demokrasi, Malaysiaku.

II
Hidup jangan mengharapkan pujian manusia, kerana kemasyhuran tidak akan kekal lama. Tapi hidup mesti mengharapkan redha Yang Maha Esa, kerana ia salah-satu anak kunci ke pintu Syurga. Berjuanglah; tapi jangan mengaku wira.

III

Berapa ramai yang masih mendoakan MH370? Berapa ramai yang masih ambil tahu perkembangan di Lahad Datu? Prihatin, usah bermusim. Salam cakna, Malaysiaku.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...