Rabu, September 11, 2013

Final Piala FA 1992: Sarawak lawan Kuala Lumpur.


John Hunter merupakan pemain import kelahiran Australia, 
yang disunting oleh Sarawak FA daripada kelab 
Liga Super Hong Kong, South China FC. 
Berketinggian 6 kaki, beliau merupakan Pemenang 
Kasut Emas Liga Super Hong Kong, dengan 
31 gol dalam hanya 17 perlawanan.
Perlawanan Akhir Piala FA, 1992.
Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia telah berlangusng pada 13hb September 1992 di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak. Perlawnan ini dihadiri oleh 35,000 orang penonton. Skuad ‘Bujang Senang’ telah berjaya menumbangkan gergasi ‘City Boys’ dengan keputusan 2-1, hasil jaringan John Hunter dan Mohamed Ramli pada minit ke-52 dan 55, sebelum jurang dirapatkan menerusi Anto Grabo pada minit ke-62.
Namun, Jaringan pemain import KLFA itu gagal menukar defisit jaringan untuk memberikan Sarawak FA penghormatan untuk menjulang piala keramat tersebut. Azman Adnan – secara peribadi - menggambarkan selepas perlawanan tersebut bahawa kegagalan beliau, selaku penggempur berbisa, untuk membantu KLFA ketika itu adalah sesuatu yang mengecewakan. John ‘Kerbau’ Hunter telah memenangi Anugerah Pemain ‘Terbaik Perlawanan Akhir, sekaligus mengatasi barisan bintang KLFA yng berpengalaman seperti Subadron Aziz, Zoran Nikolic, Razip Ismail, Anto Grabo dan lain-lain.
K. Gunalan telah terlepas peluang keemasan ketika minit-minit akhir perlawanan, apabila percubaannya mengenai palang gol. Skuad KLFA bermain bersungguh-sungguh, namun malam itu memang malam skuad ‘Encang Sarawak Encang’. Ngap Sayot!
  • Pemain Sarawak FA: Mazian Abdul Wahid, Roslan Ismail, Jeff Curran, David Evans, Dhalan Mattusin, Sazali Ramli, Abdul Jalil Ramli, Ibrahim Mentali, Zapri Manai, John Hunter, dan Affendi Julaihi;
  • Pemain Kuala Lumpur FA: V.Murugan, Razip Ismail, Chow Seiw Yai, See Kim Seng, K.Gunalan, Mohamed Zaid Jamil, Mat Zan Mat Aris, Zoran Nikolic, Anto Grabo, Subadron Aziz, dan Azman Adnan.
------------------------------------------------------------------------

Sumber dan Rujukan:
  1. Majalah Arena Bola Sepak;
  2. Akhbar Berita Harian;
  3. Akhbar New Straits Times;
  4. https://www.facebook.com/shahril.ayu.nakashima?fref=ts;
  5. http://www.rsssf.com/tablesm/malay92.html;
  6. https://www.facebook.com/adam.legak?fref=ts;
  7. https://www.facebook.com/jabal.noor.9?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...