Khamis, Mei 03, 2012

Tumpang bahagia.



***
Alhamdulillah, kanak-kanak yang diculik baru-baru ini, adik Nayati Shamelin Moodliar telah dijumpai pagi tadi di Rawang, dalam keadaan yang selamat.

Tahniah kepada pihak polis, NGO dan seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.


Semoga kadar jenayah di negara kita dapat dikurangkan. In sya ALLAH.

                                                                         ***

Rabu, Mei 02, 2012

Jiwa anak muda.



Jiwa anak muda adalah jiwa-jiwa yang menggelegak. 

Makin ditekan, makin melawan. 

Justeru, perlu disantuni dengan kebijaksanaan (hikmah).


Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

Sebilangan manusia yang dinaungi ALLAH di bawah naungan-NYA pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan ALLAH; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan ALLAH, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada ALLAH!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat ALLAH dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal ALLAH.”


-- Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah.

Jumaat, April 27, 2012

Filem: Kaki Bakar (1995)

Pak Khalid Salleh, mesra dengan 
panggilan 'Wak', aktivis yang saya senangi.  
Antara filem lakonan beliau ialah 'Kaki Bakar':
Trivia ‘Kaki Bakar’
Naskah ‘Kaki Bakar’ (The Arsonist) mula ditayangkan kepada umum pada 25 Oktober 2001. Filem ini merupakan filem Malaysia pertama ditayangkan di Festival Filem Cannes ke-48 di Perancis (1995). Sewaktu Festival Cannes yang masyhur itu, Kaki Bakar ditayangkan dalam kategori tidak bertanding Un-Certain Regard.’ Kaki Bakar asalnya dibuat untuk siaran TV (sebagai drama) tetapi ditolak atas sebab tertentu. Proses menukar format filem daripada 16 mm kepada 35 mm dilakukan di AustraliaKaki Bakar mula ditayangkan pada 25 Oktober 2001. Ianya telah pun siap pada 1995 tetapi hanya ditayangkan 6 tahun kemudian. Selepas tidak jadi diedarkan oleh syarikat antarabangsa dan tidak jadi ditayangkan pada 20 Oktober tahun yang sama, ianya hanya ditayangkan di beberapa buah pawagam sekitar Kuala LumpurNaskah berdurasi 84 minit ini, hanya berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM3,087.

***


Sinopsis
Karya ketiga pengarah prolifik, U-Wei Haji Shaari ini menceritakan tentang kisah anak desa yang bertarung dengan isu kekeluargaan, kuasa dan kepercayaan. Kaki Bakar telah menjadi antara naskah yang disifatkan menjadi pelopor kepada percambahan subur filem ‘indie’ Malaysia yang menempa nama di mata dunia. Kaki Bakar memaparkan pergolakan/perjuangan keluarga pendatang yang diketuai lelaki bernama Kakang dan proses kematangan seorang budak lelaki, bernama Kesuma. Kakang berkahwin dengan seorang rakyat Malaysia, lalu dikurniakan dua anak perempuan dan dua anak lelaki. 

Kakang, seorang perantau – dan pejuang kemerdekaan -- yang berasal dari JawaIndonesia berusaha untuk memupuk nilai-nilai tradisi keturunan Jawa kepada anaknya Kesuma. Kakang bertindak sedemikian setelah sering memerhatikan eksploitasi yang wujud akibat daripada jurang sosial yang berbeza. Kakang meneruskan kehidupan, dengan jiwa yang menggelegak. Reaksi Kakang itu telah membawa pengaruh yang besar kepada anaknya Kesuma. Anak lelaki Kakang yang sulung mewarisi sifat isterinya. Justeru itu, Kakang hanya mempunyai Kesuma untuk diijazahkan warisan sifat ‘anak Jantannya’. Kakang cuba menerapkan sifat ‘anak Jantan’ di dalam jiwa Kesuma.

Kesuma adalah anak Kakang yang paling bongsu daripada 4 bersaudara. Tidak bersekolah dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Kesuma mengalami konflik pertembungan idealisme jiwa: kadang kala menyokong bapanya, tetapi menentang pada situasi yang lain. Kakang mendakwa bahawa dirinya adalah mangsa kepada kezaliman, dan mahu bertindak sendiri dalam menegakkan – apa yang digelarnya – sebagai keadilan dan kebenaran. Naskah ini juga mengangkat isu dilema Melayu: seputar aspek politik, zina, rasuah dan subsidi. Kemuncak naskah besar ini berlegar dalam situasi menekan: secara harfiah dan metaforik. Kisah anak dan bapa yang kebiasaannya menjadi ‘typical’; berjaya diangkat menjadi sebuah naskah yang jujur dan menarik.     Naskah Kaki Bakar -- menjadi baik dan bagus serta – berjaya memecah tembok Cannes: kerana skripnya, lakonan mantap pemainnya, serta sinematografi yang hebat.

***


      ***


Anugerah dan Pencapaian:
1.      Un-Certain Regard, Official Selection, Festival Filem Cannes, Perancis, 1995;
2.      Filem Terbaik (Kategori Bahasa Asing), Festival Filem Bebas Antarabangsa Brussels ke-17, Belgium, 1995;
3.      Anugerah Khas Juri, 1st South-East Asian Biennial Film Festival, Phnom Penh, 1997; dan
4.       Anugerah Khas FINAS Malaysia, 1996.

Antara Penyertaan:
        i.            Festival Filem Sundance Channel ke-25 (New directors/New films selection), 1996;
Festival Filem Antarabangsa Hawaii ke-16, Amerika Syarikat, 1996;
      ii.            Festival Filem Antabangsa Pusan Pertama, Korea Selatan, 1996;
    iii.            Festival Filem Antabangsa Fukuoka, Jepun, 1996;
    iv.            Festival Filem Antarabangsa Jakarta, 1999;
      v.            Festival Filem Nantes, 2001.

***



Sumber dan rujukan:
  1. http://www.filemkita.com/filem/k/kaki_bakar_01.html;
  2. http://www.festival-cannes.com/en/archives/ficheFilm/id/3406/year/1995.html;
  3. http://www.imdb.com/title/tt0110229/; dan
  4. http://www.tanahlicin.com/portfolio.php?id=6.



Hati dan Raga Jiwa.



***


Wahai pemilik jiwa-jiwa yang tenang. 

Hati-hatilah dengan hati; kerana yang ALLAH SWT perhati ialah hati.



Sabda Rasulullah S.A.W:

Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging.  Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota.  Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.” 

-- (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim). 

***

Khamis, April 26, 2012

Maka diciptakan senyuman.




Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, “Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?”

Rasulullah S.A.W bersabda, “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (H.R. Tirmizi dan Abu Dzar).

Dalam hadith lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah, “Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (H.R. Tirmidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).

Rasulullah S.A.W bersabda: “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” (Al-Tirmidzi dalam sahihnya).

Diriwayatkan daripada Jabir dalam Sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah S.A.W tidak pernah menghindar dariku. Dan baginda tidak melihatku kecuali baginda pasti tersenyum kepadaku.” 

Jumaat, April 20, 2012

Pelesit Kapitalis.


***

Daley kapong ni, boyo ado 2 ekor jah: So aku, so lagi, kaki aku.”

(Dalam kampung ini, ada dua ekor buaya sahaja: Seekor aku, dan seekor lagi, kaki aku).

-- Hushairy ‘Jolok’ Hussin.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...