Khamis, Mac 09, 2017

KESETIAAN.


KESETIAAN.
Il Bimbo d'Oro. Il Re di Roma. Er Pupone. Gladiatore.
Budak Emas. Raja Rom. 
24 musim; beraksi untuk sebuah kelab.

Kerana tiada yang mustahil dalam bola sepak.

Kerana tiada yang mustahil dalam bola sepak.
Dan, apa yang lebih penting ialah -- mencuba dan terus berjuang sehingga tiupan wisel terakhir.
Barca 6-1 PSG.
Tahniah, Barca.

Ramos, Sang Pencetak Gol.


Ramos, Sang Pencetak Gol.
Pemimpin yang berpengaruh; pemain yang signifikan.
Pemain penting; di saat genting.
Maju terus!


SEKILAS: FORUM LENSA ISLAM (FLI) DI UM.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, 
Presiden ABIM. Juga mantan
#GlobalPeaceMission #ABIM #UM
SEKILAS: FORUM LENSA 
ISLAM (FLI) DI UM.
2hb Mac 2017: Dengan topik "Emansipasi Pelarian: Mencari Manusiawi dan Keamanan", Kolej Kediaman Kelima (Dayasari), Universiti Malaya dengan kerjasama Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah menganjurkan sebuah forum yang dinamakan Forum Lensa Islam (FLI) 2016/2017 bersempena dengan Festival Dayasari (FESARI).
Forum ini signifikan bagi membuka minda mahasiswa/i dan masyarakat umum tentang kepentingan untuk CAKNA isu-isu semasa khususnya berkaitan PERPADUAN dan KEAMANAN sama ada di peringkat lokal mahupun global.
Kolej Kediaman Dayasari atau Kelima yang sinonim dengan mahasiswa berdisiplin dan bersemangat; mendengar dan memahami isu 'Emansipasi Pelarian' oleh 3 orang ahli panel, antaranya CEO GPM, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Heliza Helmi serta Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud. Semoga dengan pelaksanaan program ini, dapat melahirkan para mahasiawa yang cakna akan isu kemanusiaan. Teruskan semangatmu para Mahasiswa!
“Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan.”
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.

DR. ROZAIMI RAMLE BUAT PERKONGSIAN ILMU, DALAM MAJLIS ILTIZAM STAFF ABIM DAN AGENSI.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, 
Presiden ABIM. Juga mantan
#Iltizam #Motivasi #ABIM
DR. ROZAIMI RAMLE BUAT 
PERKONGSIAN ILMU, DALAM MAJLIS ILTIZAM 
STAFF ABIM DAN AGENSI.
6hb Mac 2017 (Isnin): Alhamdulillah, hari ini pendakwah, Dr. Ustaz Rozaimi Ramle membuat pengisian dalam sesi Iltizam Staff ABIM dan Agensi, di Dewan Pembangunan Belia Islam, Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Taman Cemerlang. Dr Rozaimi yang juga merupakan Pertubuhan Kebajikan Al-Qayyim (IQ) Malaysia, mengupas topik “Syariat Sebagai Rahmat untuk Sekalian Alam.”
Majlis Iltizam Staff ABIM dan Agensi ini diadakan setiap dua minggu sekali, dengan menjemput tokoh daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran. Selain mengeratkan silaturrahim serta menambah ilmu, program ini bertujuan memberikan motivasi kepada para petugas; dalam meneruskan kerja dakwah yang semakin mencabar, mutakhir ini.
Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Sebarkan!
------------------------------------------
Jom, daftar segera sebagai ahli ABIM di sini: 
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur.
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
Website ABIM: http://www.abim.org.my/
---------------------------------------

.



8 MAC: ABIM UCAP SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, 
Presiden ABIM. Juga mantan
#InternationalWomenDay #BeBoldForChange #BeraniBerubah #Helwa #ABIM
8 MAC: ABIM UCAP SELAMAT 
HARI WANITA SEDUNIA.
Betapa beruntungnya seorang wanita dalam Islam; jika kita mengetahuinya keistimewaannya. Jika kita mengira berapa banyak jumlah keistimewaan wanita dalam Islam, memang tak kan terhitung.
Ummu Salamah, isteri Nabi Muhammad SAW, pernah bertanya kepada Rasulullah SAW, seperti dalam sebuah hadith, “Manakah yang lebih mulia, ya Rasulullah, perempuan di dunia ini atau anak bidadari di surga?”
Rasulullah SAW menjawab, “Perempuan dunia lebih mulia dari anak bidadari, laksana lebih mulia pakaian luar daripada pakaian dalam!”
Dalam ANgkatan Belia Islam (ABIM) sendiri, Biro Hal Ehwal Wanita & Pembangunan Wanita (HELWA) memimpin wanita dan keluarga Islam terutama dari kalangan beliawanis di dalam berdepan dengan cabaran kehidupan moden.
Program meliputi kursus peningkatan penampilan diri, pembinaan dan pembangunan keluarga menerusi inisiatif Keluarga Mawaddah Wa Rahmah (KAMAR) yang sedang digerakkan. 
Selamat Hari Wanita Sedunia! Terdidik Wanita, Terdidik Generasi.
Beautiful. Confident. Empowered!

SIRI TELAAH KARYA MAQASID AL-SHARI'AH DI KDH, KAJANG.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, 
Presiden ABIM. Juga mantan
SIRI TELAAH KARYA MAQASID AL-SHARI'AH
KITAB:
حفظ الأسرة في الإسلام: قراءة في ضوء نصوص الشريعة ومقاصدها
(Pemeliharaan Keluarga dalam Islam: Kajian Berdasarkan Shari'ah dan Maqasidnya)
Sebuah Karya: Dr Wasfy 'Ashur Abu Zaid
6 SIRI SAHAJA!!!
SETIAP HARI KHAMIS; 8:30 malam - 10:00 malam
TARIKH:
9 & 23 Mac 2017
13 & 27 April 2017
11 & 25 Mei 2017
Tempat: Bilik Seminar, Kolej Darul Hikmah (KDH) Kajang
Pembentang: Saudara Marwan Bukhari
DAFTAR SEKARANG!!! daftar.ideselangor.com @ whatsapp 013-2756192
Anjuran:
Pusat Kajian Maqasid IDE
Institut Darul Ehsan ( IDE)
Angkatan Belia Islam Malaysia
Kolej Dar al Hikmah
Akademi Kajian Ketamadunan (AKK)

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...