Selasa, Mac 17, 2015

Flash Mob - Solidariti untuk Syria.

ALLAH....
Adik kecil yang comel di Syria ini 
menyangkakan bahawa kamera yang dipegang 
oleh wartawan merupakan senjata...
Maka dia pun mengangkat tangan, 
tanda takut dan menyerah diri....
Sayu melihat keadaan ini....
Flash Mob - Solidariti untuk Syria.
Alhamdulillah, tanggal 15hb Mac 2015 (Sabtu), ‘Silent Mob’ - tanda solidariti kita untuk Syria - anjuran Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) telah diadakan di hadapan Pasaraya Sogo. Terima kasih kepada semua yang terlibat - secara langsung mahupun tidak. Keprihatinan anda semua membawa sejuta makna buat kemanusiaan sarwajagat.

Terima kasih, Cinta.


 
Terima kasih, Cinta.
16hb Mac 2015. Terima kasih serta syukur, buat ALLAH SWT, yang mengurniakan saya nikmat kesihatan serta usia. Semoga terisi dengan ilmu, amal dan bakti.
Terima kasih juga, saya ucapkan buat semua yang sudi merakamkan ucapan hari lahir – baik melalui Facebook, sms mahupun whatsapp. Setulus penghargaan atas ingatan. Mohon doakan yang baik-baik; untuk kesejahteraan bersama.
Bertambahnya usia, mendekatkan kita dengan mati yang pasti.
Paling utama, setulus terima kasih buat Nur ‘Aliaa, isteri tersayang, kerana sudi berkongsi suka-duka serta susah-senang. Semoga ALLAH SWT panjangkan jodoh kita, sampai hujung nyawa. In sya ALLAH. 
* Ketika mengambil isteri yang ke Kelantan untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat di sana, terjumpa orang kuat PKPIM, Saudara Nazrin di KLIA2. Takdir. Cantik pemandangan KLIA2 sebenarnya. Terkenang LTAB Subang.

Mengulang baca, untuk dua hari ini.


Mengulang baca, untuk dua hari ini.
PakSubki Latif, adalah antara wartawan-penulis yang mendepani zaman ketika eranya. 
Boleh baca tulisan ringkas saya mengenai beliau di sini:
Untuk perkembangan terbaru beliau, boleh lihat dan baca di FB Pak Subky. Banyak manfaatnya, in sya ALLAH.
Selamat berfikir.

Rabu, Mac 11, 2015

ORIGINAL JERSI LIGA MALAYSIA.

Menyelam lautan bundle.
Memandangkan agak ramai Retrorians-Retrowan yang bertanyakan Admin-Admin RBS berkenaan di mana untuk mendapatkan jersi lama liga tempatan yang langka dan nadir (rare).

https://www.facebook.com/retrobolasepak?fref=ts
Kami tidak mempunyai jawapan yang muktamad. Ia membabitkan ‘passion’, ‘thrill’, ‘luck’, serta usaha keras untuk ‘menyelam’ di kedai-kedai ‘bundle’ atau bertanyakan rakan-taulan.
Di Internet (khususnya Facebook) juga sudah ramai yang menjual dan membuka ‘page Facebook’ masing-masing. Antara yang Admin syorkan ialah Grup ORIGINAL JERSI LIGA MALAYSIA.
Selain aktiviti jual-beli jersi Liga-M baru dan lama, ada juga perbincangan mengenai perkongsian maklumat serta pertanyaan berkenaan rekaan jersi, rujukan jenis cetakan jersi, ‘patch’, ‘crest’ dan sebagainya.
Selain keseronokan mengumpul jersi idaman, secara tidak langsung kita juga akan terdedah untuk menghargai sejarah lama bekas pemain serta bola sepak tempatan kita.
Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Sesiapa yang berkelapangan, hadirkanlah diri ke stadium untuk menyokong pasukan masing-masing. Padu dan Grnde selamanya.

Selamat menyelam!

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...