Khamis, November 21, 2013

Malaysia, Qatar dan Sate Haji Samuri: Bukan Malam Edan.


Sedikit parodi. 
Masih tidak dapat dipastikan, sama ada Piya 
benar-benar tidak berminat mewakili Harimau Malaya 
atau ada cerita di sebaliknya.
2013: Safiq Rahim dan gaya rambut 
yang jarang dibuat orang.
Safiq Rahim cuba merampas bola 
daripada kaki pemain Qatar.
2013: Safiq Rahim berjaya menjaringkan satu gol cantik, gol saguhati negara ketika menentang Arab Saudi di Shah Alam. Safiq mempunyai jasa tersendiri kepada skuad kebangsaan, tetapi prestasi semasa beliau bersama JDT dan skuad kebangsaan adalah kurang memuaskan.
Piya sewaktu menentang 
Chelsea FC pada 2011.
2011: Aksi Piya bersama skuad kebangsaan ialah bersama 
skuad tangkap-muat sewaktu menentang Chelsea. Malaysia XI 
dibarisi oleh lima kapten skuad kelab/negeri di bawah 
bimbingan Ong Kim Swee.
2013: Malaysia lawan Arab Saudi - Ultras Malaya, yang terus-terusan bersorak memberikan semangat buat skuad negara, dari sebelum perlawanan sehingga wisel penamat. Tabik hormat.
Lampu suar dinyalakan, sebelum 'pertembungan' 
kecil FRU dan Ultras Malaya tercetus.
Sedikit kekecohan berlaku berhampiran pintu 
keluar Stadium Shah Alam, antara 
FRU dan ahli Ultras Malaya.
Dari pintu 7, Stadium Shah Alam. 
Malaysia lawan Qatar, 2013.
Bersama Bro Pa'kam & Co.: 
Penyokong setia skuad Selangor dan kebangsaan.
Bro Razlan Raduan aka Pa'kam ketika 
Piala Sultan Selangor (PSS) 2013. Beliau 
menyarung jersi Match Worn Khalid Ali 
yang dipakai ketika PSS 2010.
Terima buat Bro Zulkifli Ghazali aka Cikgu Zul yang sudi menyumbangkan sejumlah naskah majalah Arena Bola Sepak buat Kelab Jersi Kita (KJK). Semoga banyak manfaatnya, untuk perkongsian bersama. Di sebelah Cikgu Zul ialah Bro Firdaus Fauzi, juga seorang pengumpul jersi liga tempatan.
Sebahagian sumbangan majalah dan buku 
program bola sepak daripada para sahabat 
budiman untuk bulan ini.
Buku program Malaysia lawan Chelsea (2008), 
Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 dan 
Perlawanan Akhir Piala FA 2005.
I

Kalau ada pemain suruh saya main sendiri, saya cadangkan pemain itu cubalah jadi penyokong dan lihat dari kaca mata kami.” – Sokernet.
Alhamdulillah, kelmarin saya dan beberapa orang Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) sempat turun ke Stadium Shah Alam bersulamkan keadaan hujan renyai-renyai.
Malaysia mengawal permainan, tatkala Qatar tidak bermain dengan kemampuan sebenar. Kendati, skuad kebangsaan tidak menyambar peluang sedia ada. Kita tiada perancang yang baik, dan Qatar berjaya menyempurnakan peluang yang terhidang.
Meskipun terdapat pemain yang gagal mempamerkan aksi baik berdasarkan kemahiran dan rekod lampau mereka, saya percaya - kebanyakan pemain kebangsaan sudah berusaha sehabis baik.
Natijahnya, Harimau Malaya kalah 0-1 kepada Qatar dan gagal dalam pemburuan dua slot teratas Kumpulan D untuk layak ke Piala Asia 2015.
Jaringan tunggal pemain lawan, Al-Ali pada minit ke-65 yang bijak menyempurnakan hantaran rakan sepasukan sudah cukup memastikan kemenangan Qatar ketika barisan Harimau Malaya dilihat lebih banyak mengejar bola di kaki anak didik Fahad Al-Thani.
Pada hemat saya yang marhaen ini, ramai lagi yang seharusnya membarisi skuad kebangsaan, atas kerelaan diri pemain, semangat cintakan pasukan kebangsaan dan kecaknaan panel pemilihan. Semoga jurulatih baru kebangsaan kelak, akan memilih skuad berdasarkan prestasi semasa, dan bukannya sekadar bersandar reputasi lampau.
Perjalanan masih jauh. Masih jauh.
Supermokh, wira kita
semua. Al-Fatihah.

Trio Jagoan Asia Tenggara - Fandi Ahmad (Singapura), SuperMokh dan Piyapong-Pue On (Thailand), bergambar kenangan dalam sesi latihan, sebelum menentang Boca Juniors yang dibintangi oleh Diego Armando Maradona pada 1982.
Azizol Abu Haniffah aka The Legendary Jijon
antara pemain tengah terbaik 
sepanjang zaman Malaysia.
Skuad Malaysia, ketika era kemeriahan liga tempatan. Dibarisi oleh Zainal Abidin Hassan aka Chief, Azizol Abu Haniffah aka Jijon, Salim Mahmud, Subadron Aziz, Nasir Yusoff aka The Professor dan lain-lain.
Bro Jabal Noor bersama para penyokong setia Malaysia 
sewaktu Piala Asia AFC 2007. Para otai ini tetap setia 
bersama skuad kebangsaan, dari dulu 
hingga sekarang.

2010: Bro Al Fadli aka Rambo aka Cabron del Mundo, ketika menjadi satu-satunya rakyat Malaysia yang - dengan berani - mengibarkan bendera Malaysia sewaktu Final Piala AFF Suzuki di dalam Stadium Gelora Bung Karno, Indonesia. Malangnya, tidak banyak liputan dibuat oleh media tempatan mengenai peristiwa ini. 
Satu-satunya panji Jalur Gemilang yang berkibar 
pada malam Final Piala AFF 2010.
Bro Kamarul Annuar Mohamed Fakri, 
turut bersama Bro Al Fadli, masuk ke Stadium 
Bung Karno pada 2010.
Antara gambar yang menghiasi muka depan akhbar sehari dua ini. 
Ada beberapa versi berkenaan sebab-musabab 
penahanan Bro Rambo. 
2013: Dua wakil Ultras Malaya yang ditahan selepas 
perlawanan Malaysia bertemu Qatar. Bro Al Fadli adalah 
salah-seorang daripadanya.
II

Sebagaimana yang kita sedia maklum, masyarakat Malaysia memang terkenal dengan sikap prihatin dan reaksi bermusim. Lihat saja jalan-jalan yang mengalami kesesakan teruk setiap kali berlakunya kemalangan. Biasanya, bukan kemalangan itu yang menghalang kelancaran perjalanan, tetapi sikap orang kita yang gemar ‘ambil tahu’ dengan memperlahankan kenderaan masing-masing untuk menyaksikan kemalangan dari dekat dan lebih jelas. Maka, terhasil lah hidangan istimewa - ‘makan hati bersulam jantung melayan kesesakan’ dengan berintikan ‘traffic jammed’ yang enak lagi bermutu.
Begitu juga halnya dengan tamsilan kes ‘Villa Nabila’ baru-baru ini. Terlalu banyak berita angin yang bergentayangan, sehinggakan menenggelamkan isu pendidikan, ekonomi dan jenayah yang seharusnya menjadi keutamaan masyarakat terbanyak. Hasilnya? Setelah sekian banyak teori dan falsafah berkenaan kehilangan ‘mangsa’, dengan sekian banyak masa dan ketumbukan anggota penyelamat berusaha mencarinya, rupa-rupanya ditemui sedang tersenyum bahagia di rumah teman beliau sendiri. Ya, memang epik sekali.  
Sementelah, dalam isu bola sepak Malaysia juga sama. Ramai yang cuba menjadi juara dan mengaku pakar, tanpa mengambil kira realiti serta kisah sebenar di sebalik kegagalan skuad negara.
Sekadar berkongsi, ketika era suram bola sepak Malaysia -- seputar kegagalan di Jakarta pada 1997 (tewas mengejut kepada Laos) dan ketewasan sewaktu Piala AFC 2007 -- sehinggalah sebelum kejayaan Pestabola Merdeka 2007 dan pingat emas Sukan SEA 2009, tidak ramai yang memberikan perhatian terhadap liga tempatan, apatah lagi pasukan kebangsaan. Penyokong yang ingin ke stadium menyaksikan pasukan kebangsaan beraksi, akan dicemuh sebagai individu yang ‘membosankan’; ‘tak sayang duit’; ‘gila’ dan bermacam-macam lagi.
Kendati, semenjak kejayaan Sukan SEA 2009; Piala Suzuki AFF 2010 serta Sukan SEA 2011, stadium mula dilimpahi penyokong, yang kembali mempercayai kebangkitan skuad kebangsaan – meskipun tidak berlangsung lama. Maka, ramailah rakyat Malaysia yang memasang impian untuk menyaksikan skuad kebangsaan beraksi dalam Piala Dunia dan layak ke Sukan Olimpik dalam masa terdekat, tanpa mengkaji realiti semasa pembangunan bola sepak di negara kita.
Semenjak dua menjak ini, stadium mulai lengang kembali apabila ada perlawanan membabitkan skuad Malaysia. Ramai yang sudah tidak lagi mempercayai kemampuan jurulatih dan pemain skuad Harimau Malaya. Mujur saja, minat terhadap jersi serta liga tempatan semakin subur dan mulai bercambah kembali. Semoga terus konsisten, in sya ALLAH.
Sebagai seorang yang meraikan kepelbagaian pendapat, saya percaya, setiap pihak dan kumpulan punya falsafah dan asbab, kenapa mereka berpendirian sedemikian rupa. Mungkin, ada yang selesa dengan corak sokongan yang berencam dan bercapah – baik sokongan pasif, konstruktif, sinikal atau ‘rebel’ (agresif). Asal saja tidak terlalu ekstrem, kita tidak boleh terlalu mudah menghukum.
Ya, saya sendiri kurang senang dengan ‘chanting’ yang disulami dendangan carutan dan kata makian. Bukan saja kurang sesuai didengar oleh anak-anak kecil, tetapi juga ‘bapak budak’. Namun, barang diingat, setiap pihak ada peranan dan sumbangan tersendiri kepada bola sepak Malaysia.
Apa pun, molek kiranya saya lampirkan beberapa ulasan serta pandangan menarik tentang rentetan ‘ketidakberjayaan’ skuad senior kebangsaan, kendalian Datuk K. Rajagobal, yang juga bekas pemain dan jurulatih Selangor FA yang berjasa:
  1. Pemain jangan pernah putus asa. Kami sentiasa di belakang skuad kebangsaan walau apapun keputusan, selagi mana kamu itu berjuang sepenuh hati atas padang, jiwa dan raga. Kami sedar tekanan yang perlu diserap dan kerana itu kami senantiasa akan memberi sokongan dan dukungan. Apa yang kami tak boleh terima adalah pengurusan jelek, janji kosong dan kebodohsombongan badan induk yang mengepalai bolasepak Malaysia ini yang tiada henti.” – Ultras Malaya, kumpulan penyokong tegar bola sepak Malaysia.
  2. Rajagobal kena contohi Zainal Abidin Hassan, sekali sekala kena tengok Maharaja Lawak ‘live’ sambil tenang fikir strategi.” – Bro Pipiyapong, penulis buku laris keras ‘Kancil Man’, penulis blog serta kolumnis.
  3. Saya dah kata kepada Dato’ (Subahan Kamal); saya sebagai profesional, saya kena letak jawatan… Saya berani. Mungkin ‘you’ (Rabka Irahas) tak berani, mungkin Rizal Hashim tak berani letak jawatan daripada Kafe Sukan. Hanya cerita saja… he he.” – Datuk K. Rajagobal, dalam satu temubual program ‘Kafe Sukan’, Astro, tidak lama selepas Malaysia tewas secara agregat kepada Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia, 2011.  
  4. Saya masih ingat ketika menyambut skuad juara AFF Suzuki cup 2010 di KLIA, chant ‘terima kasih, terima kasih, K. Rajagobal’ bergema di KLIA, tapi kini ianya bertukar kepada ‘Rajagobal, apa kau dah buat’ daripada individu yang sama serta mulut yang sama sepertimana 3 tahun yang lalu.” – Bro Khalid Mohd Ahwan, seorang pengumpul jersi dan pemerhati bola sepak Malaysia.
  5. 17 muharram 1435... Kejadian pada malam kekalahan malaysia itu bukan untuk jurulatih dan pemain seperti yang digembar-gemburkan di dalam media...kejadian malam itu adalah untuk mendesak Presiden FAM letak jawatan dan FAM dirombak… mana-mana media yang tulis kejadian malam itu adalah kejadian penyokong meminta Dato’ K. Rajagobal letak jawatan adalah salah sama sekali… sekali lagi kami tidak akan mendesak Dato’ K. Rajagobal untuk letak jawatan dan kami tidak akan menyalahkan mana-mana pemain tetapi kami hanya menyalahkan Presiden FAM dan mendesak Presiden FAM letak jawatan… harap maklum.” – Bro Cabron del Mundo (Al Fadli Awaludin), Aktivis Ultras Malaya dan UltraSel.
  6. Ada kelapangan, turun je ke stadium. Kita memanglah nak menang, tapi yang penting, kita nak tengok cara permainan pasukan kita. Kalau bukan kita yang nak sokong, siapa lagi? Kalau menang, alhamdulillah… Kalau kalah, dah biasa dah…” – Bro Jabal Noor, pengumpul jersi liga tempatan yang tegar.  

Majlis santapan sate, 
Kelab Jersi Kita (KJK). he he.
Jemput 'like' dan sertai Kelab Jersi Kita (KJK) di Facebook.
Terima kasih.

III

Minggu ini juga menyaksikan pengumpul jersi tegar dari Terengganu, Bro Yuri Yusoff sempat mengeteh bersama Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) di Restoran Sate Haji Samuri, Kajang.
Meskipun berasal dari Selangor dan sudah beberapa ketika menyewa di Bandar baru bangi (yang berhampiran dengan Kajang), ini hanyalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke restoran masyhur ini, selepas kali terakhir kira-kira 10 tahun yang lepas.
Sesungguhnya, pertemuan buat kesekian kalinya ini, bukan sekadar untuk berkongsi cerita berkenaan kecintaan yang sama terhadap jersi liga tempatan, tetapi juga, dapat mengeratkan persaudaraan sesama insani, in sya ALLAH.
Bersama kita martabatkan jersi pasukan liga tempatan serta kebangsaan kita.
Sokong; waktu gagah dan rebah.

Padu.

---------------------------------------

Sumber dan Rujukan:
  1. http://sokernet.blogspot.com/;
  2. http://www.themalaymailonline.com/;
  3. https://www.facebook.com/zaid.ayid/media_set?set=a.149027798865.115130.559208865&type=1.

2 ulasan:

  1. Peristiwa kibar jalur gemilang di SGBK 2010 yang membuatkan saya mengenali saudara Alfadli. Di bumi Ho Chi Minh semasa AFC Cup baru bersua muka. Satu flight balik lagi. Che din boleh rujuk di blog ni;
    http://anakmemberontak.blogspot.com/2011/01/nekad-ke-gelora-bung-karno-bahagian-2.html?m=1
    http://beziquebee.blogspot.com/2013/04/bercuti-di-ho-chin-minh-vietnam-part-2.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, terima kasih atas makluman tersebut. Kita semua berjuang, dengan ruang yang ada, berdasarkan kemampuan masing-masing -- atas matlamat yang sama.

      Bersama kita martabatkan jersi pasukan kebangsaan serta liga tempatan kita.

      Padu. :)

      Padam