Isnin, Ogos 06, 2012

Sumbangan Ramadhan: ABIM Kuala Langat dan Kenangan Lori Kambing.


Aktivis ABIM dan PEPIAS Daerah Kuala Langat bergambar kenangan bersama Tok Batin dan masyarakat muallaf di Surau An-Nur, Perkampungan Orang Asli di Bukit Serdang, Kuala Langat.
Cikgu Khairuddin Abas, Yang DiPertua ABIM Negeri Selangor. Sentiasa sederhana dan mesra.
YDP ABIM Selangor dan YDP ABIM Daerah Kuala Langat, Cikgu Radin, sedang menyantuni seorang anak Orang Asli.
Aktivis ABIM dan PEPIAS Daerah Kuala Langat.
Sesi berbuka puasa bersama masyarakat Orang Asli di Bukit Serdang.
Sesi post-mortem program, di rumah Saudara Samad, aktivis veteran ABIM Kuala Langat.

****
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi ALLAH ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya).”
-- (Surah Al-Hujurat, Ayat 13).

5hb Ogos 2012
Alhamdulillah, semalam (Ahad), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Langat dengan kerjasama  Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) telah menganjurkan Program “Kempen Seorang Sekampit Beras.” Program ini digerakkan oleh ABIM di peringkat negeri serta daerah, dengan sekampit beras serta beberapa lagi barangan keperluan dapur disumbangkan kepada yang memerlukan.

Memandangkan lokasi yang dipilih ialah kawasan yang sedikit pedalaman dengan kawasan jalan yang tidak rata, ABIM Kuala Langat memilih cara unik bagi menyerahkan sumbangan kepada masyarakat muallaf di Perkampungan Orang Asli Bukit Serdang, Bukit Changgang: iaitu dengan menggunakan lori kambing. Mencabar, tapi menyeronokkan.

Sebanyak 14 buah rumah muallaf telah diziarahi oleh aktivis ABIM dan PEPIAS Kuala Langat yang dibahagikan kepada dua kumpulan: iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Program yang mendapat sokongan Tok Batin kampong tersebut, turut dimeriahkan dengan acara berbuka puasa serta solat Maghrib berjemaah.

Para aktivis turut diberikan penerangan oleh aktivis Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) yang juga tokoh veteran ABIM Kuala Langat, Saudara Samad, berkenaan cara untuk mendekati serta menyantuni masyarakat Orang Asli. Beliau yang mempunyai ramai kenalan rapat dalam kalangan Orang Asli, turut mengusulkan agar satu kertas kerja berbentuk kajian disiapkan, berkenaan kaedah terbaik bagi menjalankan aktiviti dakwah dan pembangunan insan kepada masyarakat Orang Asli. Hal ini penting, menurut beliau, kerana manfaatnya besar serta boleh dijadikan rujukan oleh sesiapa sahaja.

Sesungguhnya, harta kita ialah maruah. Penyelamat kita ialah iman. Amin dan in sya ALLAH. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan 1433H ini.

Taqwa Dihayati, Ramadhan Dimaknai.” Khalas.

****

Sumber:
  1. http://www.abim.org.my/v1/index.php/arkib-abim/35-fashion/207-abim-ajak-masyarakat-sertai-sinar-ramadhan-1433h; dan
  2. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ramadan-kempen-seorang-sekampit-beras-abim-dapat-respons-baik/.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...