Jumaat, Disember 29, 2017

ABIM KECAM TINDAKAN TRUMP ISYTIHAR BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM KECAM TINDAKAN TRUMP ISYTIHAR BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL.
1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras-kerasnya pengisytiharan yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mengumumkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram Zionis-Israel.
2. Pengumuman ini juga menyaksikan kepimpinan Trump akan melakukan satu lagi jenayah perang, iaitu dengan memindahkan Kedutaan Amerika di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
3. Sesungguhnya, ABIM melihat kenyataan ini sebagai provokasi yang penuh sombong dan bongkak secara jelas, terhadap umat Islam dan masyarakat dunia yang cintakan keamanan. 
4. ABIM percaya bahawa tindakan biadab dan kurang ajar Trump ini, akan membawa kesan berbahaya dan buruk terhadap kestabilan dan keselamatan rantau ini.
5. Tindakan dangkal ini juga berkemungkinan menyuburkan lagi unsur-unsur dan kegiatan keganasan serta ekstremisme yang memusnahkan. 
6. Kekejaman dan kezaliman berterusan rejim Zionis-Israel dan pentadbiran Trump terhadap rakyat Palestin, perlu dikecam, dikutuk dan ditentang dengan apa jua cara. 
7. Amatlah jelas dan nyata, rakyat Palestin sudah terlalu lama dipinggirkan tanpa pembelaan sewajarnya. Kehidupan mereka berterusan dhaif dan derita dalam banyak perkara.
8. Sejelasnya, Baitul Maqdis adalah tanah dan maruah kita, sebagaimana Palestin dan rakyatnya adalah saudara yang sangat kita kasihi. Kota suci ini bukanlah sekadar milik rakyat Palestin mahupun masyarakat Arab semata-mata, bahkan ianya adalah tanah waqaf milik umat Islam sejagat. Justeru itu, keamanan bumi Baitul Maqdis dan Palestin adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam di seluruh dunia.
9. ABIM juga ingin menyeru semua rakyat Malaysia – merentasi kaum dan kepercayaan – agar terus memberikan sokongan dan dokongan bagi menyebarkan kesedaran; berkenaan usaha memusnah dan memisahkan Kompleks Al-Quds dan bumi Palestin secara terancang. Tidak ada alasan untuk kita berdiam diri, terhadap tindakan rejim Zionis yang cuba menguasai, mengotor dan membahagikan Masjid Al-Aqsa.
10. ABIM menggesa semua NGO mahupun individu tanpa mengira bangsa, agama dan parti politik untuk turun ke Himpunan Aman menyatakan solidariti dan kesatuan hati kita, di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sejurus selepas Solat Jumaat, 8hb Disember 2017, bagi membantah tindakan Trump ini. 
11. Semoga Kompleks Al-Quds dan Palestin dapat mengecapi nikmat kemerdekaan dan kebebasan yang sejati. Sungguh, Baitul Maqdis akan selamanya menjadi ibu negara Palestin yang berdaulat. Selamanya akan menjadi milik Palestin! 
12. Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
#SelamatkanAlQuds
#SaveAlQuds
#WillNotBeDivided
#FreePalestine
.

ISU BAITUL MAQDIS: PRESIDEN ABIM SERU DUNIA BANGKIT MENENTANG KEZALIMAN REJIM ZIONIS DAN SEKUTUNYA!

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ISU BAITUL MAQDIS: PRESIDEN ABIM SERU DUNIA BANGKIT MENENTANG KEZALIMAN REJIM ZIONIS DAN SEKUTUNYA!
15hb Disember 2017: Alhamdulillah, bersama barakah hari Jumaat, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim bersama pimpinan dan aktivis ABIM telah turut serta dalam “Himpunan Intifada Baitul Maqdis: Keadilan Untuk Palestin” di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
ABIM percaya bahawa tindakan biadab dan kurang ajar Donald Trump yang mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram Zionis-Israel, akan membawa kesan berbahaya dan buruk terhadap kestabilan dan keselamatan rantau ini.
Tindakan dangkal ini juga berkemungkinan menyuburkan lagi unsur-unsur dan kegiatan keganasan serta ekstremisme yang memusnahkan. Kekejaman dan kezaliman berterusan rejim Zionis-Israel dan pentadbiran Trump terhadap rakyat Palestin, perlu dikecam, dikutuk dan ditentang dengan apa jua cara.
Amatlah jelas dan nyata, rakyat Palestin sudah terlalu lama dipinggirkan tanpa pembelaan sewajarnya. Kehidupan mereka berterusan dhaif dan derita dalam banyak perkara.
Pidato Presiden ABIM ketika Himpunan tersebut boleh ditonton di sini:
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/videos/1805436829468962/

PIMPINAN WAP BERSOLIDARITI BERSAMA RAKYAT PALESTIN DI ISTANBUL, TURKI.
15hb Disember 2017: Alhamdulillah, pimpinan WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) telah menyertai perhimpunan aman di Istanbul, bagi menzahirkan solidariti buat saudara kita di Palestin. Mereka berada di Turki bersempena Mesyuarat Agung Tahunan dan Festival anjuran UNIW di Istanbul.
Di Kuala Lumpur, ABIM telah mewakili Gabungan NGO Save Al-Quds, bagi menyerahkan memorandum bantahan terhadap Presiden Trump dalam isu Baitul Maqdis, kepada wakil Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.
Sedari awal penubuhannya, ABIM konsisten mempertahankan hak, kebebasan dan kedaulatan bumi Palestin dan rakyatnya.

ABIM DAN PKPIM BERSAMA NGO SAVE Al-QUDS, ZAHIRKAN SOLIDARITI BUAT BAITUL MAQDIS DAN KEMANUSIAAN SEJAGAT!
8hb Disember 2017 (Jumaat): Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mewakili Gabungan NGO Save Al-Quds; bersama pelbagai NGO dan parti politik, turun ke Demonstrasi Aman Selamatkan Baitul Maqdis, menyatakan solidariti dan kesatuan hati, di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.
Terdahulu, pada jam 11:45 Pagi, ABIM telah mewakili NGO Save Al-Quds, menghantar memorandum bantahan ke Kedutaan Amerika Syarikat, berhubung isu pengumuman Baitul Maqdis sebagai ibu negara haram Zionis-Israel.
Semoga Kompleks Al-Quds dan Palestin dapat mengecapi nikmat kemerdekaan dan kebebasan yang sejati. Sungguh, Baitul Maqdis akan selamanya menjadi ibu negara Palestin yang berdaulat. Selamanya akan menjadi milik Palestin!

ABIM DAN NGO PRO-PALESTIN BANTAH PENGANJURAN SAMBUTAN PERISYTIHARAN BALFOUR KE-100!
3hb November 2017 (Jumaat): Alhamdulillah, ABIM dan PKPIM bersama beberapa NGO Pro-Palestin berkumpul di hadapan Suruhanjaya Tinggi Britain di Jalan Binjai, Kuala Lumpur hari ini, bagi membantah sambutan Deklarasi Balfour ke-100 oleh kerajaan Britain.
Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim (Presiden ABIM) diwakili oleh Sdr. Zairudin Hashim (Penolong Setiausaha Agung ABIM).
Rakaman ucapan beliau boleh ditonton di sini:
Himpunan ini turut mendesak kerajaan Britain meminta maaf kepada.penduduk Palestin, memandangkan Deklarasi itu menyaksikan rampasan wilayah milik masyarakat Islam itu, dan penubuhan negara haram Zionis-Israel.
Satu memorandum bantahan turut diserahkan kepada Setiausaha Pertahanan Suruhanjaya Tinggi Britain, Kolonel Steven Hole.
Memorandum itu mendapat sokongan 47 orang ahli Parlimen dan 27 buah NGO termasuk Yayasan Al-Quds Malaysia (QFM), ABIM dan PKPIM.
Kempen #Balfour100 merupakan kempen peringkat antarabangsa, digerak oleh rakyat Palestin, turut disokong Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
2hb November 2017 genap 100 tahun Deklarasi Balfour yang mengakibatkan Palestin terjajah. Palestin masih sengsara dan tanggungjawab kita bersama untuk bebaskannya. Semoga ALLAH SWT saksi usaha ini dan redha.
Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.
Sebarkan!
----------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
Dan, kenali ABIM di sini: 
----------------------------------
[DAPATKAN RESIT PENGECUALIAN CUKAI!]
Dengan: INFAQ@ABIM !
Sila deposit seikhlas hati kalian, ke Akaun ABIM:
BANK ISLAM: 14023010032527
MAYBANK: 564221610116
1) Dengan rujukan: infaq@abim
2) Emelkan ke kewangan.abim@gmail.com nama penuh, alamat, nombor telefon serta bukti sumbangan untuk urusan resit.
3) Juga boleh hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui: +603 - 4108 4500.
----------------------------------
Bersama menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!

.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...