Isnin, Julai 17, 2017

BUAH TANGAN SULUNG.



BUAH TANGAN SULUNG.
Semalam Alexandre Lacazette menyumbat gol sulung bersama The Gunners, di Sydney dalam Jelajah AFC 2017.
Tatkala ramai merindukan kelibat King Henry,
Dan semua maklum bahawa Lacazette sendiri mempunyai reputasi besar -- bersama kelab terdahulu,
Jalan perjuangan masih panjang buatnya.


LUKAKU, LUKAMU JUA.



LUKAKU, LUKAMU JUA.
Tanggal 13hb Mei 1993, Romelu Menama Lukaku mula melihat dunia, dengan Bandar Antwerp di utara Belgium menjadi saksi, kelahiran bakal seorang bintang bola sepak bertaraf antarabangsa.
Meskipun Encik Roger Lukaku dan Puan Adolphine Lukaku tidak mahu anak mereka yang berdarah etnik Congo itu terlibat aktif dalam bola sepak dan fokus kepada pelajaran pada asalnya,
Mereka sendiri tidak dapat menafikan minat mendalam mereka sekeluarga terhadap sukan paling popular di dunia itu.
Roger Lukaku, bekas pemain kebangsaan Zaire, dan Adolphine, akhirnya menjadi penyokong kuat serta penasihat penting dalam kerjaya anak mereka.
Bermula dengan minat mendalam menonton Chelsea dan Liga Inggeris di kaca TV, Lukaku kemudiannya mula bermain PlayStation dan,
Mula menunjukkan minat menyaksikan taktikal serta 'highlights' penting sesuatu perlawanan bola sepak.
Aksi Floyd Hasselbaink dan kemudiannya Drogba, mencambah minat mendalam Lukaku, untuk lebih serius terhadap sukan tersebut.
Beliau mula 'membaca', memahami dan menganalisis aksi setiap penyerang dari dalam dan luar padang.
Dan keupayannya mengimbangkan akademik bersama sukan, membolehkan Lukaku tampil sebagai pemain 'boleh berfikir' dan bijak di atas padang.
Fizikal Lukaku adalah perkara yang paling menakutkan pihak lawan setiap kali beraksi.
Namanya mula disebut ketika berusia 10 tahun, di mana fizikalnya kelihatan seperti seorang yang berusia awal 20an; yang sering berada berhampiran gawang sendiri, dan menggentarkan para penyerang lawan yang disekatnya.
Bermula dengan Rupel Boom, kemudiannya akademi kelab profesional Liga Belgium, Lierse menyambarnya. Lukaku menjaringkan 121 gol dalam 68 perlawanan sepanjang 2004-2006.
Di Akademi Kelab Anderlecht, Lukaku menyumbat 131 gol dalam 93 perlawanan.
Ketika masih berusia 16 tahun dan bersekolah, The Tank sudahpun membuat debut profesional bersama Anderlecht, menjuarai Liga Belgium dan menang penjaring terbanyak musim 2009-2010, dan Anugerah Kasut Ebony Belgium 2011.
Pada 2011, cita-cita Lukaku dan harapan besar keluarganya serta rakyat Belgium kelihatan seakan-akan menjadi kenyataan. Lukaku dilihat bakal menjadi pemain terbilang di Chelsea.
Ketika mula menyarung jersi Chelsea FC, ramai menaruh harapan besar -- Lukaku akan muncul sebagai pemusnah lawan bersama idolanya, Drogba.
Namun, semuanya bermula dengan kurang baik, apabila ayahnya dipenjarakan di Belgium, kerana cuba mengelak daripada menghadiri perbicaraan kes Mahkamah di sana.
Kes yang berlarutan sehingga gagal menyertai sesi latihan kelab; serta situasi di mana Chelsea menolak permintaan Lukaku agar adiknya, Jordan juga dapat menyertai kelab itu, merencatkan impian menyaksikan 'The Tank' mempamerkan aksi sebenar.
Terpaksa bersaing dengan bintang seperti Drogba, Torres dan Strurridge, bukanlah satu tugas mudah.
Akhirnya, beliau dipinjamkan ke Wes Brom dan kemudiannya berpindah ke Everton.
Paul Pogba, David Luiz dan Kevin Mirallas merupakan sahabat baik Lukaku, yang sering memberikan motivasi ketika beliau kecewa serta jatuh.
Pada usia 23 tahun, Lukaku sudah menjaringkan 125 gol. Sedangkan Ronaldo pada usia sama baru menjaringkan 110 gol, Suarez - 107, Rooney - 100, dan Zlatan - 65.
Dengan ketinggian 1.90 m, The Tank bukan sahaja mempunyai segulung ijazah serta mempunyai fizikal yang tegap. Beliau fasih berbahasa Inggeris, Belanda, Perancis, Sepanyol, Portugis dan memahami bahasa Jerman.
Adakah pemain berbisa yang mana kaki kanan di kirinya 'hidup' ini akan memberi dimensi baru kepada kelab barunya, Manchester United?
Masa dan takdir akan menentukannya.

WAZZA GEGAR GAWANG DI TANZANIA.


WAZZA GEGAR GAWANG DI TANZANIA.
Tidak sampai 35 minit diperlukan oleh Wayne Rooney untuk menyumbang gol ketika debut kedua untuk Everton.
Adakah Tanzania akan menjadi saksi kebangkitan legenda United ini?
Sama-sama kita nantikan!

KING ERIC, DAN KOLAR YANG DIBIARKAN KE ATAS.


KING ERIC, DAN KOLAR YANG DIBIARKAN KE ATAS.
Pada 6hb Disember 1992, Eric Cantona memulakan debut kompetitif sulung sebagai pemain gantian, untuk United.
Menentang seteru setempat, Manchester City, Cantona membantu United untuk menang 2-1 di laman sendiri.
Meskipun pada tahun-tahun kemudiannya, ramai yang mempertikaikan kemampuan Ferguson dan United kerana kehilangan ramai bintang berpengalaman,
King Eric dan anak-anak muda keluaran Akademi United, akhirnya menutup mulut para pengkritik -- dengan pelbagai gelaran yang mereka kecapi.
Anak kelahiran Marseille ini dibesarkan di dalam gua di mana keluarganya tinggal.
Sejelasnya, perlawanan pertama Cantona adalah sewaktu aksi persahabatan menentang Benfica di Lisbon, untuk menyambut hari kelahiran ke-50 legenda dunia, Eusebio.
Sebelum menyarung jersi keramat nombor 7, Cantona memakai jersi 10 dan 12.
Gol pertamanya adalah ketika menentang Chelsea pada Disember '92, manakala yang terakhir adalah ketika menewaskan Balckburn pada April 1997.
Dianggap antara pakar sepakan penalti terbaik dunia, Cantona bijak mengambil masa untuk meneka dan membaca gerakan lutut penjaga gol lawan, sebelum membuat sepakan.
Meskipun ramai kecewa selepas Cantona digantung dan tidak menyertai perlawanan persahabatan menentang Selangor FA pada 1995 di Shah Alam,
Cantona kemudiannya datang juga sekitar 1998, kali ini sebagai pemain bola sepak pantai. Malaysia diwakili oleh Mubin Mokhtar, Hassan Sani, Khalid Ali dan lain-lain.
Beliau turut terlibat sebagai pelakon dalam iklan dan filem selepas menggantung but, menamatkan kerjaya gemilang penuh kontroversi dan kejayaan.
Aksi Cantona dengan kolar yang dihala ke atas, bukan saja menjadi imej yang dikenang,
Tetapi turut dirindui oleh penyokong bola sejati.

DEBUT JT, BERSAMA AV.


DEBUT JT, BERSAMA AV.
Legenda Chelsea ini memulakan debut pra-musim bersama Aston Villa, dengan lilitan kapten di lengan.
Walau bagaimanapun, Villa tewas 1-2 kepada Shrewsbury Town 2-1.
Gol menerusi penalti oleh Henri Lansbury tidak mencukupi apabila dua gol daripada Zak Jules dan Arthur Gnahoua memberi kelebihan kepada tuan rumah.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...