Iklan promosi, buku
Arqam: Tersungkur Di Pintu Syurga, tulisan Tuan Zabidi Mohamed, mantan
Majistret dan Penasihat Undang-Undang Al-Arqam. Iklan ini disiarkan pada kulit belakang majalah Tamadun keluaran November
1998. Waktu itu (1998) saya masih bersekolah rendah (darjah lima). Senang
melihat gambar Tuan Zabidi memakai serban dan jaket kulit
hitam. Ada gaya. Terasa ‘aura’ Arqam.
Isnin, Mei 07, 2012
Majalah Pelita Bahasa.
Iklan promosi, Majalah Pelita Bahasa, yang dijadikan kulit belakang Majalah Dewan
Masyarakat, keluaran Mac 1995.
Cemarkah Bahasa kerana Kata Asing?
Rencana tulisan Prof. Dr. Awang Sariyan (Kembara Bahasa) ini
disiarkan dalam Majalah Dewan Siswa, keluaran Februari 1988.
Sabtu, Mei 05, 2012
Topi keledar mainan dan sebuah kesayuan hati.
Entah kenapa, hati rasa terusik bila membaca entri ini:
"Lantas saya menyedekahkan Al-Fatihah pertama buat arwah (Bob Kuman) sebelum jenazah ditutup menggunakan kain.
Sewaktu 2 kakitangan hospital bergerak keluar dari bilik, saya terpandang dua topi keledar mainan diletakkan di atas almari berhampiran katil arwah.
Biarpun berat tubuhnya sewaktu hidup dilaporkan melebihi 200 kilogram, di hatinya tersemat sifat anak kecil, menggemari permainan sebegitu barangkali untuk menghiburkan sanubarinya ketika terluka berikutan sifat beberapa manusia sebelum ini menjadi kenalannya.
Untuk rekod, topi terbabit mempunyai pembesar suara di bahagian dalam. Jika pengguna bercakap sewaktu memakai topi itu, suaranya bertukar menjadi besar seperti suara robot.
Untuk rekod, jenazah Bob dimandi dan disembahyangkan di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor sebelum dibawa ke rumah keluarga arwah di 1763 Kampung Sega Tengah, 71200 Rantau Negeri Sembilan."
-- (petikan dari blog www.mazidulakmal.com)
Al-Fatihah sekudusnya, buat Bob Kuman.
Khamis, Mei 03, 2012
Bob Kuman dalam kenangan.

Al-Fatihah
sekudusnya buat Allahyarham Bob Kuman. Waktu kecil dulu, sangat suka
menonton telatah lucu Allahyarham bersama Kumin dalam Kumpulan Ku2. Dan,
suka melihat gambar kartun Kuman dan Kumin (Ku2), lukisan Kartunis Aie. Sesungguhnya,
dari ALLAH SWT kita datang, kepada ALLAH SWT jualah tempat kita kembali.
* Untuk
berita lanjut, http://www.sinarharian.com.my/hiburan/bob-kuman-meninggal-dunia-1.45079.
-------------------------------------------------
Sumber:
-------------------------------------------------
Sumber:
- http://www.muzikrock.com/ku2_01.html;
- http://berteromber.blogspot.com/2012/05/ku2.html;
- http://mat4nira.wordpress.com/2013/04/04/ku2-motivasi-1995/;
- http://saudagarmainan.blogspot.com/;
- http://www.muzikrock.com/album/album_baru_aku_01.html;
- http://www.kartunisubi.com/suatu-ketika-di-zaman-jahiliah;
- https://www.facebook.com/pages/BOB-KU-2-KUMAN/201497971757;
- http://mat4nira.wordpress.com/2011/11/06/ku2-evolusi-1997/.
Tumpang bahagia.
***
Alhamdulillah, kanak-kanak yang diculik baru-baru ini,
adik Nayati Shamelin Moodliar telah dijumpai pagi tadi di Rawang, dalam keadaan
yang selamat.
Tahniah kepada pihak polis, NGO dan seluruh rakyat
Malaysia yang prihatin.
Untuk berita
lebih lanjut, boleh klik pautan ini:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/nayati-shamelin-ditemui-selamat-di-rawang-1.44895
http://www.sinarharian.com.my/semasa/nayati-shamelin-ditemui-selamat-di-rawang-1.44895
Semoga kadar jenayah di negara kita dapat dikurangkan. In sya ALLAH.
***
Rabu, Mei 02, 2012
Jiwa anak muda.
Jiwa anak muda adalah jiwa-jiwa yang menggelegak.
Makin ditekan, makin melawan.
Justeru, perlu disantuni dengan kebijaksanaan (hikmah).
Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
“Sebilangan manusia yang dinaungi ALLAH di bawah naungan-NYA pada hari
kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada
naungan ALLAH; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya
sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa
terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH di mana
kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan ALLAH, orang yang
dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia
menolak dengan berkata: “Aku takut kepada ALLAH!”, orang yang bersedekah secara
bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh
tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat ALLAH dengan keadaan
tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana
mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal ALLAH.”
-- Riwayat Abu Daud
dan Ibnu Majah.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Solat berjemaah yang diimamkan oleh Datuk Seri Ustaz Abdul Hadi Awang. Saat indah bersama Tun Dr M dan Tun Khalil Yaakob d...
-
Naskah “Jibam” (Ujang, 1992). Hasil karya Kartunis Ujang. “Jibam” versi 2008. “ Dunia yang bulat, adalah bersegi baginya. B...
-
TS Hamzah Abu Samah, mantan Presiden FAM, Presiden AFC dan Naib Presiden FIFA. Al-Fatihah yang sekudusnya, buat mantan Menteri Unda...





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)
.png)

.jpg)

