Khamis, April 05, 2018

ARMCHAIR LEADER.

ARMCHAIR LEADER.
Duduk di atas kerusi empuk dan menjadi pengkritik tetap program orang lain; memang mudah.
Itu kurang, ini tak betul.
Tak salah menegur untuk menjadi penyemak dan pengimbang, tapi lagi molek, kalau kita turut hulur tangan dan turun padang.
Bukan sedikit pengorbanan jawatankuasa yang terlibat, sebesar atau sekecil manapun program tersebut.
Menghambur kritikan dan menjadi pahlawan jadi-jadian di media sosial-- jagoan kesiangan memang mudah.
Tapi memberi penyelesaian dan bersama turun padang; lagi indah.
Terima kasih buat semua sukarelawan dan petugas yang ikhlas menabur khidmat di sekalian mayapada, dari dulu sampai akhir umur dunia.

HARI LAHIR.

HARI LAHIR.
Salam. Terima kasih sekudusnya, buat semua atas ucapan dan ingatan.
Semakin bertambah usia, semakin dekat kita dengan kematian. Hargailah hidup -- bersama nikmat dan dugaan; yang Tuhan kurniakan.
Harta kita adalah maruah. Penyelamat kita adalah iman.
Doakan yang baik-baik; untuk kita semua.
:)

CINTA.

CINTA.
Cinta; adalah kesesuaian jiwa dan kesatuan bahagia.
Sayang selalu.
:)

ADAB.


ADAB.
Etika atau kod berpakaian ni, asasnya mudah saja.
Bukan sekadar masjid atau surau; kebanyakan rumah ibadat agama lain pun ada kod berpakaian yang ditetapkan. Ada yang perlu sarung kepala, ada yang perlu memakai kain sarung.
Baik Ratu England mahupun selebriti Hollywood yang belum Islam pun, kalau mereka melakukan lawatan ke masjid, tidak kekok memakai selendang dan kain yang melepasi paras lutut.
Malah, banyak premis yang menetapkan kod berpakaian. Dari pejabat kerajaan, perpustakaan mahupun kolam renang, semua punya peraturan dan sebab tersendiri, mengapa ia dikuatkuasakan.
-------------------------------------
Terkenang dulu zaman sekolah rendah, pernah kena halau dari Perpustakaan Shah Alam bersama sepupu kamcing, Amirull Jaafar, kerana memakai seluar pendek.
Zaman 90an tu kami kalau ke mana-mana -- rambut mesti belah tengah macam Azman Adnan, berjalan kena pakai jersi dan seluar Lotto Selangor, yang dibasuh dan dipakai berulang kali.
Hihi. Kenangan.
--------------------------------------
Sebab apa? Semuanya adalah berkaitan dengan sikap hormat dan ‘common sense’ kita.
Untuk kita dihormati, hormatlah hak orang lain terlebih dahulu. Itulah yang dinamakan sebagai -- adab.

JAW-DROPPING BICYCLE KICK.


JAW-DROPPING BICYCLE KICK.
Pada usianya ketika ini, Cristiano Ronaldo membuktikan bahawa komitmen dan disiplin membolehkan beliau tetap konsisten dengan aksi yang hebat.
2 gol, satu assist dan kemungkinan Anugerah Puskas kedua buat beliau.
Menentang pasukan dengan khazanah sejarah yang tidak sedikit, menewaskan penjaga gol legenda yang sangat berpengaruh,
Adalah pengalaman yang sukar dilupakan -- baik oleh peminat mahupun beliau sendiri.
Pastinya sepakan rejam beliau mengingatkan kepada gol spektakular Zizou dan Rooney beberapa tahun terdahulu.
Apakah jaringan yang anda rasakan, terbaik sepanjang zaman?
Kongsikan pada ruangan komen.

JALAN NAN JAUH.


JALAN NAN JAUH.
Penyokong sudah berikan komitmen, datang dari sekalian pelusuk negara, turun ke stadium dan membelanjakan wang untuk membeli tiket.
Hujung-hujung bulan, RM30 belum campur duit minyak dan tol -- belum campur komitmen lain; mungkin dipandang sebagai isu remeh oleh pihak lain.
Kekecewaan terbesar adalah kegagalan skuad kebangsaan mengekalkan fokus serta disiplin.
Pemain seharusnya dipilih berdasarkan minit permainan.
Terima kasih Akhyar Rashid -- kerana menzahirkan potensi dan harapan.
Perjalanan kita masih jauh.
178 (2-2) 189.
-----------------------------------------
KELAS ‘A’.
Saya setuju jika ada yang pertikai soal penyusunan jadual semasa Liga-M.
Tapi, adalah tidak tepat untuk kita memperlekeh lawan seperti Bhutan atau Mongolia.
Selagimana perlawanan itu berkelas 'A'; ia pasti akan ada kesan pada ranking negara -- sepelik mana pun nama negara yang kita hadapi.
Percayalah Tuan-tuan, sebagaimana kita mentertawakan penjaga gawang Bhutan tadi; demikianlah juga pandangan negara besar lain yang melihat aksi kita yang terdahulu.
Kenapa penyokong kecewa bila seri dengan Mongolia, tetapi senang bila kalah dengan Lubnan tempoh hari?
Jawapannya ada; pada 'gameplay' serta komitmen yang dizahirkan pemain di atas padang.
Tahniah dan terima kasih buat sekalian pemain yang memberikan sepenuh raga jiwa. Demi maruah negara yang tercinta.
Selamanya, Harimau Malaya.

Rabu, April 04, 2018

BUKU ANWAR IBRAHIM: SEMANGAT DARAH MUDA.


BUKU ANWAR IBRAHIM: SEMANGAT DARAH MUDA.
Alhamdulillah, selesai beberapa urusan berkenaan susunan buku “Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda.” Juga ada kata pengantar daripada DSAI sendiri.
Buku ini memberikan fokus kepada sumbangan beliau, khususnya ketika era mahasiswa-belia seputar tahun-tahun 1970an. 
Mohon doakan agar naskah hasil himpunan tulisan sahabat-sahabat yang saya hormati ini, dipermudahkan urusan penerbitannya.
Terdahulu, saya turut membantu sedikit Sdr. Amin Ahmad untuk menyiapkan buku “Anwar Ibrahim - Hidup Berjuang.” ABIM sendiri sebagai sebuah institusi menyokong usaha ini.
---
Kepada yang mahu membeli buku Anwar Ibrahim: Semangat Darah Muda (The Angry Generation), boleh hubungi wakil kami melalui whatsapp +6013-3916299 (Cik Wani),
atau buat tempahan segera dengan klik di sini:


Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...