Selasa, Mei 07, 2013

PRU ke-13, Sunnah Berjuang dan Hari Lahir Shukur.


Merenung jauh, masa depan anak bangsa.
Hairi dengan gaya mata tertutupnya. Kami mengeteh usai membuang undi.
PRU ke-13; pengalaman kali pertama mengundi. Alhamdulillah.
Hairi Sabrun, sahabat ikrab sedari tadika. Ukhwah fillah.
Perang bendera dan poster di Kampung Kundang, Tanjong Sepat.
Bilik Gerakan PRU PAS di sebelah rumah keluarga saya.
Pekan Sungai Pelek, Sepang yang tenang.
Pantai Bagan Lalang, yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Pekan Sungai Pelek.
Sepang Gold Coast atau Golden Palm Tree Sepang Gold Coast yang berkonsepkan penginapan ala hotel tengah laut bertaraf antarabangsa, terletak di Pantai Bagan Lalang.
Pekan Banting yang semakin pesat membangun.
Pantai Morib, antara lokasi awal Tentera British mendarat sewaktu Perang Dunia Kedua, terletak kira-kira 15 minit dari Pekan Banting.
Morib Gold Coast Resort yang berkonsepkan penginapan sekeluarga di taman tema air, terletak berhampiran Pantai Morib.
PRU ke-13, Sunnah Berjuang dan Hari Lahir Shukur.

I
Alhamdulillah, pada 5hb Mei 2013 yang lepas, saya diberi ruang oleh ALLAH SWT untuk menjalankan salah-satu hak saya sebagai rakyat Malaysia, iaitu hak untuk memilih dan mengundi. Masih terngiang-ngiang kenangan menemani Abah, Arwah Emak, Arwah Atuk dan Arwah Nenek (Al-Fatihah buat kesemuanya) ke pusat pembuangan undi di kampung saya sewaktu saya masih kecil. Apa yang menarik, Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 kali ini menyaksikan buat kali pertamanya, dakwat kekal diperkenalkan bagi memastikan sistem pemilihan berjalan dengan lebih baik.

Selepas keputusan rasmi diumumkan, Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, tatkala Barisan Nasional (BN) merampas kembali Perak dan Kedah, selain mengekalkan pemerintahan di negeri-negeri yang lain. Secara keseluruhannya, BN memperoleh 133 kerusi, kurang 7 kerusi berbanding sewaktu jaman kem BN dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008.   

Sementelah, untuk Parlimen Kuala Langat (P.112), YB Abdullah Sani Abdul Hamid berjaya mengekalkan kerusinya manakala YB Mohamed Hanipa Maidin mencipta sejarah apabila menang di P.113 (Parlimen Sepang). YB Mohd Haslin Hassan pula berjaya memenangi DUN Tanjong Sepat (N.54). Sebagai penduduk Kuala Langat yang mengundi untuk Parlimen Sepang, sudah tentu saya mengharapkan agar lebih banyak lampu jalan dipasang sepanjang jalan dari Pantai Bagan Lalang ke Tanjong Sepat dan dari Pantai Morib ke Batu Laut. Tidak sedikit kes kemalangan yang berlaku di jalan-jalan tersebut, antara lain kerana jalan yang terlalu gelap dan bahaya pada waktu malam.   

Subhanallah.
Masjid Khalid Al-Walid, KEMENTAH. Indah.
"Senyum itu sedekah," kata Shukur. Maka tersenyumlah saya.
Hairi yang sentiasa ceria. Layan ikan dori (dory fish) di The Manhattan Fish Market, Wangsa Walk. 
Shukur kelihatan serius, membelek telefon genggam, memeriksa keputusan semasa PRU ke-13.
Sate Kajang dan debaran keputusan PRU 13.
Shukur dengan balingan boling ala tarian zapinnya.
Boling, riadah yang menyenangkan minda, tapi bukan poket pemainnya.
2003: Shukur bersama All For Ummah.
Darjah 6 Mawar, SK Batu Laut 1999. Kenangan.
II
Tanggal 5hb Mei 2013 juga merupakan tarikh lahir sahabat saya sedari sekolah rendah, Abdul Shukur Mohamad, yang senang disapa sebagai ‘Shukur’. Beliau merupakan mantan vokalis kumpulan nasyid SMA Persekutuan Kajang, ‘All For Ummah’ (AFU). Sempat juga kami mengisi masa dengan bermain boling dan menambah berat badan di beberapa buah warung sementara mengunggu keputusan rasmi PRU diumumkan di kaca televisyen. Sepanjang waktu yang senggang itu, banyak laporan-laporan tidak rasmi yang kami ikuti, kebanyakannya menerusi Facebook dan blog. Antara yang paling popular, laman Fb tokoh belia, Hasbie Muda yang juga rakan sepersekolahan Shukur.

Dr Muhammad Nur Manuty (MNM), mantan Presiden ABIM yang bertanding di Parlimen Bagan Serai, Perak.
Datuk Idris Jauzi, mantan pimpinan PKPIM dan ABIM, menang di Parlimen Batu Pahat. Mesra dengan panggilan 'Cikgu Derih'.
DSAI, mantan TPM Malaysia.
DSAI santai bersama menantu, cucu dan YB Nurul Izzah.
Statistik PRU Malaysia. Menarik.
III
Daripada pengamatan kasar saya, PRU kali ini begitu sengit dan menarik kerana kita sudah mula menuju ke arah ‘sistem dua-parti’ serta pengaruh media sosial dan internet yang agak besar dalam kalangan masyarakat pengundi, khususnya golongan muda. Ramai yang menyuarakan pandangan masing-masing, apalagi selepas keputusan rasmi PRU ke-13 diumumkan. Ada yang bersorak gembira dan bersyukur. Ada juga yang redha dan merungut.

Pada hemat saya, dalam sesebuah pertandingan, kita boleh saja mengharapkan kemenangan. Kendati, kita tidak seharusnya menafikan takdir dan hikmah di balik sesebuah ketewasan. Menyokong jangan hanya ketika menang. Berjuang pula; tidak harus mudah patah hati. Sayangi Malaysia; yakini ALLAH SWT. Padu.

Ya, begitulah: Kita merancang, tetapi ALLAH SWT jugalah sebaik-baik Perancang. Justeru, kita perlu lebih fokus kepada strategi dan hikmah. Inilah Sunnah dalam berjuang. Yang menang perlu insaf, yang tewas perlu bangkit. Pokoknya, bangunkan negara bangsa dengan lebih mapan dan bertamadun.  

Ibnu Khaldun dalam karya besarnya, ‘Muqaddimah’ menyatakan bahawa:
Kekuatan penguasa (al-mulk) tidak dapat diwujudkan kecuali dengan perlaksanaan Syariah; Syariah tidak dapat dilaksanakan kecuali oleh penguasa (al-mulk); Penguasa tidak dapat memperoleh kekuatan kecuali daripada masyarakat (al-rijal); Masyarakat tidak dapat dipertahankan kecuali oleh kekayaan (al-mal); Kekayaan tidak dapat diperoleh kecuali daripada pembangunan (al-imarah); Pembangunan tidak dapat dicapai kecuali melalui keadilan (al-adl); Keadilan merupakan kriteria (al-mizan) yang akan dinilai oleh ALLAH SWT pada ummat-NYA. Penguasa akan dibebankan dengan adanya tanggungjawab untuk mewujudkan keadilan.”


Peratusan undi popular PRU 13.
DS Najib dan TS Muhyiddin Yassin.
DS Najib menerima tepukan daripada para pemimpin parti komponen BN.
2013: DS Najib menerima watikah perlantikan selaku PM Malaysia. 
Ulasan YB KJ menerusi akaun Twitter beliau. Menarik.
Dato' Saifuddin Abdullah, antara segelintir penggerak dan pejuang politik nilai tanah air. Beliau tewas kepada YB Nasaruddin Tantawi, tetapi tetap tenang dan rasional.
IV
Sehari-dua ini, saya agak terkejut dan terkilan dengan laporan beberapa buah akhbar dan media yang menggunakan istilah ‘Tsunami Cina’ sebagai tajuk-tajuk utama media masing-masing. Sepertimana kita sedia maklum, istilah ini merujuk kepada merudumnya sokongan masyarakat Tionghua terhadap partai Barisan Nasional (BN).

Saya fikir, tatkala DS Najib Tun Abdul Razak sibuk berkempen ke seluruh negara berkenaan kempen wasatiyyah dan Gagasan Satu Malaysia, maka media arus perdana perlu lebih menghargai perbedaan pendapat dan hak rakyat, selain berhati-hati dalam menyiarkan sesuatu laporan. Selepas 56 tahun mengecapi kemerdekaan, bukankah ia sesuatu yang menyedihkan bilamana kita masih melihat kebanyakan perkara dari sisi perkauman sempit? Semoga tanah air kita terus sejahtera dan dilindungi oleh ALLAH SWT daripada sebarang anasir yang mampu merosakkan. Katakan TIDAK pada perkauman sempit. Hidup Malaysia kita. Padu!

----------------------------------------------------------------

Sumber dan Pautan:
  1. http://www.bharian.com.my/;
  2. http://www.sinarharian.com.my/;
  3. http://www.facebook.com/abdul.shukur?fref=ts;
  4. http://www.facebook.com/ZahiruddinZabidi?group_id=0.

Rabu, Mei 01, 2013

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013.


Novel ‘Selangor vs Kedah’ karya Joe Lerry. Satu-satunya novel tentang demam bola sepak era Semi-Pro, terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd, 1995.
CBSM, hasil nukilan Lucius Maximus dan Jemaah Penggila Bola Sepak Malaysia. Kaya dengan fakta dan kisah menarik.
CMTKPD, naskah yang padat dan mantap. Sudah beberapa kali diulang cetak.
Dari KLCC ke Tanjung Malim, yang membuatkan pembacanya ketawa seorang diri.
Once Upon A Time, karya indah kartunis lagenda Gila-Gila, Nud's. Nostalgik.
Hasil borongan minggu ini. Alhamdulillah.
Papan tanda gergasi, PBAKL 2013 berhampiran pintu masuk PWTC, KL. 
------------------------------------------------------------------
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013

I
Alhamdulillah, saya sempat berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013 yang seperti mana tahun-tahun sebelumnya, dianjurkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 26hb April 2013 hingga 4hb Mei 2013. Acara pesta buku tahunan yang terbesar dan penting di negara ini merupakan acara ‘mesti pergi’ yang sering diselitkan dalam ‘planner’ tahunan para pencinta buku dan ilmu. Saya tidaklah memborong buku dengan kadar yang banyak untuk edisi kali ini, agar saya dapat menghabis-baca dan menghadam buku-buku yang saya beli itu. Hal ini bagi mengelakkan buku-buku yang saya beli tidak saya baca dan sekadar menjadi hiasan dalam almari buku.

Poster promosi.
Sofa Putih dan Gebang Naskah Legasi Oakheart.
Antara naskah yang menarik, "Chinese Muslims in Indonesia", kisah komuniti Cina Muslim Indonesia yang jarang dipaparkan.
Gambar kenangan bersama Ustaz Don. Alhamdulillah.

II
Bertempat di Sofa Putih, Gerai ITBM, Legasi Oakheart (LO) telah mengadakan ‘Gebang Naskhah Legasi Oakheart’ bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013. Wawancara ini diadakan bermula pada jam 3.00 petang hingga 5.00 petang dikendalikan oleh Fathul Khair yang bertindak sebagai moderator bersama panelis iaitu para pengasas Legasi Oakheart iaitu Hafiz Latiff, Sayidah Mui’zzah dan Nora Nabila.

Naskhah-naskhah LO seperti ‘Elegan’, ‘Cantuman Mimpi’, ‘Retrospeksi’ dan ‘Anti Realiti’ antara karya yang digebangkan dalam wawancara dua jam tersebut. Wawancara tersebut juga membincangkan tentang hala tuju, matlamat dan perjuangan LO. Dari segi idea, Legasi Oakheart telah ditubuhkan sejak tiga tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, ianya ditubuhkan secara rasmi pada bulan April 2012 oleh sekumpulan penulis muda. Legasi Oakheart menguruskan hal penerbitan buku, bengkel penulisan kreatif, juga mengendalikan acara seni dan sastera di serata Malaysia. 


"Keroncong Untuk Ana", bersama tiupan seruling yang mendamaikan.
Antara bahan bacaan yang dijual di PBAKL 2013.
Iklan promosi, sebuah forum ketika PBAKL yang menggandingkan Ustaz Zahiruddin dan Ramlee Awang Murshid, penulis prolifik. 
Ustaz Zahiruddin Zabidi, seorang pencinta buku dan ilmu.

III
Sementelahan, saya sempat bertemu dengan pengolah buku ‘Cerita Kak Wan: Citra Pesona Seorang Wanita’ di Gerai Jundi Resources sewaktu PBAKL di PWTC itu. Insan yang saya maksudkan ialah Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, atau lebih dikenali dengan nama pena, Zahiruddin Zabidi. Beliau mendapat pendidikan awal di SRJK (C) Yuk TseTumpatKelantan dan seterusnya dihantar ke Maahad Tahfiz Darul Quran Wal-QiraatRepekPasir Mas selama setahun untuk mendalami asas penghafazan Al-Quran dan pengajian kitab tua. Seterusnya melanjutkan pengajian peringkat menengah di beberapa buah sekolah agama (Arab) Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan mengakhiri zaman sekolah menengahnya di Maahad Muhammadi Tumpat pada tahun 2002. 

Beliau kemudiannya diterima masuk ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Petaling Jaya dalam jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan (Econs), namun disebabkan konflik yang timbul beliau terpaksa menangguhkan pelajaran untuk bekerja dahulu. Pemegang Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengurusan Awam, Diploma Usuluddin dan sekarang calon Ijazah Sarjana Pengajian Islam (Sejarah dan Tamadun Islam) ini telah menghasilkan beberapa karya seperti: ‘Rabiatul Adawiyah’; ‘Kembara Lima Putera: Mencari Pohon Emas’; ‘Nian Hati Salsabila’; ‘Aminah: Cinta Puteri Quraisy’; ‘Fatimah’; ‘Srikandi-Srikandi yang Benar’; ‘70 HADIS: Mudah Hafal Mudah Amal’ dan ‘Surat untuk Carolynn’.

Kulit depan, buku Cerita Kak Wan.
Autograf Ustaz Zahiruddin.
Ustaz Zahiruddin sedang menandatangani naskah milik saya.
Bergambar kenangan bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi.
Iklan promosi buku Kak Wan.
IV
‘Cerita Kak Wan’ lahir daripada suara seorang wanita yang dikentalkan oleh dugaan. Naskah ini menceritakan persahabatan dan perpaduan orang Islam dan belum Islam yang menyentuh hati. Buku ini juga harus dibaca oleh wanita yang bergelar isteri yang sangat cintakan suaminya. Buku ini harus dimiliki oleh setiap remaja terutama remaja perempuan untuk dijadikan contoh kerana Kak Wan merupakan pelajar perubatan terbaik (Penerima Anugerah Pingat Emas) Royal College of Surgeon, Ireland pada tahun 1977. Bahkan namanya tercatat sebaris dengan pelajar asing pada dinding kolej tersebut.

Dalam buku ini, Kak Wan bercerita tentang kenangan, idealisme, malah suka dan duka yang beliau lalui. Kepada para sahabat budiman sekalian yang berjunjung ke PBAKL, boleh dapatkan buku ini di gerai-gerai berikut: Jundi Resources; Kemilau Publika; Pustaka Azhar; Gerak Budaya; dan Alam Raya. 50 halaman awal naskhah ini boleh dibaca dan dimuat turun secara percuma di sini: 

Logo ABIM.
Dr. Zulkifli dan Dr. Rumaizuddin bersama hadiah masing-masing. Dr Zul merupakan Exco Syariah dan Kewangan Islam ABIM, manakala Dr Rumaizuddin merupakan mantan Timbalan Presiden ABIM. Kedua-duanya kini berkhidmat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.
Anugerah MAPIM 2012.
IV
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah buat dua pemimpin besar Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Dr Zulkifli Hasan dan Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali yang baru sahaja memenangi Anugerah Penerbitan Ilmiah Terbaik, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) 2012. Kedua-duanya adalah cendekiawan Muslim yang budiman dan tidak lokek ilmu.

MAPIM adalah sebuah badan yang bergiat aktif dalam pembangunan bidang penerbitan ilmiah dan saintifik. Ahlinya terdiri daripada semua penerbit Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pusat penyelidikan di Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pemberian anugerah MAPIM ini adalah berdasarkan hadiah atau pengiktirafan yang telah diperoleh, iaitu dengan memilih yang terbaik di dalam hasil penulisan dan profesion masing-masing. Semoga kecemerlangan dua tokoh ini dapat dijadikan tamsilan yang baik buat sekalian anak muda khususnya, dan umat Islam di Malaysia secara amnya, in sya ALLAH. Khalas.

------------------------------------------------------------------

Sumber dan Pautan:
  1. http://www.facebook.com/ibnrahim;
  2. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=639138042766618&set=a.103413179672443.6276.100000112853698&type=1;
  3. https://www.facebook.com/pages/UniKaryacom/347528695357808;
  4. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200547545402462&set=a.2108289118152.2115936.1573303206&type=1&relevant_count=1;
  5. http://www.1mapim.my/.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...