Khamis, Jun 13, 2013

Booth Kelab Jersi Kita di Karnival Sukan Media Prima 2013, Sri Pentas.

 
Salam.
Pada hari Rabu bertarikh 12hb Jun 2013, Kelab Jersi Kita (KJK) telah berkesempatan membuka ‘booth’ di foyer Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, bersempena Karnival Sukan Media Prima 2013. Karnival Sukan Media Prima adalah medan terbaik untuk mengeratkan hubungan kakitangan dua syarikat besar di bawah kumpulan Media Prima termasuk Media Prima Berhad (MPB) dan The New Staits Times Press (M) Berhad (NSTP).

Memandangkan ‘booth’ KJK terletak di pintu masuk foyer Sri Pentas, ramai hadirin termasuk selebriti mengunjungi booth KJK. Antaranya ialah Haji Ahmad Noor Sulaiman, Kieran HotFM, Ikhwan HotFM, Fara Fauzana, Luq ‘Nasi Lemak Kopi ‘O’, E-One ‘Kaki Bola’ dan ramai lagi.  

Terima kasih kepada Bro Tabah Sazwan dan pihak TV3 kerana sudi menjemput Kelab Jersi Kita (KJK) untuk berniaga dan membuat pameran sempena Karnival Sukan Media Prima siang tadi. Terima kasih juga buat Bro Laksamana Paduka Zaharin Adnan, Bro Azmie Switchimage, BroEncik Hakiem Sigaraga dan semua yang sudi hadir dan membantu menjayakan booth KJK kali ini.

In sya ALLAH, ada rezeki, kita buka booth lagi. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...