Selasa, April 09, 2013

Akmal Rizal: Dari Jitra ke Strasbourg.

Akmal dan Rudie Ramli sewaktu Piala Nike 1995 bersama jersi merah-putih mereka. Pada tahun 1995 juga, skuad Bawah-14 Tahun Malaysia telah menewaskan pasukan Bawah-14 Tahun Ajax Amsterdam, 5-4 di Amsterdam, Belanda.
Akmal sewaktu Piala Nike 1996. 
Beliau memenangi Anugerah 
Pemain Terbaik Kejohanan.
Pada 10hb Mei 1996, Malaysia menang 4-0 sewaktu menentang Jepun. Rudie Ramlie menjaringkan ‘hatrick’ manakala Akmal menjaringkan satu gol ke atas skuad Bawah-15 Tahun Jepun yang lebih berpengalaman.
Malaysia dikecewakan Indonesia 1-2 dalam 
perlawanan akhir pada 12hb Mei 1996.
Pada 8hb Mei 1996, Malaysia menang 12-0 ke atas Korea Selatan yang dibarisi oleh kebanyakan pemain yang berusia bawah 12 tahun. Akmal menjaringkan 7 gol manakala Rudie Ramli menjaringkan 5 gol.
Aksi Akmal sekitar Piala Nike 1996 
di Stadium MINDEF.
Akmal dan jersi 
Piala Nike 1996.
--------------------------------------------------------------
 “Apabila berada di tempat orang, saya sentiasa ingat pesan ayah dan ibu serta sebab utama saya ke sana; menjadi pemain bola sepak profesional dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya kembali ke tanah air dengan memberikan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan Malaysia dengan ilmu dan pengalaman yang ditimba.”
-- Akmal Rizal Ahmad Rakhli.
 ----------------------------------------------------------------

1.0 Mulanya di sini: Piala Perdana Nike Asia Pasifik 1995 dan 1996.
Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang dilahirkan pada 12hb Disember 1981, merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang pernah berkelana ke liga Eropah. Beliau yang mesra dengan panggilan ‘Dek Man’ pernah mewakili pasukan bola sepak Pra-Olimpik Malaysia pada tahun 2000 dan 2004. Pada tahun 1994, Akmal membantu skuad Kedah A menjuarai Piala FAM-MSSM-Milo Bawah-14 Tahun di Terengganu apabila menewaskan skuad Pulau Pinang A, 3-1. Selanjutnya, pada 1995, Akmal membantu Kedah mara ke perlawanan akhir Piala Nike Bawah-14 Tahun di Serdang, Selangor sebelum tewas kepada Negeri Sembilan. 

Pada tahun 1995, nama bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid ini mula mengharum apabila beliau membantu skuad Bawah-14 Tahun Malaysia di bawah kendalian Holger Obermann untuk menjuarai Kejohanan Piala Perdana Nike Asia Pasifik Bawah-14 Tahun (Nike Under-14 Asia Pacific Premier Cup) di Stadium Institut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam, termasuk menjaringkan hatrik ketika menewaskan Singapura, 6-0. Akmal telah dianugerahkan sebagai pemain terbaik kejohanan tersebut. Pada tahun 1995 juga, skuad Bawah-14 Tahun Malaysia telah menewaskan pasukan Bawah-14 Tahun Ajax Amsterdam, 5-4 di Amsterdam, Belanda.

Pada tahun 1996, Akmal menjadi salah seorang antara dua pemain yang dikekalkan dalam skuad Bawah-14 Tahun Malaysia bagi menghadapi Kejohanan Piala Perdana Nike 1996. Sebanyak empat pasukan menyertai kejohanan tersebut iaitu Korea Selatan, Jepun, Malaysia dan Indonesia di mana perlawanan dianjurkan di Stadium MINDEF, Kuala Lumpur. Pada 8hb Mei 1996, Malaysia menang 12-0 ke atas Korea Selatan yang dibarisi oleh kebanyakan pemain yang berusia bawah 12 tahun. Akmal menjaringkan 7 gol manakala Rudie Ramli menjaringkan 5 gol. Pada 10hb Mei 1996, Malaysia menang 4-0 sewaktu menentang Jepun. Rudie Ramlie menjaringkan ‘hatrick’ manakala Akmal menjaringkan satu gol ke atas skuad Bawah-15 Tahun Jepun yang lebih berpengalaman. Indonesia pula menewaskan Korea Selatan, 5-1. 

Kendatipun, skuad remaja Malaysia gagal menempah tiket ke Manchester yang merupakan hadiah menjuarai kejohanan itu, apabila dikecewakan Indonesia 1-2 dalam perlawanan akhir pada 12hb Mei 1996. Korea Selatan pula menang 2-1 ke atas Jepun. Indonesia yang menjadi juara Asia, layak bersama juara Zon Amerika Latin dan Amerika Utara untuk ke Piala Perdana Eropah (Europe Premier Cup Finals) di Manchester, England. Sekali lagi, Akmal meraih anugerah pemain terbaik kejohanan. Antara pemain remaja Malaysia ketika itu ialah Akmal Rizal Ahmad Rakhli; Rudie Ramli; Arman Zairie Johan; Saufi Wahab; Ng Boon Leong; Zulkifli Yusoff; Syed Mohammad Faizal; Shahrizan Salleh; Harman Amran; Shamsudin Abdul Karim; Sipen Makmur; Iskandar Shah Ismail; Norzaidi Rohmat; Fairuz Montana; Khairul Naib; Syad Azia Syed Muhammad; Ghazali Zainul; Azrul Hisyam; dan Mohamed Hairi.  

Akmal Rizal dan Rafiz Abu Bakar. 
Kedua-duanya anak Kedah, beraksi dalam 
Piala Nike dan menjalani latihan bersama 
Bayern Munich di Jerman.
Obermann bersama Fadzli Saari dan Rudie Ramli, 
sebelum kedua-duanya berangkat untuk berlatih 
bersama SV Wehen di Jerman.
2.0 Menjalani latihan bersama Bayern Munich FC di Jerman.
Akmal telah diberi peluang berlatih selama sebulan bersama kelab Bayern Munich di Jerman pada September 1997. Sebelum itu, seorang lagi pemain Kedah, Rafiz Abu Bakar turut berlatih di kelab yang sama pada tahun 1996. Rudie Ramli dan Fadzli Saari yang pernah bersama pasukan kebangsaan Bawah-14 tahun yang dikendali Obermann untuk Kejohanan Piala Nike Asia Pasifik 1996 dan 1998 pula pernah menjalani latihan bersama SV Wehen di Jerman pada tahun 2001. Rudie bersama pasukan yang muncul naib juara pada 1996 manakala Fadzli bersama pasukan yang menjuarai kejohanan dua tahun kemudian. Pada 1997, Akmal mewakili skuad Bawah-18 Tahun Kedah dan layak ke Separuh Akhir Kejohanan Bawah-18 Tahun Kebangsaan, tetapi tewas kepada Selangor. 

Farizal Marlias, sewaktu jaman 
remajanya bersama Obermann.
Obermann bersama 
peserta Kidball.
1996: Aksi para 
pemain Kidball.
Piala Perdana Nike 1
995-1996.
Skuad Piala Nike 2001. Turut kelihatan, 
Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) 
sewaktu jaman remajanya.
Dali Omar, bintang Kelantan yang berkelana 
ke Australia. Beliau pernah menerima bayaran 
yang lumayan sewaktu bermain dengan 
Kelab Azzuri of Perth.

3.0 Mula mencipta nama bersama skuad belia Kedah dan kebangsaan.
Pada 1998 pula, Akmal mewakili Kedah pada Kejohanan Bola Sepak Bawah-18 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Beliau telah membantu Kedah mara ke perlawanan akhir, di samping menjaringkan 10 gol dalam 4 perlawanan termasuk hatrik ketika menewaskan Pulau Pinang dan Pahang. Pada tahun 1998 juga, Akmal mewakili Malaysia di bawah kendalian Hatem Soussi sewaktu Pusingan Kelayakan Kumpulan 7, Kejohanan Bola Sepak Remaja Asia Bawah-19 Tahun. Akmal sekali lagi mewakili negara pada Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Asia di Cheju, Korea Selatan dan mengakhiri musim 1998 dengan membantu Kedah menjuarai Piala Milo Bawah-18 Tahun Kebangsaan.


Jersi skuad Piala Dunia Belia 
1997 dan Olimpik 2000.


Hai-O yang telah menunjukkan 
kewibawaannya sebagai pemimpin di 
dalam padang, sejak jaman belianya.
Koleksi jersi Malaysia 
milik Saudara Faiz@Aizusan.
Abe Jabal dengan jersi skuad Olimpik 2000, bersama para penyokong setia Harimau Malaya sewaktu Piala Asia AFC 2007. Para otai ini tetap setia bersama skuad kebangsaan, dari dulu hingga sekarang.


Skuad Piala Dunia 
Belia 1997 Malaysia.
Artikel berkenaan 
skuad Hatem Soussi.
Skuad Olimpik 2000. 
Gambar Akmal no. 7.
Jersi putih-biru Malaysia 
yang jarang dilihat.
Jersi putih-biru.
Akmal (bawah, kiri) bersama 
Skuad Olimpik 2000.
4.0 Menyertai Skuad Olimpik 2000.
Pada tahun 1999, Akmal terpilih sebagai pemain paling muda dalam skuad Olimpik 2000 negara. Beliau telah menjaringkan gol dalam perlawanan sulungnya bersama skuad itu pada 5hb Mac 1999 pada minit ke-36 ketika menewaskan skuad Olimpik Singapura 3-1 dalam perlawanan persahabatan di Bukit Jalil. Selain bermain dalam Kejohanan Bola Sepak Empat Negara, Akmal turut menjaringkan satu gol ketika seri 2-2 dengan Hong Kong dalam perlawanan sulung kelayakan Kumpulan 6 Kelayakan Sukan Olimpik Sydney. Skuad ini yang pernah diaibkan oleh skuad Sukan Asia Thailand, 0-9 pada 1998, menduduki tangga ketiga, Kumpulan 6 Zon Asia di belakang Jepun dan Hong Kong. 

Aksi Akmal sewaktu mewakili Strasbourg yang mendapat liputan media Perancis. Jersi Strasbourg ini mempunyai rekaan yang sama degan jersi FC Gueugnon, kelab Divisyen 2 Perancis pada tahun 2000.
22hb April 2000: Pasukan FC Gueugnon mengejutkan kelab Paris Saint-Germain, 2-0 - menerusi gol oleh Marcelo Trapasso dan Sylvain Flauto – dalam Perlawanan Akhir ‘Coupe de la Ligue’ yang berlangsung di Stade de France, Saint-Denis.

Akmal, Rizal Hashim, Le Roy, Abu Bakar Atan dan Juzaili Samion di Perancis.

5.0 Menerima tawaran beraksi untuk RC Strasbourg dan FCSR Haguenau.
Meskipun kecewa kerana gagal membantu Kedah layak ke Piala Malaysia, Akmal telah ditawarkan peluang beraksi bersama kelab Racing Strasbourg bersama Juzaili Samion dari Pahang di Perancis. Akmal bermula cemerlang apabila menjaringkan dua gol ketika membantu pasukan Bawah-21 Tahun Strasbourg menundukkan FC Cologne dari Jerman, 3-1 pada perlawanan Bawah-23 Tahun kelab-kelab Eropah. Ketika itu, kelab Racing Club de Strasbourg dipimpin oleh Presidennya, Patrick Proisy manakala pengurus merangkap jurulatihnya ialah Claude Le Roy, yang pernah melatih skuad Olimpik Atlanta 1996 dan skaud kebangsaan Malaysia. 

Antara anggota skuad utama Strasbourg ketika itu ialah Vencel  Alexander; Debes  Thierry; Amzine  Gharib; Bertin Teddy; Beye Habib; Diop Pape Malick; Domoraud Gilles; Nielsen Morten; N’janka Pierre Djaka Beaka; Abdessadki Yacine; Camadini Pascal; Echouafni Olivier; Garay  Diego Héctor; Hemdani Brahim; Marsiglia Mickael; Martins Corentin; N'do Joseph Cyrille; Bagayoko Mamadou; Belloso Gonzalo Luis; Conteh Denni; Ehret Fabrice; Haas Mario; Luyindula Guy; Rouxel Lionel; dan Zitelli David.

Pada tahun 2000, Akmal beraksi untuk kelab satelit (naungan) Strasbourg, Haguenau FC yang berpengkalan di Alsace, Perancis. Di kelab Haguenau, terdapat juga pemain luar Eropah seperti dari Afrika dan Brazil. Selain itu, tidak timbul masalah makanan halal untuk diperoleh kerana ada orang Islam dari negara Afrika yang berhijrah dan membentuk komuniti di sana. Akmal telah menjadi tajuk utama akhbar tempatan apabila bersama Juzaili masing-masing menjaringkan gol dalam perlawanan sulung bersama Haguenau. Akmal telah menjaringkan 3 gol dalam 5 perlawanan pertamanya dalam aksi Liga Championnat de France Amateurs 2 (CFA2). Akmal telah berjaya membantu FCSR Haguenau melonjak ke CFA, bahagian keempat struktur Liga Perancis.

Akmal kemudiannya kembali ke tanahair dengan menyarung jersi skuad utama Strasbourg FC buat pertama kali ketika menentang Sarawak, menggantikan Peguy Luyindula dan membantu rakannya menjaringkan dua gol. Strasbourg menang 4-0 ke atas Sarawak. Akmal juga menjaringkan satu gol sewaktu membantu Strasbourg mengatasi FC Zagreb 2-0 di Stadium Shah Alam. 

Pada Jun 2000, Akmal menjaringkan gol tunggal untuk pasukan Bawah-19 Tahun negara biarpun tunduk 1-3 kepada kelab Perancis, FC Mulhouse. Beliau kembali ke tanah air untuk pusingan kelayakan Kumpulan 9 Kejohanan Remaja Asia Bawah-19 Tahun tetapi penyertaannya dihalang di saat-saat akhir berikutan satu keputusan AFC. Selepas gagal untuk mengekalkan kontrak dengan RC Strasbourg kerana kecederaan ‘hamstring’, Akmal kembali ke Malaysia dan bermain untuk pasukan asalnya, Kedah FA. 



Le Roy sewaktu jaman mudanya.
Le Roy sewaktu membimbing skuad Olimpik Atlanta 1996.
 


2003: Piala Asia Liga Perdana FA di Malaysia
yang turut disertai Newcastle FC, mencatat sejarah manis
buat Hai-O  apabila berjaya menjaringkan gol
sewaktu menentang Chelsea FC.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...